{"id":3405,"date":"2010-08-27T18:57:15","date_gmt":"2010-08-27T10:57:15","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/08\/suspek-al-qaeda-di-aceh-dibicarakan\/"},"modified":"2010-08-27T18:57:15","modified_gmt":"2010-08-27T10:57:15","slug":"suspek-al-qaeda-di-aceh-dibicarakan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/suspek-al-qaeda-di-aceh-dibicarakan\/","title":{"rendered":"Suspek Al-Qaeda di Aceh&#8217; dibicarakan"},"content":{"rendered":"<p><span class=\"content\"><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/08\/suspek%20al-qaeda.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/images\/stories\/berita32\/suspek%20al-qaeda.jpg\" style=\"float: left;\" \/>JAKARTA: Suspek anggota kumpulan pelampau yang  digelar &#8216;Al-Qaeda di Aceh&#8217; dibicarakan semalam atas dakwaan merancang  membunuh warga Barat, termasuk pekerja bantuan Amerika Syarikat dan  pelancong.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Lebih 20 suspek dijadualkan menjawab  pertuduhan yang termasuk menjalankan tindakan yang menyebabkan  &#8216;keganasan atau ketakutan&#8217;, memiliki senjata api, menyediakan biaya  serta perlindungan bagi pengganas dan menyertai latihan militan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Jika sabit kesalahan mereka boleh menghadapi hukuman penjara tiga tahun dan mati.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Mereka kumpulan suspek pertama yang  menghadapi mahkamah daripada lebih 100 orang yang ditahan selepas  penemuan satu kem latihan militan di Aceh Februari lalu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>(Gambar &#8211; seorang suspek al-qaeda. Gambar dari agensi Antara)<\/p>\n<p>Sekitar 66 lagi masih dalam tahanan sementara menunggu dibicara.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Kem itu didakwa mengumpulkan militan  daripada pelbagai kumpulan serantau itu, termasuk beberapa kumpulan  yang ada kaitan dengan Al-Qaeda, di bawah kepimpinan dalang pengganas  Indonesia, Dulmatin, yang dibunuh polis Mac lalu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Mereka menjalani satu proses  indoktrinasi keagamaan dan latihan ketenteraan dengan tujuan menyingkir  orang Barat dan Kristian dari Aceh, kata para pendakwa.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sasaran mereka termasuk orang awam  dan pekerja bantuan dari Amerika, gereja, pelancong dan pertubuhan bukan  pemerintah (NGO) Barat, kata pendakwa raya, Encik Firmansyah, dalam  dokumen yang diserahkan kepada mahkamah.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Jika mereka tidak boleh pergi ke  Palestin, mereka akan menentang warga Amerika dan sekutu mereka di  Indonesia, terutama warga Amerika di Aceh,&#8217; kata beliau.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Salah seorang suspek didakwa  menembak dan mencederakan seorang pekerja bantuan Jerman di Aech tahun  lalu, membaling bom tangan ke arah pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa  Bersatu (PBB) di ibu kota wilayah itu dan menembak sebuah rumah yang  disewa dua guru pelatih Amerika.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Dalam satu perkembangan lain, polis  Indonesia telah melahirkan kebimbangan bahawa bekalan raifal penyerang  yang ditinggalkan selepas perang saudara di Aceh mungkin jatuh ke tangan  pengganas yang condong pada serangan menggunakan senjata api ala Mumbai  di India daripada serangan bom.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Polis percaya beberapa rompakan bersenjata mungkin dikaitkan dengan bekas kumpulan pemisah atau pengganas, atau kedua-duanya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Ada banyak suspek pengganas (daripada kumpulan berpangkalan di Aceh) yang masih bebas.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Saya mengesyaki bahawa barangan  curian daripada rompakan bersenjata itu telah membantu membiaya kumpulan  pengganas ini,&#8217; kata jurucakap polis kebangsaan Indonesia, Pesuruhjaya  Besar Marwoto Soeto. &#8212; AFP.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JAKARTA: Suspek anggota kumpulan pelampau yang digelar &#8216;Al-Qaeda di Aceh&#8217; dibicarakan semalam atas dakwaan merancang membunuh warga Barat, termasuk pekerja bantuan Amerika Syarikat dan pelancong. Lebih 20 suspek dijadualkan menjawab pertuduhan yang termasuk menjalankan tindakan yang menyebabkan &#8216;keganasan atau ketakutan&#8217;, memiliki senjata api, menyediakan biaya serta perlindungan bagi pengganas dan menyertai latihan militan. Jika sabit [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3405"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3405"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3405\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3405"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3405"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3405"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}