{"id":3386,"date":"2010-08-25T17:41:16","date_gmt":"2010-08-25T09:41:16","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/08\/menolak-ekstremis-perkauman\/"},"modified":"2010-08-25T17:41:16","modified_gmt":"2010-08-25T09:41:16","slug":"menolak-ekstremis-perkauman","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/menolak-ekstremis-perkauman\/","title":{"rendered":"Menolak Ekstremis Perkauman"},"content":{"rendered":"<p><em><strong>&#8220;fenomena perkauman berleluasa ketika ini, puncanya ialah ideologi  perkauman yang telah diinstitusikan selama ini. Politik perkauman yang  melaksanakan pecah dan perintah, Pemuda UMNO melambaikan keris dan  mengugut akan membakarkan Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor&#8221; <\/strong><\/em><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/08\/toh%20kin%20woon.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/images\/stories\/berita31\/toh%20kin%20woon.jpg\" style=\"float: left;\" \/>Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG berasa khuatir terhadap kenyataan dan tindakan perkauman secara berleluasa baru-baru ini, lebih memeranjatkan ialah sehingga kini Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri berdiam diri dalam isu-isu tersebut, ini mengakibatkan rakyat hilang keyakinan terhadap slogan inklusif umpamanya \u201cSatu Malaysia\u201ddan \u201cRakyat Didahulukan\u201dyang diketengahkan Perdana Menteri selepas mengambil alih pemerintahan kerajaan.<\/p>\n<p>Dua orang guru besar sekolah kebangsaan memaki murid-murid \u2018balik China\u2019dan mengejek gelang keagamaan Hindu yang dipakai oleh pelajar India seperti rantai anjing. Pada awalnya, alasan yang diberikan oleh pejabat pendidikan ialah \u2018salah faham\u2019, tetapi selepas dikecam oleh parti \u2013parti politik dan pertubuhan-pertubuhan, Timbalan Perdana Menteri baru berkata isu ini akan disiasat. <\/p>\n<p>Di samping itu, Majlis Perundingan NGO Melayu (MPP) dan Perkasa mahu kerajaan menahan Presiden MCA Chua Soi Lek di bawah ISA kerana menyokong cadangan kuota 30% bumiputera dimansuhkan; MPP menyaran kerajaan memansuhkan sekolah ibunda; Utusan Malaysia cuba mengapi-apikan isu pemansuhan kuota bumiputera dan perlembagaan baru, sebuah surau Seremban disimbah cat merah; amat kesalnya pimpinan tertinggi kerajaan tidak mengkritik perkembangan kurang sihat ini.<\/p>\n<p>Kami berharap Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bertindak seperti berkata, menjaga konsep inklusif dan kepelbagaian yang diketengahkan, mempertahan hak-hak kebudayaan semua kaum dan sekolah ibunda, jangan biar kenyataan dan tindakan ekstremis perkauman merosakkan hubungan kaum.<\/p>\n<p>Satu lagi kekhuatiran ialah, sejarah telah menunjukajar kita, dalam satu negara berbagai kaum yang politiknya belum berlandaskan demokrasi, spekulator politik sering menggunakan alasan \u201chubungan kaum tegang\u201d untuk menindas musuh politik dan pihak berlain pendapat, ia merintangi perkembangan sihat demokrasi. Pihak tertentu telah memberi amaran bahawa fenomena-fenomena ini telah timbul di Malaysia.Kami ingin memperingatkan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, jika kerajaan berhasrat menjadikan Malaysia sebuah Negara maju, tidak wajarnya patah balik dalam arah perkembangan politik sekarang, mereka harus mencegah perlakuan tersebut<\/p>\n<p>Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG berpendapat, bagi fenomena perkauman berleluasa ketika ini, puncanya ialah ideologi perkauman yang telah diinstitusikan selama ini. Politik perkauman yang melaksanakan pecah dan perintah, Pemuda UMNO melambaikan keris dan mengugut akan membakarkan Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor, kenyataan diskriminasi perkauman terang-terang Ahmad Ismail dan Nasir Safar, unsur-unsur perkauman yang diindoktrinasikan oleh Biro Tata Negara, tanpa percontohan salah semua ini, sekolah dan media tidak akan dijangkit virus perkauman.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Najib Tun Razak mesti berani menghapuskan ideologi perkauman yang diinstitusikan, memimpin Barisan Nasional keluar daripada kongkongan politik perkauman, jika tidak \u2018satu malaysia\u2019 akan menjadi satu kenyataan hampa.<\/p>\n<p><strong>Dr. Toh Kin Woon<br \/>Presiden <a href=\"http:\/\/llgcultural.com\/bm\/\">Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG<\/a><\/strong><\/p>\n<p>*Dr Toh Kin Woon adalah bekas Jawatankuasa GERAKAN Pusat yang keluar dari parti itu pada Ogos, 2008. Seorang bekas ahli akademik yang pernah mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8220;fenomena perkauman berleluasa ketika ini, puncanya ialah ideologi perkauman yang telah diinstitusikan selama ini. Politik perkauman yang melaksanakan pecah dan perintah, Pemuda UMNO melambaikan keris dan mengugut akan membakarkan Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor&#8221; Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG berasa khuatir terhadap kenyataan dan tindakan perkauman secara berleluasa baru-baru ini, lebih memeranjatkan ialah sehingga kini [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3386"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3386"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3386\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3386"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3386"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3386"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}