{"id":3517,"date":"2010-09-08T18:26:45","date_gmt":"2010-09-08T10:26:45","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/09\/peringatan-di-penghujung-ramadhan\/"},"modified":"2010-09-08T18:26:45","modified_gmt":"2010-09-08T10:26:45","slug":"peringatan-di-penghujung-ramadhan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/peringatan-di-penghujung-ramadhan\/","title":{"rendered":"Peringatan di Penghujung Ramadhan"},"content":{"rendered":"<div class=\"Section1\">\n<p class=\"MsoNormal\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/09\/doaeid.gif\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/09\/doaeid.gif\" style=\"float: left;\" \/><strong>Bertaqwalah  kepada Allah<\/strong> sebelum  tiba suatu hari kita tidak akan dibenarkan lagi  balik ke kampung halaman. Bila  tiba hari raya , anak-anak  berduyun-duyun balik kampung, Alhamdulillah, tapi  sedarkah kita, bila  tiba di akhirat kelak, tidak ada lagi balik kampung. Orang  Terengganu  tak boleh balik Terengganu, orang Kelantan tak boleh balik Kelantan.   Semuanya kekal di akhirat saja tanpa dapat balik-balik.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Alhamdulillah,  kita hampir  menyempurnakan Ramadhan. Pejuang-pejuang Islam sangat  beruntung kerana di bulan  Ramadhan, Al Quran yang mereka tadarus  merupakan dasar mereka sendiri. Ini  bermakna mereka sedang membaca  dasar-dasar perjuangan mereka yang termaktub  dalam Al Quran.  Pejuang-pejuang sekular teramat rugi kerana mereka tidak  mempunyai  kitab untuk mereka tadarus. Jika mereka tadarus Al Quran sekalipun,   kitab itu tidak mereka jadikan sebagai dasar. Sebab itu menjadi seorang  pejuang  Islam benar-benar satu tuah yang diberikan oleh Allah Taala.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Ramadhan  mengajar kita untuk  cakna kepada orang yang tidak berkemampuan. Allah  Taala menciptakan di dunia ini  orang-orang kurang berkemampuan untuk  menjadi ujian kepada orang-orang yang  mampu. Di akhirat nanti akan  ditanya, setakat mana orang-orang yang mampu ini  menghulurkan bantuan  kepada orang-orang yang kurang mampu. Sebab itu  saudara-saudara kita  yang kurang mampu sedikit untung sebab terlepas soalan ini  di akhirat  nanti. Manakala yang berkemampuan perlu pastikan duit kita pada hari   ini kita peruntukan untuk beli pahala selain beli pakaian, laut pauk,  beras dan  keperluan hidup. Bila kita membeli belah di kedai, kita tukar  duit dengan  barang, sebab itu kita tidak sayang belanjakan duit kerana  nampak barang di  depan mata. Namun sedarkah kita bila kita laburkan  duit untuk kebaikan, seperti  kita beli pahala dengan duit kita.  Walaupun pahala ini benda tak Nampak, tapi  itulah saham kita di  akhirat.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Tujuan  hidup kita adalah untuk  mengabdikan diri kepada Allah. Kita tidak boleh  hidup sesuka hati ikut cara kita  sendiri. Ibarat kita ingin membina  rumah, kita berikan pelan rumah kepada  kontraktor. Kontraktor tidak  boleh pandai-pandai buat kerja ikut suka hati dia.  Dia kena ikut pelan  yang disediakan. Demikianlah kita manusia, kita tidak boleh  hidup  pandai-pandai ikut apa yang kita mahu. Kita kena patuh kepada pelan.  Pelan  hidup ialah Islam yang dibawa nabi Muhammad SAW. Ikut pelan kita  selamat. Tak  ikut pelan jawabnya tak selamat.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Tujuan  manusia hidup perlu  dirujuk kepada tukang buat manusia iaitu Allah.  Itulah tukang yang sebenar. Ibu  bapa bukan tukang, ibu bapa hanyalah  pekakas untuk buat manusia. Sebagaimana  periuk belanga, rempah ratus  bukanlah tukang masak. Ini hanyalah peralatan untuk  memasak.  Benda-benda ni semua tak berguna tanpa tukang masak. Tukang manusia   ialah Allah Taala. Bila Allah Taala kata tujuan hidup manusia adalah  untuk  mengabdikan diri kepadanya, kita perlu patuh kerana dialah tukang  buat  manusia.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Islam  jalan hidup yang selamat.  Peraturan yang diperkenalkan Islam sama  sekali tidak akan menyusahkan manusia.  