{"id":36725,"date":"2015-08-16T04:27:51","date_gmt":"2015-08-15T20:27:51","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=36725"},"modified":"2015-08-16T04:37:07","modified_gmt":"2015-08-15T20:37:07","slug":"catatan-perjalanan-misi-bantuan-kemanusiaan-ke-yaman","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/catatan-perjalanan-misi-bantuan-kemanusiaan-ke-yaman\/","title":{"rendered":"Catatan Perjalanan Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Yaman"},"content":{"rendered":"<p>Oleh : Saifullah Hasbu<\/p>\n<p>\u201cTidak beriman seseorang kamu, sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.\u201d \u2013 [HR Bukhari &amp; Muslim]<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/08\/IMG-20150804-WA0089.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-36391\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/08\/IMG-20150804-WA0089-300x179.jpg\" alt=\"IMG-20150804-WA0089\" width=\"300\" height=\"179\" \/><\/a>Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana masih diberi kekuatan kepada Yemeni Care untuk menjayakan misi kemanusian di Yaman buat kali yang pertama.<\/p>\n<p>Misi sulung ini bertitik tolak dari episod kezaliman dan kemelut pertelingkahan yang kian berlarutan, di bumi \u2018Iman dan Hikmah\u2019 itu, hingga telah menyebabkan berlakunya perang saudara yang memangsakan puluhan ribu masyarakat awam.<\/p>\n<p>Pada tanggal 05 Ogos 2015, delegasi petugas kami seramai empat orang termasuk seorang wartawan dari Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) tiba dengan penerbangan di Muscat dan terus menaiki bas yang mengambil perjalanan selama 12 jam ke bandar Salalah, Oman<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/08\/IMG-20150805-WA0029.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\" size-medium wp-image-36392 alignleft\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/08\/IMG-20150805-WA0029-300x225.jpg\" alt=\"IMG-20150805-WA0029\" width=\"300\" height=\"225\" \/><\/a>Perjalanan kami ke Yaman terpaksa melalui negara Oman disebabkan semua pintu masuk utama melalui udara ke Yaman masih ditutup oleh pihak pemberontak yang menguasai ibu negara, Sana\u2019a.<\/p>\n<p>Pada 07 Ogos 2015, melalui perjalanan darat dari Salalah selama 12 jam, kami berjaya melepasi sempada Yaman dan tiba di bandar Seiyun yang terletak di Hadramaut. Ia merupakan satu bandar kecil dalam wilayah Hadramaut, sebuah negeri yang berada di selatan Yaman.<\/p>\n<p>Kami daripada Yemeni Care disambut oleh Ketua Penyelaras Yayasan Islah bagi Wadi Hadhramaut Encik Munir Ewad Hud. Yayasan Islah ialah sebuah NGO yang memberikan khidmat dan kebajikan kepada rakyat Yaman. Beliau seterusnya membawa kami ke tempat penginapan.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/08\/Dr-Salleh-Ahmed-Yemeni-Care.png\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-36501\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/08\/Dr-Salleh-Ahmed-Yemeni-Care-300x173.png\" alt=\"Dr Salleh Ahmed Yemeni Care\" width=\"300\" height=\"173\" \/><\/a>Sejak tercetusnya perang saudara, Yayasan Islah di Seiyun telah menerima ramai pelarian dari seluruh pelusuk Yaman. NGO tersebut juga memainkan peranan penting dalam membantu para pesakit dan pejuang yang tercedera akibat dari peperangan khususnya warga Ma\u2019rib, iaitu sebuah wilayah yang paling hampir dengan Sana\u2019a.<\/p>\n<p>Di Seiyun, Yemeni Care dibawa meninjau ke sebuah hospital swasta oleh Pegawai ubungan Luar yayasan Islah Encik Abdul Qadir Ba Salamah. Pada keesokan harinya, kami di bawa pula bertemu dengan pelarian yang diuruskan oleh mereka.<\/p>\n<p>Kaedah pengurusan pelarian di Seiyun agak berbeza dengan tempat-tempat lain. Para pelarian diberikan tempat tinggal sementara, dirumah-rumah yang disewa oleh Yayasan Islah.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/08\/Saifullah-sampaikan-sumbangan-kepada-Munir.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\" size-medium wp-image-36570 alignleft\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/08\/Saifullah-sampaikan-sumbangan-kepada-Munir-300x174.jpg\" alt=\"Saifullah sampaikan sumbangan kepada Munir\" width=\"300\" height=\"174\" \/><\/a>Pada 10 Ogos, 2015 Yemeni Care meneruskan perjalanan ke wilayah Ma\u2019rib yang mengambil masa perjalanan selama 5 jam dari Seiyun.<\/p>\n<p>Ma\u2019rib merupakan sebuah wilayah yang banyak memiliki hasil bumi, antaranya gas dan minyak serta sumber air. Di Ma\u2019rib terdapat sebuah empangan yang menyalurkan bekalan air. Daripada gas dan minyak, kerajaan Yaman telah membina sebuah janakuasa elektrik yang menyealurkan bekalan ke seluruh Yaman. Ma\u2019rib menjadi wilayah penting sebagai pengeluar sumber utama kekuatan kerajaan Yaman. Tapi malangnya, kami dimaklumkan oleh para petugas Yayasan Islah bahawa wilayah yang kaya dengan hasil bumi itu, disisihkan dari pembangunan.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/08\/Maib-General-Hospital.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\" size-medium wp-image-36683 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/08\/Maib-General-Hospital-300x178.jpg\" alt=\"Ma'ib General Hospital\" width=\"300\" height=\"178\" \/><\/a>Destinasi pertama kami apabila tiba di Ma\u2019rib ialah Hospital Besar Maarib yang sebahagiannya telah ranap diserang dengan bom pada kira-kira dua bulan yang lalu. Akibatnya, hospital tersebut tidak dapat berfungsi dan ditutup sepenuhnya, menambahkan lagi derita mangsa serta masyarakat setempat.