{"id":33430,"date":"2015-05-13T14:00:21","date_gmt":"2015-05-13T06:00:21","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=33430"},"modified":"2015-05-13T11:14:13","modified_gmt":"2015-05-13T03:14:13","slug":"kos-lpt2-dan-status-bertam-antara-ledakan-soalan-ahmad-said","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/kos-lpt2-dan-status-bertam-antara-ledakan-soalan-ahmad-said\/","title":{"rendered":"Kos LPT2 Dan Status Bertam Antara Ledakan Soalan Ahmad Said"},"content":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; Bekas Menteri Besar Terengganu dalam Sidang Dun Terengganu semalam telah mengemukakan pertanyaan berkenaan jumlah sebenar Dana Khas kerajaan negeri yang telah digunakan dalam pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 2.<\/p>\n<p>Jelas beliau, jumlah keseluruhan kos pembinaan pada asalnya ialah sebanyak RM1.8 billion dan 50 peratus daripada jumlah itu, diambil daripada dana khas kerajaan negeri Terengganu.<\/p>\n<p>Dato\u2019 Seri Ahmad Said mendakwa, ketika beliau mula menduduki kerusi Menteri Besar, beliau tidak mengizinkan wang tambahan tersebut diambil bagi pembinaan LPT2 itu, hanya sekadar apa yang telah dibelanjakan sahaja.<\/p>\n<p>Tambah beliau lagi, permintaan menambah perbelanjaan bagi pembinaan LPT2 dan menggunakan duit Dana Khas Terengganu itu adalah tidak adil kerana di negeri-negeri lain, kosnya ditanggung oleh kerajaan pusat atau swasta.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/05\/IMG-20150512-WA0104.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-33431\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/05\/IMG-20150512-WA0104-300x199.jpg\" alt=\"IMG-20150512-WA0104\" width=\"300\" height=\"199\" \/><\/a>Soalan itu dikemukakan kerana katanya, beliau sendiri tidak mengetahui berapakah kos sebenar pembinaan LPT2 itu kerana beliau dimaklumkan LPT2 bernilai RM4 billion.<\/p>\n<p>Oleh kerana dilaporkan pada September ini PLUS akan mula mengutip tol di LPT2, beliau mahu mengetahui berapakah pulangan yang akan dikembalikan kepada kerajaan negeri atas penggunaan Dana Khas itu.<\/p>\n<p>Soalan kedua daripada Dato\u2019 Sri Ahmad Said ialah berkenaan status telaga minyak Bertam yang didakwanya milik Terengganu yang hanya terletak 120 km dari Pantai Geliga Kemaman, tetapi dinafikan oleh Perdana Menteri.<\/p>\n<p>\u201cYang kedua, mengenai sikap kerajaan negeri sendiri mengenai penemuan minyak Bertam 307 yang terletak 120 km dari Pantai Geliga, yang mana YAB Perdana Menteri telah menyebut bahawa Bertam 307 adalah ditemui di Pahang.<\/p>\n<p>\u201cDan saya menafikan (dakwaan PM itu), dan ini adalah hak Terengganu. Pahang ada sedikit 307 A dan B, Bertam A, B tapi sedikit sahaja.<\/p>\n<p>\u201cDan syarikat yang menemui minyak ini ialah \u2018company\u2019 nya nama Landing daripada Sweden dan telahpun mengeluarkan hasilnya pada empat haribulan empat 2015 jam 10 malam, pengeluaran pertama minyak ini.<\/p>\n<p>&#8220;Dan sekarang menghasilkan kira-kira empat hingga lima ribu barrel sehari,\u201d terang beliau kepada Dewan.<\/p>\n<p>Menurutnya lagi, itu hanya melibatkan empat telaga daripada 15 telaga minyak di kawasan berkenaan dan maksimum pengeluaran ialah 18 ribu barrel sehari.<\/p>\n<p>https:\/\/youtu.be\/YE599F5Ec74<\/p>\n<p>Beliau seterusnya meminta agar Menteri Besar memikul amanah rakyat Terengganu dengan mendapatkan kepastian daripada perdana menteri berkenaan status Bertam PM307 itu.<\/p>\n<p>Beliau memaklumkan kepada Dewan, ketika dia menjadi Menteri Besar, beliau pernah menulis surat kepada Petronas dan Petronas hanya mendiamkan diri.<\/p>\n<p>Beliau juga menimbulkan isu kenapa kerajaan pusat membayar Dana Khas dengan kadar lebih rendah kepada kerajaan negeri pada enam bulan pertama.<\/p>\n<p>Jika kerana alasan harga minyak jatuh, maka kenapa ketika harga minyak naik, kerajaan pusat tidak membayar lebih kepada kerajaan negeri kerana pembayaran itu berasaskan anggaran harga minyak ialah sebanyak 75 dollar se &#8216;barrel&#8217; (tong).