Lihatlah perkara yang diharamkan  Islam semuanya merupakan perkara-perkara yang  memudharatkan. Mencuri,  merompak, berzina, menipu, rasuah, menyeleweng, khianat  yang kesemuanya  diharamkan oleh Islam turut ditolak oleh semua manusia tanpa  mengira  bangsa dan agama. Begitu juga perkara-perkara yang diwajibkan atau   digalakkan oleh Islam seperti bercakap benar, menepati janji, tidak  menipu,  menghormati orang tua, menghubungkan persaudaraan semuanya  merupakan nilai-nilai  baik yang diterima oleh semua manusia. Oleh yang  demikian, tidak ada sebab untuk  kita tolak Islam.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Kita  manusia ditugaskan menjadi  Khalifah di muka bumi. Kita bukan haiwan  atau tumbuhan yang hidup tanpa sebarang  beban tugas. Bila disebut  khalifah ertinya kita menganti kerana khalifah ertinya  pengganti. Kita  menggantikan Allah Taala di muka bumi dengan maksud kita menjadi   pekerja dan jurucakap Allah Taala. Nabi Muhammad SAW sebagai jurucakap  rasmi  membawa risalah daripada Allah dan mewariskan kepada kita sebagai   jurucakap-jurucakap seterusnya untuk menegakkan syariat Islam di bumi  ini. Mana  mungkin kita hidup atas muka bumi, jalan atas bumi Allah,  makan dan minum rezeki  Allah, nyawa dengan oksigen Allah, tiba-tiba  kita tak nak buat kerja untuk  Allah. Ibarat kita pergi kedai, minum  air, makan nasi, tiba-tiba tak nak bayar,  mesti kena marah. Itu baru  air dan nasi. Apa kata kita sebagai hamba tuhan,  duduk di muka dunia,  nyawa dengan udara tuhan, melihat dengan mata yang Allah  Taala bagi,  mendengar dengan telinga dan bercakap dengan mulut yang diberikan   Allah, tiba-tiba kita mahu semua itu dengan percuma tanpa buat kerja  untuk Allah  Taala.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Perjuangan  Islam yang kita galas  pada hari ini bukanlah suatu pilihan, tetapi  merupakan satu kewajipan yang  terpikul di atas bahu kita semua. Ini  kerana setiap perkara yang diciptakan  Allah Taala mempunyai tugasnya  masing-masing. Makhluk seperti binatang mempunyai  tugasnya. Kayu dan  batu yang tidak bernyawa juga mempunyai tugasnya. Kesemuanya  diciptakan  oleh Allah taala untuk kegunaan manusia. Maka untuk apakah pula   manusia sendiri diciptakan. Islam hadir dengan satu jawapan bahawa tugas  manusia  ialah untuk mengabdikan diri kepada tuhan yang menciptakan  alam ini iaitu Allah  Taala.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Di  atas bahu kitalah terbeban  tugas untuk menegakkan Islam. Mengharapkan  Islam tegak melalui keris UMNO saya  kira amat mustahil. Keris itu tidak  lain hanyalah bertujuan merobek keharmonian  demi mengenyangkan perut  orang-orang tertentu. Tinggalkanlah bahtera kebangsaan  yang hampir  karam ini. Langit dan bumi bukan diciptakan oleh bangsa Melayu,  bukan  juga oleh bangsa Arab atau mana-mana bangsa. Ia diciptakan oleh tuhan   segala bangsa iaitu Allah Taala. Di antara kecelakaan yang menimpa ummat  Islam  pada hari ini ialah mereka berpolitik dengan tidak mengira apa  yang akan mereka  hadapi di dalam kubur kelak. Inilah dia politik  duniawi. Saya mengulangi balik  kata-kata Saidina Umar Al Khattab,  \u201cBalik kepada kebenaran lebih baik daripada  kekal dalam kebatilan.\u201d  Malangnya politik sekular tidak mengenal nilai benar dan  batil.<br \/><a href=\"http:\/\/drazmanibrahim.blogspot.com\/2010\/09\/tazkirah-penghujung-ramadhan.html\"><br \/>Baca dari sumber &gt;&gt;<\/a><\/p>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bertaqwalah kepada Allah sebelum tiba suatu hari kita tidak akan dibenarkan lagi balik ke kampung halaman. Bila tiba hari raya , anak-anak berduyun-duyun balik kampung, Alhamdulillah, tapi sedarkah kita, bila tiba di akhirat kelak, tidak ada lagi balik kampung. Orang Terengganu tak boleh balik Terengganu, orang Kelantan tak boleh balik Kelantan. Semuanya kekal di akhirat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3517"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3517"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3517\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3517"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3517"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3517"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}