<\/p>\n<p>Untuk menyelesaikan kemelut penderitaan ini, mereka terpaksa mengambil dua solusi. Pertama, pesakit dihantar ke Seiyun dan yang kedua, terpaksa di hantar ke negara jiran, Arab Saudi. Selain itu, terdapat sebuah hospital kecil, seperti Klinik Kesihatan di Malaysia, yang memberikan perkhidmatan kepada kira-kira 300 hingga 500 orang sehari.<\/p>\n<p>Hospital Maidan itu bagaiamana terpaksa mengambil tanggungjawab melakukan pembedahan bagi kes-kes kecemasan merawat mangsa yang cedera parah akibat peperangan.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/08\/IMG_4041-2.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\" size-medium wp-image-36634 alignleft\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/08\/IMG_4041-2-300x183.jpg\" alt=\"IMG_4041 (2)\" width=\"300\" height=\"183\" \/><\/a>Yemeni Care turut dibawa menziarahi kawasan penempatan pelarian di wilayah Ma\u2019rib yang terletak di Wadi Zanah. Di situ, kami disambut mesra oleh mereka.<\/p>\n<p>Setiap tempat yang dilawati, di situlah kami mengagihkan sumbangan prihatin rakyat Malaysia yang diamanhkan kepada Yemeni Care. Tiada ungkapan kata yang tepat untuk kami gambarkan betapa sukarnya hari-hari yang harus dilalui oleh warga Ma\u2019rib, kerana di sempadan wilayahnya dengan wilayah Sana\u2019a masih berlaku peperangan. Kami mendegar dan melihat dengan mata kami, beberapa bom yang disasarkan ke pinggi bandar Ma\u2019rib.<\/p>\n<p>Yemeni Care juga sempat dijemput menjadi tetamu kepada Muhafiz atau Gabenor Wilayah Ma\u2019rib Maarib Sultan Ali Mabhut al-Iradah, di kediamannya. Beliau dengan penuh hormat mengalu-alukan kedatangan kami dan mengucap terima kasih. Beliau berkata, kami adalah NGO pertama dari luar yang datang membantu warga Ma\u2019rib.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/08\/Memberikan-sumbangan-kepada-wakil-pelarian-di-wadi-zanah.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\" size-medium wp-image-36726 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/08\/Memberikan-sumbangan-kepada-wakil-pelarian-di-wadi-zanah-300x200.jpg\" alt=\"Memberikan sumbangan kepada wakil pelarian di wadi zanah\" width=\"300\" height=\"200\" \/><\/a>Sementara itu, kami daripada Yemeni Care tidak putus-putus mencari usaha untuk meneruskan misi ke bandaraya Sana\u2019a dan bandar pelabuhan Aden. Namun kami dinasihati oleh pihak Yayasan Islah agar tidak meneruskan niat kami ke dua wilayah tersebut kerana aspek keselamatan. Akhirnya kami bersetuju dengan saranan mereka, dan berpatah balik ke Seiyun.<\/p>\n<p>Pada 13 Ogos 2015, kami mengambil keputusan menamatkan misi dan berhasrat unuk kembali ke Oman setelah kesemua amanah infak dari rakyat Malaysia kami agihkan.<\/p>\n<p>Tiba di sempadan Yaman-Oman, perjalanan kami tersekat. Sekali lagi kami diuji. Pelepasan untuk memasuki pintu Oman tidak berjaya meskipun kami membawa surat rasmi daripada pihak Kedutaan Malaysia.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/08\/11885094_10153094982333583_9082815821839511087_n.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\" size-medium wp-image-36728 alignleft\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/08\/11885094_10153094982333583_9082815821839511087_n-300x177.jpg\" alt=\"11885094_10153094982333583_9082815821839511087_n\" width=\"300\" height=\"177\" \/><\/a>Kami ditahan beberapa hari sehingga kini, urusan keluar masuk belum berjaya diselesaikan.<\/p>\n<p>Doakan agar urusan kami di sini dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Mudah-mudahan kami diberi kekuatan untuk meneruskan misi-misi yang akan datang.<\/p>\n<p>Kepada Allah jua kami bertawakkal.<\/p>\n<p><em>***Saifullah Hasbu ialah Pengarah Yemeni Care, NGO yang melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Yaman, sehingga kini masih Pusat Tahanan Imigresen Oman<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Saifullah Hasbu \u201cTidak beriman seseorang kamu, sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.\u201d \u2013 [HR Bukhari &amp; Muslim] Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana masih diberi kekuatan kepada Yemeni Care untuk menjayakan misi kemanusian di Yaman buat kali yang pertama. Misi sulung ini bertitik tolak dari episod kezaliman dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":36726,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":{"id":36726,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":5184,"height":3456,"file":"2015\/08\/Memberikan-sumbangan-kepada-wakil-pelarian-di-wadi-zanah.jpg","filesize":8531147,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"9","credit":"","camera":"Canon EOS 60D","caption":"","created_timestamp":"1439304519","copyright":"","focal_length":"50","iso":"100","shutter_speed":"0.004","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":36725,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/08\/Memberikan-sumbangan-kepada-wakil-pelarian-di-wadi-zanah.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36725"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=36725"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36725\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/36726"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=36725"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=36725"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=36725"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}