{"id":3440,"date":"2010-08-30T16:39:52","date_gmt":"2010-08-30T08:39:52","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/08\/isu-rasis-pemimpin-umno-cetus-keresahan-kaum\/"},"modified":"2010-08-30T16:39:52","modified_gmt":"2010-08-30T08:39:52","slug":"isu-rasis-pemimpin-umno-cetus-keresahan-kaum","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/isu-rasis-pemimpin-umno-cetus-keresahan-kaum\/","title":{"rendered":"Isu Rasis &#8211; Pemimpin Umno Cetus Keresahan Kaum"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/08\/ng.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/berita32\/ng.jpg\" style=\"float: right;\" \/><strong>KUALA TERENGGANU<\/strong> &#8211; Kenyataan dan tindak tanduk pemimpin Umno yang menerajui kerajaan Barisan National (BN) negara ini menimbulkan keresahan dan rasa tidak puas hati dikalangan masyarakat Tionghua<\/p>\n<p>Mereka berpandangan, pemimpin Umno-BN sering kali mengutarakan isu-isu &#8216;rasis&#8217; yang sensitif berkait dengan keagamaan serta perkauman dari dulu hingga sekarang.<\/p>\n<p>\u201cJika mereka (Umno-BN) teruskan permainan isu agama dan perkauman ini. Masyarakat tionghua akan rasa lebih tidak puas hati terhadap sikap-sikap pemimpin Umno-BN yang suka mainkan isu perkauman sehingga boleh menggugat kestabilan negara. <\/p>\n<p>\u201cSebab pengalaman 13 Mei, cukup pahit untuk dikenang yang pernah berlaku dalam negara ini. Kita (DAP) lebih berhati-hati dalam isu ini supaya tidak timbul salah faham,\u201d jelas Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing ketika ditemui, disini semalam, 29 Ogos.<\/p>\n<p>Menurutnya, pemimpin Umno-BN sengaja mengeksploitasikan isu-isu tersebut bagi kepentingan politik \u2018murahan\u2019.<\/p>\n<p>Ini kerana, katanya Umno dan kerajaan Barisan Nasional berada dalam suasana cemas serta semakin hilang sokongan rakyat terutama di kalangan orang bukan Melayu.<\/p>\n<p>\u201cSaya lihat hari ini Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan yang mereka (BN) rasa cemas. Cemas kerana mereka (Umno-BN) telah mula hilang sokongan orang bukan Melayu,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Menurutnya, isu-isu keagamaan dan perkauman cuba dimainkan lagi oleh BN bagi memburuk-burukkan pemimpin DAP serta meraih sokongan orang Melayu kepada Umno.<\/p>\n<p>Beliau mendakwa masyarakat bukan Melayu di negara ini juga mula memahami tentang Islam sejak mengenali Pakatan Rakyat dan PAS.<\/p>\n<p>\u201cSaya rasa masyarakat bukan Islam mula memahami apa maksud Islam. Maknanya, mereka (tionghua) faham Islam sekarang dan mula mendekati masyarakat Melayu dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh masyarakat Melayu khususnya dalam Pakatan Rakyat,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Selain itu, kata Ng Chai Hing pemimpin Umno-BN ketandusan isu yang boleh memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12.<\/p>\n<p>Menurutnya, hanya dengan isu-isu agama dan perkauman yang diharapkan dapat mengembalikan kekuatan politik Umno-BN. <\/p>\n<p>\u201cMereka (Umno-BN) mainkan isu doa dalam khutbah Jumaat dikaitkan dengan Lim Guan Eng, kunjungan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ke Surau al-Huda dijadikan kontroversi, penggunaan ayat-ayat al-Quran oleh pemimpin DAP dijadikan isu politik dan banyak lagi,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Seolah-olah katanya, pemimpin DAP tidak menghormati agama Islam serta menjadi ancaman kepada orang-orang Melayu di negara ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; Kenyataan dan tindak tanduk pemimpin Umno yang menerajui kerajaan Barisan National (BN) negara ini menimbulkan keresahan dan rasa tidak puas hati dikalangan masyarakat Tionghua Mereka berpandangan, pemimpin Umno-BN sering kali mengutarakan isu-isu &#8216;rasis&#8217; yang sensitif berkait dengan keagamaan serta perkauman dari dulu hingga sekarang. \u201cJika mereka (Umno-BN) teruskan permainan isu agama dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3440"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3440"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3440\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3440"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3440"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3440"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}