{"id":3519,"date":"2010-09-08T18:36:22","date_gmt":"2010-09-08T10:36:22","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/09\/bakar-al-quran-nyawa-askar-amerika-galang-ganti\/"},"modified":"2010-09-08T18:36:22","modified_gmt":"2010-09-08T10:36:22","slug":"bakar-al-quran-nyawa-askar-amerika-galang-ganti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/bakar-al-quran-nyawa-askar-amerika-galang-ganti\/","title":{"rendered":"Bakar Al-Quran; Nyawa Askar Amerika Galang Ganti"},"content":{"rendered":"<p><span class=\"content\"><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/09\/afgstx.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/images\/stories\/berita32\/afgstx.jpg\" style=\"float: left;\" \/>Seorang komander utama tentera Amerika Syarikat  di Afghanistan telah memberi amaran bahawa nyawa askar Amerika dalam  bahaya jika sebuah gereja di Florida meneruskan rancangannya untuk  membakar naskhah-naskhah Al-Quran pada ulang tahun kesembilan peristiwa  serangan 11 September 2001 (9\/11) di New York dan Washington.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Jeneral David Petraeus berkata  rancangan membakar kitab suci penganut Islam akan menjadi satu  propaganda bagi kumpulan Taleban di Afghanistan dan mencetuskan sentimen  anti-Amerika di seluruh Dunia Islam.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Pusat Dove World Outreach di  Gainesville, Florida, berkata ia akan membakar salinan Al-Quran pada  ulang tahun kesembilan peristiwa serangan 9\/11, minggu ini, untuk  memprotes apa yang dikatakannya sebagai &#8216;kejahatan Islam&#8217;.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Dalam satu wawancara dengan akhbar  Wall Street Journal semalam, Jeneral Petraeus menyifatkan acara itu  &#8216;boleh membahayakan askar dan ia boleh membahayakan keseluruhan usaha  mereka&#8217;.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Tindakan seperti itu yang  benar-benar boleh digunakan pihak Taleban, dan boleh mengakibatkan  masalah besar. Bukan sahaja di sini, tetapi di mana mana sahaja di  seluruh dunia, di mana saja kami mempunyai hubungan dengan masyarakat  Islam,&#8217; jelasnya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Rancangan memprotes oleh sekumpulan  50 anggota gereja di Florida itu, yang memiliki muka laman Facebook yang  memuatkan moto &#8216;Islam dihasilkan Syaitan&#8217;, telah mencetuskan kemarahan  di Indonesia, negara dengan penduduk majoriti Islam paling ramai di  dunia.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Bulan lalu, kira-kira 100 warga  Indonesia membantah di luar kedutaan Amerika di Jakarta dan mengancam  untuk &#8216;berjihad&#8217; jika kumpulan Kristian di Amerika itu meneruskan acara  itu. &#8212; AFP.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang komander utama tentera Amerika Syarikat di Afghanistan telah memberi amaran bahawa nyawa askar Amerika dalam bahaya jika sebuah gereja di Florida meneruskan rancangannya untuk membakar naskhah-naskhah Al-Quran pada ulang tahun kesembilan peristiwa serangan 11 September 2001 (9\/11) di New York dan Washington. Jeneral David Petraeus berkata rancangan membakar kitab suci penganut Islam akan menjadi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3519"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3519"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3519\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3519"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3519"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3519"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}