{"id":36578,"date":"2015-08-11T08:10:17","date_gmt":"2015-08-11T00:10:17","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=36578"},"modified":"2015-08-11T05:15:45","modified_gmt":"2015-08-10T21:15:45","slug":"yayasan-amal-jabatan-amal-mendapat-pujian","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/yayasan-amal-jabatan-amal-mendapat-pujian\/","title":{"rendered":"Yayasan Amal, Jabatan Amal Mendapat Pujian"},"content":{"rendered":"<p>Oleh KAM<\/p>\n<p>KUALA NERUS: Yayasan Amal Malaysia dan Jabatan Amal yang ditubuhkan bagi gerak kerja kebajkan dan kemasyarakatan mendapat pujian serta nama baik dimata masyarakat umum.<\/p>\n<p>Timbalan Pesuruhjaya PAS I Terengganu, Dr Alias Razak berkata pujian dan nama baik itu wajar diberikan kepada Yayasan Amal dan Jabatan Amal dalam kerja-kerja kebajikan.<\/p>\n<p>Ini sekaligus, katanya dapat membantu sedikit sebanyak kelancaran gerak kerja kebajikan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).<br \/>\nMenurutnya, PAS sangat mengalu-alukan mana-mana Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang \u2018mesra\u2019 serta mendokong perjuangan PAS.<\/p>\n<p>\u201cUcap tahniah kepada Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) kerana telah banyak memberi sumbangan dan sekaligus sedikit sebanyak telah melengkapi kerja-kerja PAS, khususnya di negeri Terengganu.<\/p>\n<p>\u201cWalau pun kita telah ada Lajnah Kebajikan (PAS), Badan Kebajikan pun ada dan banyak bergerak atas nama kebajikan ini. Sebab, kita (PAS) bergerak atas dasar Negara Berkebajikan.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/08\/kam3275c-pijian3.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\" size-medium wp-image-36580 alignleft\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/08\/kam3275c-pijian3-300x169.jpg\" alt=\"kam3275(c)-pijian3\" width=\"300\" height=\"169\" \/><\/a>\u201cDan dengan adanya NGO-NGO yang boleh bantu beri sumbangan\u2026Alhamdulillah, banyak kerja-kerja itu dapat diselesaikan. Hasilnya, Jabatan Amal dan Yayasan Amal dapat pujian dan nama baik dimata masyarakat,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu Kali Ke-8, di Dewan Amal Bangunan YAMCT, Gong Badak, pada 8 Ogos lalu.<\/p>\n<p>Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia Pusat, Jamuliddin Elias dan Pengerusi YAMCT, Dr Suhazeli Abdullah.<\/p>\n<p>Katanya, kerja-kerja kebajikan membawa imej yang baik serta bernilai tinggi kerana akan dikenang oleh masyarakat dan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cImej kebajikan ini sangat (ber) nilai atau tinggi nilai harganya kepada masyarakat. Wakil-wakil rakyat pun jika tidak terlibat dengan kerja-kerja kebajikan alamaknya\u2026sepenggal sahajalah.<\/p>\n<p>\u201cOrang Melayu masih lagi begitu menghargai sumbangan kita walau pun sedikit. Tetapi, dia (penerima) akan sebut kerana besar nilainya kepada mereka.<\/p>\n<p>\u201cKerja-kerja kebajikan ini boleh menyentuh hati dan perasaan penerimanya. Ini boleh menarik sokongan mereka kepada kita (PAS), Insya\u2019Allah,\u201d tegasnya di hadapan 50 perwakilan mesyuarat tersebut.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tunggal menyifatkan kerja-kerja amal dan kebajikan itu juga dilakukan oleh pihak musuh bagi menghancurkan Islam.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/08\/kam3275d-pujian4.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\" size-medium wp-image-36581 alignleft\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/08\/kam3275d-pujian4-300x169.jpg\" alt=\"kam3275(d)-pujian4\" width=\"300\" height=\"169\" \/><\/a>\u201cDan ini juga yang diamalkan oleh pendakyah-pendakyah agama lain termasuk untuk memurtadkan orang Islam menukar agamanya. Sebabnya, kerana kesempitan hidup, kemiskinan ada yang sanggup murtad, tukar agama dan sebagainya.<\/p>\n<p>\u201cJadi kerja-kerja (kebajikan) ini merupakan sangat penting dan sangat tinggi nilainya di sisi manusia dan di sisi Allah SWT. Tetapi ianya (kerja ini) menuntut banyak pengorbanan.<\/p>\n<p>\u201cKerja-kerja yang mahal harganya, tinggi nilainya sudah tentu tinggi jugalah pengorbanan yang perlu kita berikan,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Menurut Dr Alias, PAS sentiasa merancang kerja-kerja kebajikan tetapi mempunyai halangan serta kekangan dengan sumber kewangannya.<\/p>\n<p>\u201cPAS merancang banyak kerja-kerja kebajikan tetapi banyak juga halangan-halangan dan kekangan-kekangan itu. Antaranya, sumber (kewangan) sebab PAS sendiri pun tidak ada sumber itu.<\/p>\n<p>\u201cKerja-kerja kebajikan pula di bawah lajnah dan lajnah itu pula mengharapkan sumber dari parti (PAS). Masalahnya, apabila kita minta sumbangan atas nama lajnah itu kurang sikit masuk (penderma).<\/p>\n<p>\u201cTetapi jika sumbangan itu untuk bina masjid atau surau, laju (mudah) dapat sumbangan itu. Untuk (kita) buat markaz (PAS) \u2018lambat\u2019 dapat sumbangan tetapi untuk kita buat masjid, surau\u2026sekejap sahaja dapat ribuan ringgit dari penyumbangnya.<\/p>\n<p>\u201cAlhamdulillah, dengan adanya banyak NGO-NGO yang \u2018mesra\u2019 dan \u2018mendokong\u2019 kita (PAS) mudah untuk kita laksanakan kerja-kerja kebajikan itu,\u201d jelas beliau.<\/p>\n<p>Pada majlis tersebut julung kalinya diperkenalkan beberapa anugerah kepada sukarelawan Yayasan Amal dan Jabatan Amal yang cemerlang.<\/p>\n<p>Antaranya, Anugerah Relawan Mumtaz, Anugerah Relawan Mithali, Anugerah AJK YAMCT Mumtaz serta Anugerah Murobbi Dakwah &amp; Kebajikan khasnya kepada Al-marhum Dato\u2019 Abu Bakar Chik.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh KAM KUALA NERUS: Yayasan Amal Malaysia dan Jabatan Amal yang ditubuhkan bagi gerak kerja kebajkan dan kemasyarakatan mendapat pujian serta nama baik dimata masyarakat umum. Timbalan Pesuruhjaya PAS I Terengganu, Dr Alias Razak berkata pujian dan nama baik itu wajar diberikan kepada Yayasan Amal dan Jabatan Amal dalam kerja-kerja kebajikan. Ini sekaligus, katanya dapat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":36579,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":{"id":36579,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":922,"height":518,"file":"2015\/08\/kam3275b-pujian2.jpg","filesize":254784,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"3.6","credit":"","camera":"DV300 \/ DV300F \/ DV305F","caption":"","created_timestamp":"1439032020","copyright":"COPYRIGHT, 2010","focal_length":"9.7","iso":"640","shutter_speed":"0.022222222222222","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":36578,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/08\/kam3275b-pujian2.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36578"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=36578"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36578\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/36579"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=36578"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=36578"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=36578"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}