{"id":34796,"date":"2015-06-19T21:00:49","date_gmt":"2015-06-19T13:00:49","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=34796"},"modified":"2015-06-19T19:58:58","modified_gmt":"2015-06-19T11:58:58","slug":"pakatan-rakyat-hanya-bubar-apabila-semua-parti-bersetuju-presiden-pas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pakatan-rakyat-hanya-bubar-apabila-semua-parti-bersetuju-presiden-pas\/","title":{"rendered":"Pakatan Rakyat Hanya Bubar Apabila Semua Parti Bersetuju &#8211; Presiden PAS"},"content":{"rendered":"<p>MARANG &#8211; Presiden PAS Dato\u2019 Seri Tian Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa PAS bersetuju bagi meninggikan taraf Mahkamah Syariah melalui pindaan Enakmen 355 yang dibawa ke Parlimen.<\/p>\n<p>\u201cKita (PAS) bersetuju untuk meninggikan taraf Mahkamah Syariah berkenaan Enakmen 355 dan perubahan boleh dibuat dengan hanya simple majoriti,<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/06\/IMG-20150619-WA0026.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\" size-medium wp-image-34798 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/06\/IMG-20150619-WA0026-300x222.jpg\" alt=\"IMG-20150619-WA0026\" width=\"300\" height=\"222\" \/><\/a>\u201cdengan kita mengajak Ahli-ahli Parlimen yang beragama Islam tanpa mengira parti PAS, Umno, Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan termasuk dua orang Melayu Islam yang ada dalam (parti) DAP.<\/p>\n<p>\u201cIni tanggungjawab agama untuk meninggikan taraf Mahkamah Syariah. Ini kita (PAS) bersetuju dan menjadi perkara asas dalam Perlembagaan Negara,\u201dtegasnya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, DAP dan parti-parti lain yang bukan Islam tidak boleh sentuh perkara berkaitan kerana katanya, ia adalah hak orang-orang Islam.<\/p>\n<p>Dalam Perlembagaan Negara hak agama lain bebas, tetapi beliau mempersoalkan, mengapa hak orang Islam untuk perlaksanaan syariah tidak bebas?<\/p>\n<p>Ustaz Abdul Hadi mengingatkan, persetujuan bertulis pernah dibuat bersama antara tiga parti dalam Pakatan Rakyat bagi menghormati hak masing-masing.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/06\/IMG_20150619_180927.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignleft size-medium wp-image-34799\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/06\/IMG_20150619_180927-300x184.jpg\" alt=\"IMG_20150619_180927\" width=\"300\" height=\"184\" \/><\/a>\u201cSebab itu, kita (PAS) memberi peringatan acap kali dan sudah diadakan tandatangan bersama (PAS, PKR dan DAP) iaitu mereka menerima hak kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS untuk membuat sesuatu bagi melaksanakan Islam.<\/p>\n<p>\u201cHak dia (DAP) tidak setuju terpulang kepada dia, tapi dia (DAP) hendak nasihat supaya kita (PAS) berhenti itu tidak bolehlah,\u201d jelasnya ketika mengulas tindakan DAP menentang RUU persendirian yang dibawa oleh PAS ke Parlimen, baru-baru ini.<\/p>\n<p>Namun, katanya PAS telah mencapai satu kejayaan apabila berjaya menarik orang bukan Islam menjadi ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dalam sayap parti.<\/p>\n<p>Berikut adalah transkrip ringkas soal jawab isu semasa lain berkaitan antara pihak media dengan Dato\u2019 Seri Abdul Hadi Awang.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/06\/IMG-20150619-WA0024.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\" size-medium wp-image-34801 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/06\/IMG-20150619-WA0024-300x195.jpg\" alt=\"IMG-20150619-WA0024\" width=\"300\" height=\"195\" \/><\/a>Soalan (S): Sekarang ini apa yang akan PAS buat kepada DAP yang telah bubar Pakatan Rakyat, adakah PAS masih lagi mahu berada dalam pakatan?<\/p>\n<p>Jawapan (J): Pertama, bila disebut pakatan bermakna banyak parti dan bukan satu parti sahaja. Jika hanya satu parti buat keputusan itu bukan pakatan. Pakatan ini kena ada dua sekurang-kurang atau pun banyak (parti). Dalam hal ini kita (PAS) faham apa makna pakatan. Sehingga hari ini, PKR masih tidak buat apa-apa kenyataan (keluar) dan DAP telah membuat kenyataan dia (keluar). Ada pun dari segi buat keputusan PAS ini bukan milik saya seorang. PAS ini milik pimpinan secara kolektif dan dengan sebab itu saya perlu merujuk kepada kepimpinan PAS dan termasuklah yang menjaga teras kepada dasar PAS iaitu Majlis Syura Ulama\u2019 (MSU).