{"id":34328,"date":"2015-06-07T12:31:15","date_gmt":"2015-06-07T04:31:15","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=34328"},"modified":"2015-06-07T12:31:15","modified_gmt":"2015-06-07T04:31:15","slug":"gempa-bumi-ranau-gegaranterus-berlaku-apabila-bumi-tidak-mampu-menyimpan-tenaga","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/gempa-bumi-ranau-gegaranterus-berlaku-apabila-bumi-tidak-mampu-menyimpan-tenaga\/","title":{"rendered":"Gempa Bumi Ranau; GegaranTerus Berlaku, Apabila Bumi Tidak Mampu Menyimpan Tenaga"},"content":{"rendered":"<p>Oleh : Prof. Felix Tongkul<\/p>\n<p>Kejadian gempabumi di Ranau berkait dengan kehadiran sesar aktif. Sesar aktif ini digerakkan kerana Sabah masih menerima tenaga mampatan dari interaksi tiga plet utama.<\/p>\n<p>Sebenarnya Sabah terletak pada tenggara Plet Eurasia. Di sebelah timur terdapat Plet Filipina-Pasifik. Plet ini bergerak sekitar 10cm per tahun kearah barat bertembung dengan Plet Eurasia. Di bahagian selatan Plet Australia bergerak kearah utara dengan kelajuan sekitar 7 cm per tahun.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/06\/IMG-20150605-WA0062.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-34330\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/06\/IMG-20150605-WA0062-300x225.jpg\" alt=\"IMG-20150605-WA0062\" width=\"300\" height=\"225\" \/><\/a>Sempadan pertembungan plet inilah adalah yang paling aktif dan tidak stabil. Gempabumi bermagnitud besar sampai M8 boleh terjadi selain berlaku gunung berapi. Walaupun Sabah terletak sekitar 1000km dari jalur pertembungan plet, ia masih menerima tenaga mampatan jarak jauh ini.<\/p>\n<p>Makin jauh dari jalur bahaya ini, makin kurang kesannya. Oleh kerana Sabah paling dekat dengan Filipina dan Indonesia (Sulawesi), maka ia menerima kesan yang lebih serius berbanding dengan Sarawak dan Semenanjung. Aktivi mampatan di Sumatra yang memberi kesan kepada Semenanjung.<\/p>\n<p>Di Ranau terdapat intrusi batuan igneus akibat mampatan oleh interaksi tiga plet diatas. Intrusi batuan yang lebur ini juga satu cara untuk melepaskan tenaga tersimpan melalui sesar aktif. Jadi di Ranau bukan terjadi volkano, seperti yang dipercayai orang ramai.<\/p>\n<p>Maka itu Gunung Kinabalu tidak akan meletup. Volkano hanya terdapat di Tawau dan Semporna, dimana pernah berlaku letupan beberapa puluh ribu tahun dahulu. Kawah volkano masih kelihatan di Tawau.<\/p>\n<p>Intrusi batuan igneus Gunung Kinabalu berlaku sekitar 7-8 juta tahun dahulu. Kini ia sudah sejuk di permukaan tapi masih ada sisa haba di bahagian dalam (beberapa km). Air panas Poring mendapat sumber haba dari ini apabila air hujan masuk dalam bumi melalui sesar-sesar yang masih aktif.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/06\/IMG-20150605-WA0071.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-34331\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/06\/IMG-20150605-WA0071-225x300.jpg\" alt=\"IMG-20150605-WA0071\" width=\"225\" height=\"300\" \/><\/a>Semasa gempabumi semalam, air panas poring menjadi sangat keruh selama beberapa jam. Gegaran gempabumi nampaknya telah mengeluarkan mineral lempung yang terendap dicelah celah sesar ini. Akibatnya pengaliran air panas Poring lebih lancar dan lebih panas.<\/p>\n<p>Gegaran kuat seperti yang berlaku semalam akan terus berlaku, apabila tenaga yang tersimpan sudah melebihi kemampuan bumi untuk menyimpannya. Ini biasanya berlaku secara berkala. Dalam kes gempabumi Ranau, ia berlaku sekitar 25 tahun.<\/p>\n<p>Yang pertama dalam ingatan kita berlaku pada tahun 1966 dengan magnitud 5.3. Yang kedua pada tahun 1991 bermagnitud 5.2 dan terkini pada tahun 2015. Kitaran ini anggaran saja, sebab rekod sejarah gempabumi di Sabah belum cukup panjang.<\/p>\n<p>*** Prof. Felix Tongkul, Pensyarah Geologi, Universiti Malaysia Sabah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Prof. Felix Tongkul Kejadian gempabumi di Ranau berkait dengan kehadiran sesar aktif. Sesar aktif ini digerakkan kerana Sabah masih menerima tenaga mampatan dari interaksi tiga plet utama. Sebenarnya Sabah terletak pada tenggara Plet Eurasia. Di sebelah timur terdapat Plet Filipina-Pasifik. Plet ini bergerak sekitar 10cm per tahun kearah barat bertembung dengan Plet Eurasia. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":34329,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":{"id":34329,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":665,"height":385,"file":"2015\/06\/IMG-20150605-WA0060.jpg","filesize":119637,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":34328,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/06\/IMG-20150605-WA0060.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34328"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=34328"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34328\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/34329"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=34328"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=34328"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=34328"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}