{"id":34718,"date":"2015-06-18T10:36:34","date_gmt":"2015-06-18T02:36:34","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=34718"},"modified":"2015-06-18T10:37:58","modified_gmt":"2015-06-18T02:37:58","slug":"pelarian-yaman-di-djibouti-mahu-ke-amerika-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pelarian-yaman-di-djibouti-mahu-ke-amerika-malaysia\/","title":{"rendered":"Pelarian Yaman Di Djibouti, Mahu Ke Amerika, Malaysia"},"content":{"rendered":"<p>Ribuan warga Yaman yang melarikan diri dari perang di tanah air, menyabung nyawa merentasi Teluk Aden untuk mencari perlindungan di Djibouti, di mana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menubuhkan hab bagi menyediakan bantuan kepada warga negara Arab yang dilanda konflik itu.<\/p>\n<p>Mereka tiba dengan hanya beberapa barangan kepunyaan yang boleh mereka bawa, kebanyakannya datang dengan bot kecil nelayan yang usang.<\/p>\n<p>UNHCR berkata sejumlah 5,000 pelarian Yaman telah berjaya sampai ke Djibouti, termasuk 3,000 di ibu negara Djibouti, dan 1000 orang di Obock, kira-kira 300 kilometer (187 batu) di utara, menjadikannya kini sebagai kawasan pendudukan pelarian terbesar Yaman.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/06\/IMG-20150615-WA0093-2.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignleft size-medium wp-image-34720\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/06\/IMG-20150615-WA0093-2-300x185.jpg\" alt=\"IMG-20150615-WA0093 (2)\" width=\"300\" height=\"185\" \/><\/a>Kebanyakan pelarian lega kerana berjaya melarikan diri dari konflik perang, ditambah penglibatan pakatan Arab yang melakukan serangan udara, asalnya perang saudara Yaman itu bertukar menjadi konflik dunia.<\/p>\n<p>Arab Saudi yang memimpin gabungan tentera telah menyasarkan pemberontak Syiah Houthi yang berpakat dengan pengikut bekas Presiden Ali Abdullah Salleh, menentang tentera yang setia kepada Presiden dalam buangan, Abd Rabbuh Mansur Hadi telah membawa negara Yaman ke ambang kemusnahan.<\/p>\n<p>&#8220;Kami rasa keadaan amat menggalakkan di negara ini, tetapi kami (harap) mempunyai tempat lain untuk pergi,&#8221; kata Amin Nasser, seorang guru berusia 45 tahun yang berasal dari ibu negara Yaman, Sanaa.<\/p>\n<p>Manakala Abu Saleh, berusia 28 tahun dari bandar Yaman dari Taiz, yang baru sahaja tiba bersama 150 orang lain dengan bot berkata, musim panas ini menyesakkan dan beliau telah terpaksa menunggu untuk diproses oleh polis imigresen di pelabuhan Djibouti.<\/p>\n<p>&#8220;Kami datang pada bot (yang membawa) lembu, duduk bersebelahan dengan haiwan selama 19 jam berturut-turut,&#8221; katanya.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/06\/IMG-20150615-WA0092-2.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\" size-medium wp-image-34721 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/06\/IMG-20150615-WA0092-2-300x177.jpg\" alt=\"IMG-20150615-WA0092 (2)\" width=\"300\" height=\"177\" \/><\/a>Di bandar Obock, rumah anak yatim Al-Rahma telah menjadi rumah kepada kira-kira 100 keluarga, kebanyakannya dari bandar Bab Al-Mandab di Yaman, yang hanya mengambil masa 30 minit perjalanan dari Obock.<\/p>\n<p>Hamda, 55, menjaga bapanya, Ibrahim Mohamed 80, merupakan pelarian yang paling tua di rumah anak yatim itu, yang dalam keadaan buta dan pekak. Kedua-dua mereka berkongsi bilik dengan tiga keluarga lain.<\/p>\n<p>Tiada pintu atau tingkap pada bangunan kecil dan pelarian Yemen telah meletakkan tirai antara bilik untuk privasi. Mereka menghabiskan hari-hari mereka, kebanyakannya dengan melepak di sekitar telaga di kawasan itu tetapi mereka berkata ia masih lebih baik daripada tinggal di kem yang dikendalikan UNHCR.<\/p>\n<p>Sebanyak 300 khemah telah didirikan oleh agensi pelarian PBB itu di padang pasir terbuka.<\/p>\n<p>Pelarian yang tinggal di kem itu, telah disediakan dengan kelambu dan selimut, dan mereka mendapat catuan makanan harian serta air, tetapi tidak ada dinding di sekitar kawasan kem seperti terdapat di sekitar Al-Rahma &#8211; dan mereka telah melihat dubuk dan ular. Jika mereka memerlukan bekalan yang lain, mereka berjalan di 5 kilometer (3 batu) ke bandar.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/06\/IMG-20150614-WA0138.