{"id":3558,"date":"2010-09-13T03:22:39","date_gmt":"2010-09-12T19:22:39","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/09\/tanding-jawatan-presiden-pkr\/"},"modified":"2010-09-13T03:22:39","modified_gmt":"2010-09-12T19:22:39","slug":"tanding-jawatan-presiden-pkr","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/tanding-jawatan-presiden-pkr\/","title":{"rendered":"Tanding jawatan Presiden PKR"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><strong>&#8211; Anwar belum ada jawapan<\/strong><br \/>Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim tetap tidak  memberi jawapan, sama ada beliau akan bertanding untuk jawatan Presiden  parti atau tidak, dalam pemilihan parti yang bakal berlangsung pada  hujung tahun ini.\u00a0 Malah, beliau juga enggan menyatakan pendiriannya  berhubung jawatan Timbalan Presiden partinya, yang dijangka bakal  menyaksikan pertarungan sengit, antara Azmin Ali dengan Zaid Ibrahim.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.merdekareview.com\/image_files\/news\/20100911_anwar.JPG\" border=\"0\" hspace=\"8\" vspace=\"8\" align=\"left\" \/>Sebaliknya,  dengan nada berjenaka\u00a0Anwar (gambar kiri)\u00a0berkata suara-suara yang  mendesak supaya dirinya bertanding bagi kerusi Presiden PKR mungkin  disyorkan oleh UMNO.\u00a0 Menurut beliau lagi, kemungkinan ini tidak dapat  dinafikan apabila UMNO ingin melihat PKR mengikut jejak dan langkah  mereka apabila menghadapi pemilihan dalam parti.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&#8220;Persidangan  Agung Cabang juga belum dimulakan.\u00a0 Begitu juga di peringkat negeri.\u00a0  Belum diputuskan samada pencalonan untuk jawatan tersebut akan dibuat  atau tidak.&#8221;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&#8220;Mungkin ini adalah syor  dari unsur dalaman UMNO supaya jawatan Presiden ini dipertandingkan.\u00a0  Sehingga ini kita belum membuat apa-apa keputusan lagi.\u00a0 Biarlah  persidangan agung parti bermula dahulu dengan lancar dan sempurna,&#8221;  katanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.merdekareview.com\/image_files\/news\/20100911_anwar_2.JPG\" border=\"0\" hspace=\"8\" vspace=\"8\" align=\"right\" \/>Anwar  berkata demikian ketika bercakap kepada media semasa menghadiri majlis  sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran PKR Negeri Pulau  Pinang di tapak ekspo Seberang Jaya tengah hari tadi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beliau  yang juga merupakan Ketua Umum PKR berkata, ahli-ahli dalam PKR diberi  peluang secara luas dan terbuka untuk mempertahankan prinsip amalan  demokrasi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&#8220;Kita tidak akan menyekat  mana-mana ahli untuk mengamalkan demokrasi dengan cara yang boleh  memberi peluang kepada mereka menzahirkan segala cadangan dan pilihan  mereka sendiri,&#8221; katanya lagi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebelum  ini terdapat desas-desus yang mahukan Anwar menerajui kerusi Presiden  PKR yang kini dipegang oleh isterinya, Wan Azizah Wan Ismail.\u00a0 Namun  begitu Anwar sehingga ini belum memberi keputusan mengenai desas-desus  tersebut sama ada untuk menerima atau sebaliknya kerusi tersebut.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Jawatan Timbalan Presiden<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam  pada itu, ketika ditanya mengenai jawatan Timbalan Presiden parti yang  akan ditandingi, beliau berkata mana-mana calon yang mendapat pencalonan  dari persidangan agung boleh bertanding.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.merdekareview.com\/image_files\/news\/20100911_mansor.JPG\" border=\"0\" hspace=\"8\" vspace=\"8\" align=\"left\" \/>&#8220;Mana-mana  calon yang layak membawa mesej parti dan mengamalkan demokrasi secara  sepenuhnya, serta mampu diterima oleh ahli adalah mereka yang layak.\u00a0  Saya tidak memihak kepada mana-mana calon untuk bertanding sebarang  jawatan dalam pemilihan parti,&#8221; ujar beliau lagi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pemilihan  bagi semua kerusi di peringkat cabang dan negeri yang turut melibatkan  kerusi Angkatan Muda dan Wanita akan\u00a0juga menyaksikan semua kerusi  dipertandingkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ahli PKR telah  diberi kuasa sepenuhnya untuk membuat pilihan bagi memilih kepimpinan  dalam parti mulai 17 September ini.\u00a0 Ia juga merupakan proses demokrasi  yang julung-julung kali dilaksanakan oleh sebuah parti politik dalam  negara ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>UMNO main sandiwara dalam isu PERKASA<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam  isu yang menyentuh PERKASA, Anwar membidas UMNO yang cuba bermain  sandiwara apabila cuba menyalahkan pertubuhan tersebut sebagai punca  kehilangan sokongan masyarakat bukan Melayu terhadap UMNO dan BN.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tambahnya  lagi, sepatutnya UMNO melihat langkah buruk yang telah mereka lakukan  selama menerajui negara.\u00a0 &#8220;Ketelusan yang tidak ada dalam pemberian  kontrak, berleluasanya korupsi dan kronisme, sudah pasti UMNO dan BN  memberi ketidakadilan kepada pihak lain.&#8221;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&#8220;Tindakan  mereka ini bukan saja menjadi penyebab kepada hilangnya sokongan rakyat  kepada mereka, malah pindaan terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri  yang mereka uar-uarkan tidak menjadi kenyataan.&#8221;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&#8220;Yayasan  Satu Malaysia yang mereka nyatakan sebagai satu yayasan ditubuhkan  untuk membela rakyat hanyalah sebagai satu episod drama yang diberikan  kepada kroni sendiri.\u00a0 Ini semua adalah keburukan yang sentiasa menjadi  perhatian rakyat,&#8221; tegasnya lagi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Turut  hadir dalam majlis tersebut ialah Presiden PKR, Wan Azizah, Timbalan  Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mansor Othman, Speaker DUN Pulau Pinang,  Abdul Halim Hussain dan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta  kepimpinan PKR Cabang dan Negeri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">*Nazar Hashim ialah penulis khas untuk <a href=\"http:\/\/www.merdekareview.com\/bm\/\"><em>MerdekaReview<\/em><\/a>.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8211; Anwar belum ada jawapanKetua Umum PKR Anwar Ibrahim tetap tidak memberi jawapan, sama ada beliau akan bertanding untuk jawatan Presiden parti atau tidak, dalam pemilihan parti yang bakal berlangsung pada hujung tahun ini.\u00a0 Malah, beliau juga enggan menyatakan pendiriannya berhubung jawatan Timbalan Presiden partinya, yang dijangka bakal menyaksikan pertarungan sengit, antara Azmin Ali dengan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3558"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3558"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3558\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3558"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3558"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3558"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}