{"id":3424,"date":"2010-08-29T12:38:23","date_gmt":"2010-08-29T04:38:23","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/08\/bukan-islam-masuk-majid-pandangan-imam-4-mazhab\/"},"modified":"2010-08-29T12:38:23","modified_gmt":"2010-08-29T04:38:23","slug":"bukan-islam-masuk-majid-pandangan-imam-4-mazhab","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/bukan-islam-masuk-majid-pandangan-imam-4-mazhab\/","title":{"rendered":"Bukan Islam Masuk Majid; Pandangan Imam 4 Mazhab"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/08\/normanuty.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/images\/stories\/berita32\/normanuty.jpg\" style=\"float: left;\" \/>Bagaikan menahan lukah di pergentingan, Umno dan para kuncunya tidak  habis-habis menerkam apa jua kesempatan dan isu sebagai modal  mempertahan survival politik perkauman mereka.<\/p>\n<p>Seperti biasanya, bagaikan jerat sudah mengena, Umno dan para  pendokongnya mengambil kesempatan ke atas tindakan beberapa pemimpin  Pakatan Rakyat bukan Islam yang telah memasuki masjid dan surau  baru-baru ini.<\/p>\n<p><span id=\"more-7654\"> <\/span><\/p>\n<p>Peristiwa Dr. Xavier Jayakumar berucap di dewan utama sebuah  masjid di Taman Sri Andalas, Klang pada Ogos 2009 yang lalu, telahpun  hampir dilupakan. Kini tindakan Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP  Serdang) masuk ke Surau Al-Huda, Kajang dan William Leong (Bendahari  PKR, Ahli Parlimen PKR Selayang) masuk ke dalam Masjid At-Taqwa,  Selayang Baru pula dijadikan isu besar.<\/p>\n<p>Untuk menjelaskan pendirian kami mengenai isu ini, kami ingin membawa  perhatian semua pihak kedudukan perkara ini dari perspektif fiqh (hukum  hakam Islam). Sekurang-kurangnya ada empat pandangan mengenai masalah  ini.<\/p>\n<p><strong>Empat pandangan mazhab<\/strong><\/p>\n<p>Pertamanya: Mazhab Hanafi yang membenarkan bukan Islam memasuki semua  masjid. Keduanya: Mazhab Syafie yang membenarkan masuk kesemua masjid  melainkan Masjidil Haram dan kawasan tanah haram Makkah.<\/p>\n<p>Ketiganya: Mazhab Hanbali yang membenarkan untuk memasuki Masjidil  haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas  tujuan-tujuan yang munasabah. Akhirnya, Mazhab Maliki yang tidak  membenarkan memasuki semua masjid melainkan kerana darurat kerja.<\/p>\n<p>Beberapa peristiwa di zaman Rasulullah SAW juga boleh dijadikan  panduan. Baginda pernah membenarkan ramai orang-orang bukan Islam masuk  dan tinggal lama di masjid. Rasulullah juga diriwayatkan pernah menerima  tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah diizinkan  oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid dan  Nabi menyebut kepada sahabat: &#8220;Biarkan mereka (untuk melunaskan  sembahyang mereka).&#8221;<\/p>\n<p>Kepelbagaian pandangan ini menggambarkan keluasan hukum Islam dalam  persoalan yang digembar-gemburkan sebagai isu besar ini. Hakikatnya,  majoriti ulama silam dan kontemporari jelas mengharuskan bukan Islam  memasuki masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti  keperluan mendapat keizinan umat Islam atau badan berkuasa Islam,  mempunyai sebab yang munasabah dan menjaga adab-adab yang telah  ditetapkan.<\/p>\n<p>Oleh yang demikian, kami berpendirian bahawa adalah tidak wajar bagi  siapa jua untuk menyempitkan sesuatu yang tidak jelas dari sudut  nas-nasnya dan dalil-dalilnya. Apatah lagi jika kita sememangnya  berpegang dengan mazhab al-Syafie sebagai mazhab rasmi umat Islam di  Negara ini.<\/p>\n<p><strong>Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan<\/strong><\/p>\n<p>Lebih jauh lagi, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid ini  adalah bertentangan dengan semangat yang diputuskan oleh Muzakarah  Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia  Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah memutuskan bahawa  pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan  syarat-syarat yang telah ditentukan.<\/p>\n<p>Amalan menerima bukan Islam memasuki masjid atas tujuan yang murni  juga telah diamalkan di beberapa negara lain. Ia terbukti memberi nilai  positif kepada keberkesanan pemahaman mereka kepada agama Islam,  mengelakkan salah faham dan menjana interaksi yang harmoni dalam  perhubungan di antara umat Islam dan bukan Islam.<\/p>\n<p>Sewajarnya, para wakil rakyat Pakataan Rakyat demikian perlulah  diberikan pujian kerana kesungguhannya dalam menjalankan tugasnya dengan  baik kepada masyarakat majmuk di negara ini.<\/p>\n<p>Apatah lagi ia memang telahpun mendapat kebenaran pihak pengurusan  masjid dan dilakukan pula atas tanggungjawab mereka sebagai wakil  Kerajaan Negeri Selangor.<\/p>\n<p>Kekecohan yang digembar-gemburkan hakikatnya akan memakan tuan.  Inilah gambaran kegagalan Umno selama ini dalam mendidik rakyat mengenai  hakikat Islam. Sikap seperti ini akan menyuburkan pendirian fanatik  melulu di kalangan orang Islam yang kurang berilmu.<\/p>\n<p>Lebih menghinakan apabila berita mengenainya ditokok tambah dengan  pelbagai fitnah baru demi mencapai matlamat politik sempit yang  diperjuangkan. Kita sentiasa mengingatkan bahawa umat Islam tidak boleh  merelakan diri mereka terus dibelenggu dalam kerangka pemikiran sempit  politik perkauman dan agama ala Umno ini.<\/p>\n<p>Ini akan menjadikan kita semakin lesu dan masyarakat bukan Islam pula  semakin menjauh dari kita. Yakinlah bahawa, kerja mereka ini akan  menjadi sia-sia seperti mencari umbut di dalam batu.<\/p>\n<p>Hakikatnya, tanpa mereka jangka, krisis yang mereka wujudkan ini akan  menjadikan orang Melayu dan masyarakat Islam lebih memahami agamanya  secara total dan lebih berkeyakinan bahawa Islam dan masyarakat Melayu  akan lebih terjamin di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat pada masa depan.<\/p>\n<p>Inilah keyakinan kita kerana Islam itu tinggi dan merupakan agama yang membawa rahmat untuk seluruh alam.<\/p>\n<p><strong>Dr Muhd Nur Manuty<\/strong> <br \/>Pengerusi    <br \/>Biro Pemahaman &amp; Pemantapan Agama    <br \/>Parti KeADILan Rakyat<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bagaikan menahan lukah di pergentingan, Umno dan para kuncunya tidak habis-habis menerkam apa jua kesempatan dan isu sebagai modal mempertahan survival politik perkauman mereka. Seperti biasanya, bagaikan jerat sudah mengena, Umno dan para pendokongnya mengambil kesempatan ke atas tindakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat bukan Islam yang telah memasuki masjid dan surau baru-baru ini. Peristiwa Dr. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3424"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3424"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3424\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3424"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3424"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3424"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}