<\/p>\n<p>S: Pada Dato\u2019 Seri, adakah Dato\u2019 Seri sebagai Presiden PAS boleh terima kenyataan Lim Guan Ng yang mendakwa tidak wujud lagi Pakatan Rakyat?<\/p>\n<p>J: Itu kenyataan peribadi dan pada saya itu satu kenyataan yang tidak tepat kerana (jika) satu parti itu bukan pakatan. Pakatan mesti merangkumi banyak parti yang ada dalam pakatan itu. Boleh buka kamus dewan tengok apa makna pakatan.<\/p>\n<p>S: Pada Dato\u2019 Seri, status Pakatan Rakyat itu masih wujud?<\/p>\n<p>J: Ya, sehingga kini (Pakatan Rakyat) masih wujud.<\/p>\n<p>S: Tetapi, Dato\u2019 Seri (Abdul Hadi). Lim Guan Ng kata PKR juga telah menyatakan Pakatan Rakyat juga sudah tidak wujud lagi?<\/p>\n<p>J: Saya melihat kamus dewan (Dewan Bahasa dan Pustaka) apa makna pakatan dan dengan sebab itu, Parti KeADIlan Rakyat (PKR) tidak membuat kenyataan yang menunjukkan kita (Pakatan Rakyat) berpisah dan ini menunjukkan pakatan antara dua parti (PAS dan PKR) masih ada. Manakala, dengan DAP sehingga hari ini kita masih belum dapat satu keputusan secara rasmi dan kita (PAS) dapat melalui media sahaja.<\/p>\n<p>S: Maknanya, PAS akan bekerjasama dengan PKR sahaja?<\/p>\n<p>J: Kita (PAS) bekerjasama dengan semua parti yang tidak \u2018cauvinis\u2019, itu sikap kita.<\/p>\n<p>S: Dato\u2019 Seri, dalam muktamar PAS mahu melihat semula Tahaluf Siyasi. Tapi, apabila pendekatan yang dibuat oleh Lim Guan Ng dalam soal bubar pakatan ini. Maksudnya, PAS masih mahu pertahankan pakatan ini atau masih menunggu MSU untuk membuat keputusan?<\/p>\n<p>J: Pakatan Rakyat dibubarkan dan terbubar dengan sendirinya apabila semua parti dalam Pakatan Rakyat keluar daripada pakatan atau dipecat semua tinggal satu sahaja. Jika masih ada dua itu masih dalam pakatan.<\/p>\n<p>S: Bagaimana dengan tindakan kerajaan Pulau Pinang yang memecat Ahli Majlis PBT. Adakah itu sememangnya DAP mahu memutuskan hubungan dengan PAS, Dato\u2019 Seri?<\/p>\n<p>J: Kerajaan Pulau Pinang bukan sahaja melibatkan dengan PAS termasuklah dengan Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan parti PKR masih ada lagi dalam kerajaan negeri Pulau Pinang. Sebab itu, keputusan kerajaan negeri mesti keputusan kerajaan yang melibatkan parti yang ada dalam kerajaan itu.<\/p>\n<p>S: Dato\u2019 Seri, yang jelas PAS masih sayangkan Pakatan Rakyat?<\/p>\n<p>J: Kita (PAS) sayangkan perpaduan. Perpaduan kaum kerana kita menerima hakikat masyarakat majmuk yang ada di Malaysia.<\/p>\n<p>S: Pada Dato\u2019 Seri, Lim Guan Eng tidak berhak membut keputusan bubar pakatan?<\/p>\n<p>J: Itu terpulang kepada masyarakat di bawah menilai. Biar masyarakat umum melihat kenyataan dia (Lim Guan Ng).<\/p>\n<p>S: Bila agaknya, Majlis Syura Ulamak\u2019 (MSU) akan membuat keputusan di antara hubungan PAS dengan DAP?<\/p>\n<p>J: Itu akan ditentukan dalam mesyuarat yang ditentukan oleh Jawatankuasa PAS Pusat pada bila-bila masa sahaja dalam masa terdekat ini, Insya\u2019Allah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MARANG &#8211; Presiden PAS Dato\u2019 Seri Tian Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa PAS bersetuju bagi meninggikan taraf Mahkamah Syariah melalui pindaan Enakmen 355 yang dibawa ke Parlimen. \u201cKita (PAS) bersetuju untuk meninggikan taraf Mahkamah Syariah berkenaan Enakmen 355 dan perubahan boleh dibuat dengan hanya simple majoriti, \u201cdengan kita mengajak Ahli-ahli Parlimen yang beragama Islam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":34800,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":34800,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":800,"height":467,"file":"2015\/06\/IMG_20150619_1805571.jpg","filesize":80235,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":34796,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/06\/IMG_20150619_1805571.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34796"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=34796"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34796\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/34800"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=34796"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=34796"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=34796"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}