{"id":33862,"date":"2015-05-25T19:04:04","date_gmt":"2015-05-25T11:04:04","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=33862"},"modified":"2015-05-25T19:04:04","modified_gmt":"2015-05-25T11:04:04","slug":"usah-percaya-fitnah-mari-perkukuh-dan-pertahankan-pakatan-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/usah-percaya-fitnah-mari-perkukuh-dan-pertahankan-pakatan-rakyat\/","title":{"rendered":"Usah Percaya Fitnah; Mari Perkukuh dan Pertahankan Pakatan Rakyat"},"content":{"rendered":"<p>PAS dengan kesekian kalinya dan tegas menafikan, ia konsisten dengan ketetapan Muktamar \u2018bersama Pakatan Rakyat\u2019 dan tidak berhasrat membentuk Perpaduan (Unity Government).<\/p>\n<p>Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar menyeru agar semua pihak tidak mempercayai khabar fitnah isu kerajaan perpaduan.<\/p>\n<p>\u201cSaya merujuk kepada dakwaan yang mengatakan PAS akan mengkhianati Pakatan Rakyat dan masih berhasrat membentuk Unity Government antara PAS dengan UMNO-BN. <\/p>\n<p>\u201cUntuk kesekian kalinya, saya ingin menegaskan PAS konsisten dengan ketetapan bersama Pakatan Rakyat sepertimana yang telah diputuskan di dalam Muktamar PAS.<\/p>\n<p>\u201cUsahlah terlalu mudah mempercayai khabar fitnah isu Unity Government yang tidak berkesudahan ini termasuklah apa yang diucapkan oleh Mantan Timbalan Presiden PAS. <\/p>\n<p>\u201cBahkan, Majlis Syura Ulamak PAS turut membuat penafian kononnya Majlis Syura Ulamak dan ahlinya ada yang berusaha untuk membentuk Kerajaan Perpaduan PAS dengan UMNO-BN,\u201dkatanya menurut satu kenyataan yang dikeluarkan petang ini, Isnin 25 Mei.<\/p>\n<p>Namun begitu, Ahli Parlimen Pokok Sena yang juga Ketua Whip PAS itu berkata, perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan adalah hak demokrasi PAS.<\/p>\n<p>Dalam soal tersebut, beliau mempertikaikan DAP yang seolah-olah tidak mengamalkan dan menghormati sistem demokrasi yang diperjuangkan oleh parti itu sendiri.<\/p>\n<p>\u201cberkenaan usaha pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Kelantan, saya menegaskan kembali bahawa ia adalah hak demokrasi PAS yang diberikan amanah untuk mentadbir Kelantan sejak 1990 dahulu lagi. Bukankah DAP sebagai parti yang mengaku pejuang demokrasi tulen?<\/p>\n<p>\u201c\u2026\u2026.sepatutnya menghormati hak dan suara pihak lain yang secara sah mendapat mandat majoriti di Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan. Pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Kelantan hanya akan dapat dilaksanakan apabila Parlimen memberi kelulusan. <\/p>\n<p>\u201cPAS tidak ada halangan sekiranya DAP mahupun UMNO-BN menolak Rang Undang-Undang Persendirian Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Dato\u2019 Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. <\/p>\n<p>\u201cPAS akan akur dengan dengan apa jua keputusan yang dibuat di Parlimen samada menerima mahupun menolak cadangan pindaan akta tersebut,\u201djelas beliau.<\/p>\n<p>Bahkan, Mahfuz turut memberi jaminan tidak ada pihak di dalam PAS yang ingin membawa kepada penyertaan PAS ke dalam Barisan Nasional (BN) dan katanya, sekiranya ada, beliau akan menjadi orang pertama yang menentang usaha tersebut. <\/p>\n<p>\u201cSaya menyeru kepada semua pihak di dalam Pakatan Rakyat agar berjiwa besar dan optimis dalam mempertahankan kerjasama ini. Usahlah terlalu bersifat negatif dan pesimis kerana ia hanya akan mengeruhkan lagi hubungan yang kian longgar ini. <\/p>\n<p>\u201cPada saat UMNO-BN sedang mengalami krisis kepercayaan rakyat, sewajarnya Pakatan Rakyat memperkukuh dan mempertahankan kerjasama yang telah dibina selama ini,\u201dujar beliau.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS dengan kesekian kalinya dan tegas menafikan, ia konsisten dengan ketetapan Muktamar \u2018bersama Pakatan Rakyat\u2019 dan tidak berhasrat membentuk Perpaduan (Unity Government). Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar menyeru agar semua pihak tidak mempercayai khabar fitnah isu kerajaan perpaduan. \u201cSaya merujuk kepada dakwaan yang mengatakan PAS akan mengkhianati Pakatan Rakyat dan masih berhasrat membentuk Unity [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":33863,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":33863,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":600,"height":400,"file":"2015\/05\/Datuk-Mahfuz-Omar-.jpg","filesize":112471,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":33862,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/05\/Datuk-Mahfuz-Omar-.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33862"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=33862"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33862\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/33863"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=33862"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=33862"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=33862"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}