{"id":3631,"date":"2010-09-21T15:22:30","date_gmt":"2010-09-21T07:22:30","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/09\/tanah-ktmb-rm400-juta-dijual-dengan-harga-rm50-juta\/"},"modified":"2010-09-21T15:22:30","modified_gmt":"2010-09-21T07:22:30","slug":"tanah-ktmb-rm400-juta-dijual-dengan-harga-rm50-juta","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/tanah-ktmb-rm400-juta-dijual-dengan-harga-rm50-juta\/","title":{"rendered":"Tanah KTMB RM400 juta, dijual dengan harga RM50 juta"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/09\/izzah.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/images\/stories\/berita33\/izzah.jpg\" style=\"float: left;\" \/>Isu terbaru berhubung penjualan tanah yang sangat berharga milik  Keretapi Tanah Melayu (KTMB) menerima kritikan pedas daripada Ahli  Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.<\/p>\n<p>Beliau berkata tanah seluas lapan hektar itu di belakang ibu pejabat  Unilever di Jalan Bangsar mempunyai nilai pasaran RM400 juta telah  dijual dengan harga terlalu rendah, hanya RM50 juta kepada Pelaburan  Hartanah Bhd (PHB).<\/p>\n<p><span id=\"more-8212\"> <\/span><\/p>\n<p>PHB merupakan anak syarikat Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera,  yang ditubuhkan pada 2006 untuk meningkatkan pemilikan hartanah  Bumiputera.<\/p>\n<p>Nurul Izzah, yang juga timbalan ketua PKR Wilayah Persekutuan  mempersoal sama ada hartanah yang akan dibangunkan di atas tanah itu  nanti akhirnya dijual kepada Bumiputera dengan diskaun yang tinggi.<\/p>\n<p>&#8220;Siapa yang akan menerima faedah dari diskaun 80% yang dinikmati oleh  PHB?&#8221; soal beliau.\u00a0 &#8220;Adakah para pemaju atau diskaun itu disalurkan  kepada rakyat apabila mereka ingin menyewa atau membeli hartanah  tersebut?&#8221; katanya dalam satu kenyataan media semalam.<\/p>\n<p>Beliau juga ingin tahu sama ada PHB akan menghadkan pertukaran hak milik supaya hartanah itu kekal di tangan Bumiputera.<\/p>\n<p>&#8220;Selain itu, bolehkah tanah milik kerajaan dan institusi digunakan  untuk menambah kekayaan beberapa individu? Saya berharap dasar hartanah  Bumiputera tidak dimanipulasi sepertimana yang terjadi dalam modus  operandi Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ),&#8221; ujar beliau.<\/p>\n<p><strong>Tanah itu boleh membawa hasil kepada KTMB<\/strong><\/p>\n<p>Nurul Izzah berkata, tanah itu boleh dijadikan sebagai sumber  pendapatan yang berterusan (recurring income) kepada KTMB. KTMB boleh  membangunkan tanah itu dan memiliki syer ekuiti hasil dari pembangunan  itu.<\/p>\n<p>&#8220;Hasil dari sewa hartanah itu sendiri boleh menyediakan pendapatan  yang berterusan untuk KTMB.\u00a0 Beginilah caranya perkhidmatan MRT di Hong  Kong, Singapura dan keretapi bawah tanah di London dapat mengekalkan  perkhidmatan mereka untuk faedah orang ramai.<\/p>\n<p>&#8220;Hasilnya, bukan sahaja boleh mendatangkan keuntungan kepada KTMB  tetapi juga mengurangkan kadar harga tiket dan menyediakan perkhidmatan  yang lebih efisyen kepada rakyat.&#8221;<\/p>\n<p>Merujuk kepada tanah KTMB di Tanjung Pagar, beliau berkata, urusniaga  ini menimbulkan pelbagai persoalan yang tidak terjawab dan merupakan  satu bentuk subsidi secara terus kepada golongan minoriti.<\/p>\n<p>Sambil mengharapkan bahawa dakwaannya adalah salah, Nurul Izzah  berjanji bahawa beliau akan memantau perkembangan ini secepat dekat  untuk memastikan rakyat mendapat jaminan ketelusan dan  kebertanggungjawaban daripada kerajaan.<\/p>\n<p>&#8220;Saya juga akan mencadangkan supaya dibentuk sebuah kautus yang bebas  pada sidang parlimen yang akan datang untuk memantau dasar-dasar  melibatkan Bumiputera.<\/p>\n<p>&#8220;Kaukus ini mampu menyediakan laporan tahunan mengenai keputusan dan  senarai penerima faedahnya untuk pengetahuan rakyat,&#8221; tambahnya. &#8211; FMT<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Isu terbaru berhubung penjualan tanah yang sangat berharga milik Keretapi Tanah Melayu (KTMB) menerima kritikan pedas daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar. Beliau berkata tanah seluas lapan hektar itu di belakang ibu pejabat Unilever di Jalan Bangsar mempunyai nilai pasaran RM400 juta telah dijual dengan harga terlalu rendah, hanya RM50 juta kepada Pelaburan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3631"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3631"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3631\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3631"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3631"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3631"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}