{"id":3581,"date":"2010-09-15T19:22:52","date_gmt":"2010-09-15T11:22:52","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/09\/kesemua-mangsa-didakwa-disembelih-dengan-senjata-tajam\/"},"modified":"2010-09-15T19:22:52","modified_gmt":"2010-09-15T11:22:52","slug":"kesemua-mangsa-didakwa-disembelih-dengan-senjata-tajam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/kesemua-mangsa-didakwa-disembelih-dengan-senjata-tajam\/","title":{"rendered":"Kesemua mangsa didakwa disembelih dengan senjata tajam"},"content":{"rendered":"<p><span class=\"content\"><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/09\/suspeksosila.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/09\/suspeksosila.jpg\" style=\"float: left;\" \/>Pendedahan terbaru berhubung kes pembunuhan  kejam jutawan kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya, 47 tahun,  mangsa bersama tiga lelaki lain disembelih menggunakan senjata tajam,  lapor media Malaysia, semalam.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Akhbar Harian Metro memetik sumber  yang rapat dengan siasatan kes itu sebagai berkata, berdasarkan siasatan  yang dilakukan, mangsa telah dikelar di bahagian leher sebelum dibakar  oleh kumpulan penjenayah se hingga menjadi abu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>(Gambar &#8211; SUSPEK UTAMA: Seorang lelaki berkaian reman Ungu, yang digari dibawa ke pejabatnya di Jalan Kemboja 33, dekat Jalan Sultan Alam Shah, Banting, bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat beberapa dokumen berkaitan kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan kehilangan beberapa individu lain)<\/p>\n<p>&#8216;Hasil maklumat yang dikumpul  setakat ini, polis mendapati pembunuhan itu adalah tindakan jenayah  sadis yang dirancang dengan begitu rapi. Lebih mengerikan apabila semua  mangsa seolah-olah dilayan seperti binatang tanpa perikemanusiaan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Polis turut percaya, abu dan sisa  tulang semua mangsa yang dibakar bukan hanya dibuang ke dalam Sungai  Panchau, malah turut dibuang ke beberapa parit kecil berhampiran yang  arusnya mengalir ke laut,&#8217; kata sumber itu kepada akhbar itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Dalam sidang akhbar Ahad lalu,  Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin,  berkata Datuk Sosilawati bersama tiga mangsa lain &#8211; pemandu dan pembantu  peribadinya, Encik Kamaruddin Shamsudin, 44 tahun; pegawai bank CIMB,  Encik Noorhisham Mohammad, 38 tahun; dan peguam peribadinya, Encik Ahmad  Kamil Abd Karim, 32 tahun &#8211; telah dibunuh di ladang milik suspek utama  di Sungai Gadung, Tanjung Sepat, Banting.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Mereka dilaporkan hilang sejak 30  Ogos lalu setelah berlepas ke Banting berhubung satu urusan jual-beli  tanah bernilai jutaan ringgit.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Laporan media sebelum ini berkata  Datuk Sosilawati dan tiga sekutunya dipukul hingga mati sebelum mayat  mereka dilumur dengan longgokan tahi lembu dan dibakar.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Abunya pula dibuang ke dalam sungai berhampiran tempat kejadian.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Setakat ini, polis menemui pisau  yang digunakan bagi tujuan pembunuhan selepas melakukan pemeriksaan rapi  di kawasan sungai dan parit berhampiran tapak ladang berkenaan malam  Ahad lalu,&#8217; kata sumber itu kepada Harian Metro.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Berdasarkan maklumat dikumpul, pisau  itu telah dibuang ke dalam sungai bersama abu mayat mangsa bagi  menghilangkan bukti jenayah itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Akhbar Berita Harian  pula dalam laporannya menyifatkan senjata yang digunakan penjenayah itu  sebagai &#8216;berbentuk cangkuk sepanjang 30 sentimeter&#8217;.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Siasatan polis kini tertumpu kepada teori bahawa pembunuhan Datuk Sosilawati memang sudah dirancang.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Ini selepas disahkan bahawa jutawan  komestik itu bertemu seorang peguam di Banting bagi mendapatkan semula  wang pendahuluan yang diberikan beliau kepada peguam berkenaan bagi  membeli sebidang tanah bernilai RM25 juta ($11 juta) di Pulau Pinang  yang boleh dijual semula pada harga RM200 juta.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Tiga mangsa lain yang turut dibunuh  pula secara kebetulan berada di tempat dan waktu yang sama, lapor akhbar  New Straits Times (NST) sambil memetik sumber polis.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Polis berjaya mengesan suspek utama  berhubung kes itu &#8211; seorang peguam bergelar &#8216;Datuk&#8217; berusia 41 dan adik  lelakinya berusia 38 tahun. Enam lagi suspek turut ditahan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sementara itu, siasatan polis yang  lebih mendalam terhadap kes pembunuhan Datuk Sosilawati menunjukkan  kemungkinan adanya beberapa mangsa lain &#8211; dipercayai sehingga sembilan  orang &#8211; yang dibunuh dengan cara yang sama sebelum ini, kata akhbar The  Star.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Mangsa-mangsa itu kesemuanya  dilaporkan hilang dan dikaitkan dengan suspek dua beradik peguam dalam  pembunuhan Datuk Sosilawati itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, Ahad  lalu, berkata kes empat orang yang pernah dilapor hilang akan disiasat  semula berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh keluarga mereka  berkaitan dengan dua peguam berkenaan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sumber-sumber berkata mereka yang  hilang ialah seorang peguam India, Encik Allal Kanthan Muthu Raja, 34  tahun; seorang wanita setempat; dan dua lelaki lain.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Encik Muthu Raja dikatakan tiba di  Malaysia pada 18 Januari lalu selepas diundang dua beradik peguam itu ke  Banting bagi urusan tanah dan dikatakan &#8216;boleh pulang ke India pada  hari yang sama&#8217;.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Isterinya, Cik M. Usharani, berkata suami beliau mengenali dua suspek itu sejak 10 tahun lalu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Kali terakhir beliau dihubungi  suaminya adalah pada tarikh pemergiannya ke Malaysia, kata Cik Usharani  semasa dihubungi media dari Chennai, India, kelmarin.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Difahamkan, polis telah memohon kepada Pejabat Peguam Negara bagi membekukan aset, termasuk akaun bank, kedua-dua peguam itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Difahamkan suspek bergelar &#8216;Datuk&#8217;  itu memiliki sekurang-kurangnya sembilan kereta mewah termasuk tujuh  kereta Mercedes Benz, bernilai jutaan ringgit.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Dia dan adik lelakinya juga  dikatakan telah disingkir daripada senarai Majlis Peguam oleh lembaga  disiplin pada 5 November lalu berhubung kes urus niaga hartanah di  Banting.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Namun, tindakan ke atas mereka ditangguh sementara menunggu rayuan mereka pada 18 Oktober ini terhadap keputusan tersebut.<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pendedahan terbaru berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya, 47 tahun, mangsa bersama tiga lelaki lain disembelih menggunakan senjata tajam, lapor media Malaysia, semalam. Akhbar Harian Metro memetik sumber yang rapat dengan siasatan kes itu sebagai berkata, berdasarkan siasatan yang dilakukan, mangsa telah dikelar di bahagian leher sebelum dibakar oleh kumpulan penjenayah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3581"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3581"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3581\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3581"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3581"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3581"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}