{"id":33836,"date":"2015-05-24T11:52:28","date_gmt":"2015-05-24T03:52:28","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=33836"},"modified":"2015-05-24T11:52:28","modified_gmt":"2015-05-24T03:52:28","slug":"ikhlas-sokongan-keluarga-pendorong-kejayaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/ikhlas-sokongan-keluarga-pendorong-kejayaan\/","title":{"rendered":"Ikhlas, Sokongan Keluarga Pendorong Kejayaan"},"content":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; keikhlasan tanpa memikirkan ganjaran yang akan diperolehi serta sokongan dari keluarga tercinta adalah faktor utama Puan Khamisah Mohammed tetap bertahan sebagai guru Pasti yang sehingga kini telah memasuki tahun ke-29.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/05\/Rosimah-3.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-33838\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/05\/Rosimah-3-253x300.jpg\" alt=\"Rosimah (3)\" width=\"253\" height=\"300\" \/><\/a>Segala usaha dan penat lelah beliau sebagai guru Pasti akhirnya telah mendapat penghargaan oleh Pasti Negeri Terengganu setelah beliau dianugerahkan sebagai Guru Cemerlang Pasti Negeri Terengganu 2015.<\/p>\n<p>Beliau memperolehi anugerah itu dalam Majlis Sambutan Hari Guru Pasti Peringkat Negeri Terengganu yang diadakan di Terengganu Equestrian Resort Kuala Ibai, dan disampaikan oleh Adun Bukit Payong, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.<\/p>\n<p>Ibu kepada lima orang anak itu berkata beliau berasa bersyukur atas pengiktirafan itu dan menganggap ianya adalah penghormatan kepada semua guru-guru Pasti dan bukannya kejayaan beliau seorang.<\/p>\n<p>Sambil mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga yang memberikan galakan kepada beliau, beliau juga berterima kasih kepada semua rakan-rakan dan jawatankuasa pemilihan yang memilih beliau sebagai pemenang bagi tahun ini.<\/p>\n<p>Puan Khamisah juga berharap agar guru-guru Pasti yang baru berkecimpung dalam bidang ini agar bersabar dan mengikhlaskan diri mereka kerana jawatan guru Pasti ini bukanlah jawatan yang menjanjikan kemewahan.<\/p>\n<p>Sebaliknya, mereka cuma mengharapkan agar pekerjaan ini dikira sebagai amal soleh kerana kepayahan dalam melaksanakan tugas ini, sebenarnya adalah satu kemanisan dalam memertabatkan anak bangsa<br \/>\n\u201cKepada anak-anak muda pelapis guru Pasti, buatlah kerja ikhlas kerana Allah dalam semua perkara, samada sebagai guru Pasti ataupun apabila berkhidmat kepada masyarakat.<\/p>\n<p>Walaupun kita payah nak bercuti tetapi jangan fikirkan sangat, termasuklahjuga dengan pendapatan kita yang kecil kerana ianya satu perjuangan dan pengorbanan kita kepada masyarakat.<\/p>\n<p>Sebenarnya manis berkhidmat dengan Pasti walaupun kadangkala ianya berat,\u201d tegas beliau.<\/p>\n<p>Sementara itu, penerima Anugerah Khas Pengarah Pasti Terengganu, Puan Rosimah Md Saleh pula berkata, mengakui merasa gembira dengan anugerah itu, tetapi bukan perasaan bangga kerana dia berkhidmat untuk masyarakat.<\/p>\n<p>Sama seperti Puan Khamisah, Puan Rosimah juga menekankan keikhlasan berkhidmat adalah perkara utama dan bukannya ganjaran dunia yang beliau impikan kerana jauh lebih penting, syiar Islam dapat diketengahkan dalam masyarakat.<\/p>\n<p>Beliau yang telah berkhidmat semenjak tahun 1986 lagi di Pasti al-Hayyu Kuala Besut, mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam membantu kerjayanya sebagai guru Pasti.<\/p>\n<p>Azlinda Mohd Ali @ Ariffin dari Pasti at-Tajdid Kuala Paka yang dianugerahkan sebagai Guru Harapan Pasti Terengganu pula, berharap agar pengiktirafan ini akan menjadikan beliau lebih bermotivasi untuk mendidik anak-anak dengan lebih baik lagi.<\/p>\n<p>Kesemua pemenang dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan iaitu selain daripada cemerlang dalam pengajaran, mereka juga mesti aktif dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; keikhlasan tanpa memikirkan ganjaran yang akan diperolehi serta sokongan dari keluarga tercinta adalah faktor utama Puan Khamisah Mohammed tetap bertahan sebagai guru Pasti yang sehingga kini telah memasuki tahun ke-29. Segala usaha dan penat lelah beliau sebagai guru Pasti akhirnya telah mendapat penghargaan oleh Pasti Negeri Terengganu setelah beliau dianugerahkan sebagai Guru [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":33812,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":{"id":33812,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":1605,"height":697,"file":"2015\/05\/DSC0519.jpg","filesize":223253,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"9","credit":"","camera":"NIKON D90","caption":"????????????????????????????????????","created_timestamp":"1432315503","copyright":"","focal_length":"18","iso":"2500","shutter_speed":"0.125","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":33816,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/05\/DSC0519.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33836"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=33836"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33836\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/33812"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=33836"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=33836"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=33836"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}