{"id":3557,"date":"2010-09-13T00:58:04","date_gmt":"2010-09-12T16:58:04","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/09\/krisis-identiti-cetuskan-islamofobia-di-as\/"},"modified":"2010-09-13T00:58:04","modified_gmt":"2010-09-12T16:58:04","slug":"krisis-identiti-cetuskan-islamofobia-di-as","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/krisis-identiti-cetuskan-islamofobia-di-as\/","title":{"rendered":"Krisis identiti cetuskan Islamofobia di AS?"},"content":{"rendered":"<p><span class=\"content\"><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/09\/Islamophobia.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/images\/stories\/berita33\/Islamophobia.jpg\" style=\"float: left;\" \/>WASHINGTON: Beberapa ketika dulu, Eropah  kelihatan sebagai bahagian Barat yang dilanda kekhuatiran terhadap Islam   apabila berlaku beberapa kontroversi seperti pengharaman pemakaian  tudung atau pembinaan masjid-masjid di Perancis, Jerman, Belanda dan  Switzerland.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Bagaimanapun, sejak beberapa minggu  lalu, hubungan Amerika Syarikat dengan Islam kelihatan berubah, menurut  cendekiawan Islam, Profesor Tariq Ramadan, seorang profesor di bidang  pengajian Islam kontemporari di Kolej St Anthony di University Oxford,  dalam satu rencananya di akhbar The Washington Post.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Pertikaian terhadap rancangan  masyarakat Islam membina sebuah pusat Islam dan masjid dekat tapak Pusat  Dagangan Dunia, yang diserang pada 11 September 2001 oleh sekumpulan  pengganas yang dikaitkan dengan Al-Qaeda, di New York dan rancangan  membakar Al-Quran oleh seorang paderi Florida mendedahkan kebimbangan  yang sama, tulis Prof Ramadan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Dan, para wartawan dan intelek  (termasuk dari Eropah, agak ironik) telah dengan cepat menyifatkan  perkembangan itu sebagai meningkatnya Islamofobia di Amerika.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Tinjauan-tinjauan menunjukkan bahawa  hampir setengah rakyat Amerika mempunyai pandangan serong terhadap  Islam dan kebimbangan terhadap agama itu di Amerika tidak dapat  dinafikan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Namun, apakah ia sebenarnya sekadar  sikap xenofobia, atau sikap menaruh kebencian atau kegerunan terhadap  orang asing dan perkauman?<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Saya tidak percaya ia sedemikian rupa,&#8217; kata Prof Ramadan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Menurutnya, kebimbangan semula jadi  dan boleh difahami masih boleh ditukar menjadi penolakan aktif dan sikap  perkauman terbuka apabila perbincangan politik dan liputan media  memarakkan lagi api bagi kepentingan ideologi, keagamaan dan ekonomi.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Itu yang berlaku di Amerika hari ini,&#8217; tegas Prof Ramadan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Kebanyakan rakyat Amerika tidak tahu  tentang Islam tetapi takutkan agama itu sambil menyifatkannya sebagai  ganas, mengamalkan peluasan kuasa dan asing kepada masyarakat mereka,  jelas beliau.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Masalah yang harus diatasi bukanlah  kebencian tetapi kejahilan. Cabaran bagi umat Islam di Amerika harus  menghormati kebimbangan rakyat biasa sementara menentang eksploitasi  kebimbangan itu oleh parti politik, pelobi dan sektor-sektor media  tertentu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Bagi mengatasi cabaran ini, umat  Islam harus menilai semula pelibatan, kelakuan dan sumbangan mereka  dalam masyarakat Amerika,&#8217; tulis Prof Ramadan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Tanggapan-tanggapan negatif terhadap  Islam bukannya baru di Barat &#8211; ia bermula sejak zaman pertengahan kuno  lagi, bukan 11 September 2001, tegasnya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Pada abad ke-20, ia didedahkan  melalui krisis-krisis seperti revolusi Iran dan hal Salman Rushdi, yang  menunjukkan bahawa Islam mengancam keselamatan kepentingan Barat serta  nilai-nilai utama seperti kebebasan bersuara.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Serangan pengganas ke atas Pusat  Dagangan Dunia dan Pentagon (serta di Bali, Madrid dan London) serta  tengkarah karikatur Denmark hanya kelihatan mengesahkan kepada ramai di  Barat bahawa Islam adalah musuh, selama-lamanya terpisah daripada  mereka.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Perang di Afghanistan dan di Iraq  dan konflik sedang berjalan antara Israel-Palestin menghasilkan  kebimbangan yang sama,&#8217; jelas beliau.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Suasana realiti domestik terbaru di Eropah dan Amerika juga mendalamkan lagi perasaan negatif itu, menurut Prof Ramadan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Menurutnya, dengan adanya  penglihatan imej Islam yang semakin meningkat &#8211; melalui pemakaian,  masjid dan juga warna kulit &#8211; menunjukkan bahawa masyarakat Barat sudah  berubah dan perubahan seperti itu sering menakutkan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Identiti homogen (atau sejenis),  sama ada nyata atau bayangan, semakin kabur kerana rakyat Amerika dan  Eropah memikirkan masa depan negara dan budaya mereka.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Kehadiran umat Islam juga sering  digabungkan dengan perdebatan berhubung isu imigrasi. Masa depan Amerika  suram tanpa pendatang bagi membantu mengekalkan (prestasi) ekonominya  tetapi terdapat penentangan budaya dan psikologi mendalam terhadap  realiti yang tidak dapat dielakkan ini,&#8217; kata Prof Ramadan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Ini menjejas bukan saja kaum Latin,  malah juga umat Islam yang sudah pun dan semakin menjadi sebahagian  masyarakat Amerika,&#8217; tambahnya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Menurutnya, jika ia ditambah dengan  faktor ketidakstabilan umum yang dikaitkan dengan perang dan kelembapan  ekonomi, kita akan melihat satu gambaran krisis identiti di Amerika. Ia  adalah sebuah negara pendatang, yang diasaskan pada kebebasan suara dan  agama tetapi kini boleh dijejas oleh keraguan, ketidakpercayaan dan  ketakutan.<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>WASHINGTON: Beberapa ketika dulu, Eropah kelihatan sebagai bahagian Barat yang dilanda kekhuatiran terhadap Islam apabila berlaku beberapa kontroversi seperti pengharaman pemakaian tudung atau pembinaan masjid-masjid di Perancis, Jerman, Belanda dan Switzerland. Bagaimanapun, sejak beberapa minggu lalu, hubungan Amerika Syarikat dengan Islam kelihatan berubah, menurut cendekiawan Islam, Profesor Tariq Ramadan, seorang profesor di bidang pengajian Islam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3557"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3557"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3557\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3557"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3557"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3557"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}