{"id":3401,"date":"2010-08-27T12:04:55","date_gmt":"2010-08-27T04:04:55","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/08\/iltizam-pas-membela-anak-yatim\/"},"modified":"2010-08-27T12:04:55","modified_gmt":"2010-08-27T04:04:55","slug":"iltizam-pas-membela-anak-yatim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/iltizam-pas-membela-anak-yatim\/","title":{"rendered":"Iltizam PAS Membela Anak Yatim"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/08\/programRamadhan%20066.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/images\/stories\/berita32\/programRamadhan%20066.jpg\" style=\"float: left;\" \/><strong>KUALA TERENGGANU <\/strong>&#8211; PAS sebagai sebuah parti politik dan gerakan Islam, berjalan seiring dengan memberikan khidmat kebajikan serta komitmen yang tinggi bagi membantu rakyat yang kurang bernasib baik, terutamanya anak-anak yatim.<\/p>\n<p>Iltizam PAS memberi bantuan dan sumbangan secara berterusan walaupun nilai pemberian tidak besar.<\/p>\n<p>Yang penting, PAS mengambil tanggungjawab membantu golongan fakir miskin serta anak yatim amat dititik-beratkan dalam ajaran Islam.<\/p>\n<p>Pesuruhjaya PAS Negeri Terenggan Dato\u2019 Ustaz Harun Taib berkata usaha membela serta membantu anak-anak yatim sangat dituntut dan dimuliakan oleh agama Islam.<\/p>\n<p>Bahkan, katanya Nabi SAW mengibaratkan darjat kemuliaan orang yang memelihara anak-anak yatim itu terlalu dekat dengan baginda di Syurga seperti jari telunjuk dengan jari manis. <\/p>\n<p>\u201cIni (sumbangan) sebagai satu rasa tanggungjawab berpadanan dengan kemampuan kita (PAS). Sumbangan yang kita (PAS) hendak beri tidak begitu besar tetapi kami (PAS) tidak sempat hendak pergi rumah ke rumah. <\/p>\n<p>\u201cKepada para ibu atau kakak yang menjaga anak-anak yatim hendaklah dia (penjaga) faham ini adalah satu tanggungjawab yang besar dan dimuliakan oleh agama kita (Islam).<\/p>\n<p>\u201cNabi kata, \u2018Aku ini dengan orang yang jaga anak-anak yatim masuk syurga dekat seperti jari telunjuk dengan jari manis\u2019,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/08\/bantu1.JPG\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/images\/stories\/berita32\/bantu1.JPG\" style=\"float: right;\" \/>Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Iftar Ramadan dan penyampaian sumbangan kepada 76 orang anak yatim dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Manir, di Markaz Tarbiyyah PAS Kubang Lembek, Manir, Rabu 25 Ogos.<\/p>\n<p>Pada Majlis Khairunnisa\u2019 (Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat PAS) Ustaz Harun yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS menjelaskan, Islam meletakkan martabat serta darjat yang tinggi kepada pihak yang menjaga anak-anak yatim di hari akhirat kelak.<\/p>\n<p>Majlis meraikan anak-anak yatim daerah Kuala Terengganu yang dianjurkan Khairunnisa\u2019 telah diadakan di sebuah Restoran di Kuala Nerus Khamis 26 Ogos (Gambar atas). <\/p>\n<p>Sebelum itu dua Majlis Iftar dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim turut diadakan di Chukai Kemaman dan Sura, Dungun.<\/p>\n<p>Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai Haji Hanafiah Mat berkata, bersama-sama program Iftar Perdana Ramadhan yang diadakan di Dataran Tok Guru Geliga, pihak MTD telah menyampaikan 60 orang sumbangan kepada anak yatim.<\/p>\n<p>Beliau yang ditemui selepas majlis pada 24 Ogos lalu menyatakan kesyukuran dan terima kasih kepada semua yang memberikan sumbangan wang ringgit dan tenaga dalam menjayakan majlis tersebut.<\/p>\n<p>http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=JfOouijBi4I<\/p>\n<p>Manakala di DUN Sura, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ustaz Wan Hassan Ramly prihatian kepada para pelajar di kalangan anak-anak yatim  dalam DUN tersebut.<\/p>\n<p>Beliau berkata seramai 25 orang anak yatim di kalangan pelajar dari Pusat  Asuhan Tunas Islam (Pasti) di Dun Sura mendapat sumbangan masing-masing.<\/p>\n<p>Katanya,  usaha ini bagi meringankan beban ibu-ibu serta penjaga anak-anak yatim  tersebut terutama menjelang sambutan hari raya Idulfitri nanti.<\/p>\n<p>\u201cGolongan  (anak yatim) ini perlu diberi perhatian dan sepatutnya dalam suasana  begini mereka (anak yatim) mendapat perhatian pihak berwajib (kerajaan).<\/p>\n<p>\u201cCuma apa yang dia (kerajaan) buat itu banyak tidak sampai kepada sasaran kerana dikaitkan sentimen politik,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau  berkata demikian selepas majlis penyampaian sumbangan hari raya kepada  25 orang anak-anak yatim di Dun Sura, di Pasti Al-Fatonah Bukit Chatak  1, Dungun, 21 Ogos lalu.<\/p>\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; PAS sebagai sebuah parti politik dan gerakan Islam, berjalan seiring dengan memberikan khidmat kebajikan serta komitmen yang tinggi bagi membantu rakyat yang kurang bernasib baik, terutamanya anak-anak yatim. Iltizam PAS memberi bantuan dan sumbangan secara berterusan walaupun nilai pemberian tidak besar. Yang penting, PAS mengambil tanggungjawab membantu golongan fakir miskin serta anak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3401"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3401"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3401\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3401"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3401"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3401"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}