{"id":3657,"date":"2010-09-23T01:14:22","date_gmt":"2010-09-22T17:14:22","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/09\/usharani-tiba-di-malaysia-bersama-bukti\/"},"modified":"2010-09-23T01:14:22","modified_gmt":"2010-09-22T17:14:22","slug":"usharani-tiba-di-malaysia-bersama-bukti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/usharani-tiba-di-malaysia-bersama-bukti\/","title":{"rendered":"Usharani tiba di Malaysia bersama bukti"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/09\/1usharani_250_220.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/images\/stories\/berita33\/1usharani_250_220.jpg\" style=\"float: left;\" \/>Isteri ahli perniagaan India yang hilang tiba di Malaysia pagi ini  untuk membantu siasatan tetapi beliau membawa bersamanya bukti yang  boleh mendatangkan kesusahan kepada polis.<\/p>\n<p>S Usharani, 24, membawa rakaman perbualan telefon di antara beliau  dan seorang lelaki yang didakwa sebagai pegawai polis Malaysia.<\/p>\n<p><span id=\"more-8285\"> <\/span><\/p>\n<p>Menurut Ahli Parlimen PKR Kapar Manikavasagam, &#8220;pegawai polis&#8221;  itu menelefon Usharani di Chennai dan menuntut sebanyak RM1 juta untuk  pembebasan suaminya.<\/p>\n<p>Muthuraja, pembiaya panggung wayang, dikatakan mempunyai hubungan  dengan suspek-suspek utama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik  Sosilawati Lowiya dan tiga yang lain.\u00a0 Beliau dilaporkan hilang Januari  tahun ini selepas menemui peguam dua beradik itu.<\/p>\n<p>Manikavasagam memberitahu FMT hari ini bahawa apabila beliau menemani  Usharani ke ibu pejabat polis daerah Kuala Langat, pihak polis meminta  bukti rakaman itu tetapi beliau enggan memberi kepada mereka.<\/p>\n<p>&#8220;Saya tetap tidak mempercayai mereka.\u00a0 Jadi saya mahu memberi rakaman  ini kepada pihak media terlebih dahulu sebelum memberinya kepada  polis,&#8221; katanya, menambah beliau akan melakukannya pada sidang media  esok.<\/p>\n<p>7. Mengenai perbualan telefon, Manikavasagam berkata, ia dalam bahasa   <br \/>Tamil dan &#8220;pegawai polis&#8221; itu menyebut namanya sebagai    <br \/>&#8220;ASP Suresh&#8221;.    <br \/>Ditanya  adakah ini menunjukkan bahawa suspek-suspek utama itu (peguam-peguam  yang hidup mewah), mempunyai hubungan dengan polis, beliau menjawab,  &#8220;sudah tentu, kemungkinan mereka turut terlibat.&#8221;<\/p>\n<p>&#8220;Malahan firma peguam suspek (di Banting) terletak betul-betul di  hadapan di seberang jalan dengan ibu pejabat polis daerah itu,&#8221; tambah  beliau.<\/p>\n<p><strong>Isteri melawat tempat kejadian<\/strong><\/p>\n<p>Manikavasagam berkata polis memberitahu Usharani bahawa mereka yakin  suaminya telah dibunuh dan kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 302.<\/p>\n<p>Usharani dibawa ke Ladang Gadong di mana pembunuhan itu berlaku dan  juga ke sungai di mana tulang-tulang manusia yang tidak dikenali  ditemui.<\/p>\n<p>Meskipun demikian, Manikavasagam berkata Usharani enggan mempercayai suaminya telah mati.<\/p>\n<p>&#8220;Usharani kelihatan tenang apabila bercakap dengan polis tapi  menangis di tempat kejadian.\u00a0 Beliau sungguh sedih tapi berjanji untuk  memberi kerjasama penuh kepada polis dalam usaha mencari suaminya,&#8221;  tambah beliau.<\/p>\n<p>Sementara itu, pihak polis meminta salah seorang anggota keluarga  Muthuraja datang ke Malaysia untuk memberi bukti DNA bagi mempercepatkan  penyiasatan.<\/p>\n<p>Ditanya kenapa Usharani meminta pertolongannya, Manikavasagam  menerangkan bahawa beliau telah diperkenalkan oleh rakan-rakan di India.<\/p>\n<p>&#8220;Ramai orang di India mengenali saya melalui tugas saya,&#8221; jelas  beliau.\u00a0 &#8220;Orang ini secara kebetulan merupakan salah seorang daripada  mereka dan memberinya (Usharani) nombor saya.\u00a0 Beliau (Usharani)  menelefon saya meminta tolong dan saya setuju.&#8221;<\/p>\n<p>Manikavasagam memuji pihak polis kerana berjaya menjalankan tugas  dengan baik dan menekankan bahawa ini berhubung dengan keadilan untuk  para mangsa dan bukan hanya untuk Muthuraja.<\/p>\n<p>Usharani, yang menginap di sini bersama saudaranya, akan berada di Malaysia selama seminggu untuk membantu siasatan.-FMT<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Isteri ahli perniagaan India yang hilang tiba di Malaysia pagi ini untuk membantu siasatan tetapi beliau membawa bersamanya bukti yang boleh mendatangkan kesusahan kepada polis. S Usharani, 24, membawa rakaman perbualan telefon di antara beliau dan seorang lelaki yang didakwa sebagai pegawai polis Malaysia. Menurut Ahli Parlimen PKR Kapar Manikavasagam, &#8220;pegawai polis&#8221; itu menelefon Usharani [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3657"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3657"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3657\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3657"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3657"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3657"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}