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignleft size-medium wp-image-34722\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/06\/IMG-20150614-WA0138-300x169.jpg\" alt=\"IMG-20150614-WA0138\" width=\"300\" height=\"169\" \/><\/a> Seorang lagi pelarian Yaman, Om Sabreen, 29, seorang wanita muda yang hamil, tinggal di kem PBB bersama dua orang anak perempuannya, dengan harapan untuk bersatu semula dengan suaminya yang bekerja di Arab Saudi.<\/p>\n<p>Marie-Claire Sowinetz, yang bertugas dengan UNHCR di Djibouti berkata, agensi pelarian itu melakukan segala yang mungkin untuk menyediakan pelarian Yaman dengan tempat tinggal, makanan, air dan bantuan perubatan dalam persekitaran yang sangat mencabar.<\/p>\n<p>&#8220;Untuk dapat menangani semua keperluan golongan yang mudah terjejas, kita perlu lebih banyak sokongan yang mantap daripada masyarakat antarabangsa,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Pada awal minggu ini, pasukan peninjau dari Yayasan Amal Malaysia telah meninjau kedudukan pelarian Yaman di beberapa kawasan dalam usaha untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan pada masa akan datang.<\/p>\n<p>Anggota sukarelawan Yayasan Amalam Cawangan Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata buat masa ini kira-kira 1500 orang pelarian Yaman yang tinggal di kem Obock.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/06\/IMG-20150615-WA0089.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\" size-medium wp-image-34723 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/06\/IMG-20150615-WA0089-300x225.jpg\" alt=\"IMG-20150615-WA0089\" width=\"300\" height=\"225\" \/><\/a>\u201cKem di (Obock) djibouti tu ada 1500 orang (penghuni). Khemah ada 350 buah, 250 keluarga. Setiap minggu ada pelarian baru masuk. \u2018Passport\u2019 di pegang oleh kerajaan Djibouti, semua pelarian hanya di beri makanan asas seperti beras, gamdum, gula dll. Duit tak ada.<\/p>\n<p>\u201cAda pelarian jual makanan percuma untuk beli ikan, daging dan lain-lain,\u201dujarnya yang membuat misi tinjauan itu bersama Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia, Jamulidin Elias.<\/p>\n<p>Katanya, pelarian dari Yaman tidak dibenarkan tinggal di tempat lain, selain hanya di daerah Obock sahaja.<br \/>\nMenurutnya, perlarian biasa terpaksa membayar dengan harga yang mahal untuk sampai ke Djibouti, dan akan ditahan selama dua hari di pelabuhan, sebelum dibawa ke kawasan penempatan pelarian.<\/p>\n<p>\u201cKos paling tinggi untuk orang Yaman keluar dari Yaman ialah USD400 satu kepala, paling murah USD50 satu kepala, sekarang kebanyakkannya keluar dengan bayaran USD100 satu kepala,<\/p>\n<p>\u201cKebanyakan pelarian Yaman tak mahu duduk di situ (Obock), merekka nak ke luar negeri seperti Amerika, Malaysia dan lain-lain,\u201dujarnya melalui aplikasi pesanan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ribuan warga Yaman yang melarikan diri dari perang di tanah air, menyabung nyawa merentasi Teluk Aden untuk mencari perlindungan di Djibouti, di mana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menubuhkan hab bagi menyediakan bantuan kepada warga negara Arab yang dilanda konflik itu. Mereka tiba dengan hanya beberapa barangan kepunyaan yang boleh mereka bawa, kebanyakannya datang dengan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":34725,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":{"id":34725,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":1152,"height":669,"file":"2015\/06\/IMG-20150615-WA0088-2.jpg","filesize":192353,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":34718,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/06\/IMG-20150615-WA0088-2.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34718"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=34718"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34718\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/34725"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=34718"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=34718"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=34718"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}