<\/p>\n<p>Sidang DUN Terengganu bagi Penggal Ketiga dijadulkan berlangsung selama tiga hari bermula Selasa 12 Mei sehingga Khamis 14 Mei ini.<\/p>\n<p><strong><br \/>\nAhmad Said Dukacita TTB Slogan Lain, Laksana Lain<\/strong><\/p>\n<p>Beliau juga melahirkan rasa amat dukacitanya dengan konsep Transformasi Terengganu Baharu kerana pada pandangan beliau, beberapa perlaksanaannya tidak menggambarkan apa yang yang dikatakan.<\/p>\n<p>Sambil mengambil contoh tentang nasib pekerja-pekerja di Syarikat Percetakan Yayasan Terengganu (SPYT) beliau menjelaskan kepada Dewan bahawa nasib mereka terumbang ambing sekarang kerana ada syarikat lain yang mengambil alih kerja percetakan itu.<\/p>\n<p>Menurut sejarah SPYT yang diberitahu Ahmad kepada Dewan, PYT adalah sebuah syarikat kerajaan negeri yang hampir muflis dan terpaksa ditanggung oleh kerajaan dan melibatkan lebih 100 orang pekerja yang kebanyakkannya datang dari Kuala Nerus.<\/p>\n<p>Tambah beliau lagi, setelah banyak kontrak diberikan kepada SYPT, maka akhirnya SYPT mendapat keuntungan dan sehinggakan berkemampuan membayar bonus kepada kakitangannya dan zakat kepada kerajaan.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/05\/IMG-20150512-WA0061.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-33435\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/05\/IMG-20150512-WA0061-300x225.jpg\" alt=\"IMG-20150512-WA0061\" width=\"300\" height=\"225\" \/><\/a>Akan tetapi, beliau mendapat maklumat sekarang ini banyak kontrak-kontrak itu telah bertukar tangan kepada syarikat baru bernama NSR yang boleh menyebabkan nasib kakitangan SPYT kembali terumbang ambing.<\/p>\n<p>\u201cApabila kita perkenalkan satu konsep baru, kita arahkan semua kerja-kerja percetakan, termasuk memasang banner, iklan dan sebagainya dibuat oleh SYPT ini, akhirnya syarikat ini mengalami keuntungan.<\/p>\n<p>Boleh membayar bonus kepada pekerjanya dan sehingga boleh membanyar zakat kepada kerajaan negeri.<\/p>\n<p>Tapi hari ini, saya dimaklumkan, kerja-kerja ini telah ditarik balik daripada SYPT dan diberikan kepada beberapa syarikat termasuk yang mendominasikannya ialah NSR.<\/p>\n<p>Apakah ini benar? Dan apakah akan terjadi kepada masa depan kepada lebih 100 orang pekerja ini, dan akhirnya terpaksa ditanggung balik oleh kerajaan negeri,\u201d soal beliau.<\/p>\n<p>Namun apabila wakil Ladang, Dato\u2019 Tengku Hassan Tengku Omar,bangun meminta penjelasan kepunyaan siapakah Syarikat NSR itu, beliau menyerahkan kepada kerajaan untuk menjawabnya.<\/p>\n<p>Turut disentuh oleh beliau ialah berkenaan isu wifi percuma yang perbelanjaannya mencecah RM10 juta yang dilaksanakan oleh Top IT, sebuah syarikat kepunyaan kerajaan negeri, tetapi telah beralih tangan kepada sebuah syarikat dari luar Terengganu.<\/p>\n<p>Sedangkan menurut Ahmad, Top IT mempunyai ramai tenaga mahir dan pakar dalam IT maka perkara itu tidak seharusnya berlaku dan beliau meminta justifikasi yang sepatutnya dari kerajaan.<\/p>\n<p>https:\/\/youtu.be\/G_UbliQBKpQ<\/p>\n<p>\u201cTetapi malangnya, saya dimaklumkan, hari ini, kerja-kerja pemasangan wifi percuma ini, telah diserahkan kepada sebuah syarikat berasal daripada Klang (Selangor) yang bernama EGN Network Sdn Bhd.<\/p>\n<p>Apakah justifikasinya,\u201d soal belliau kepada kerajaan negeri.<\/p>\n<p>Beliau turut melahirkan kebimbangan yang mana berkemungkinan ada pihak yang cuba mengambil peluang apabila kontrak-kontrak yang sepatutnya boleh dilaksanakan oleh anak-anak syarikat kerajaan negeri, diberikan kepada orang-orang tertentu.<\/p>\n<p>Sidang DUN Terengganu bagi Penggal Ketiga dijadulkan berlangsung selama tiga hari bermula Selasa 12 Mei sehingga Khamis 14 Mei ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; Bekas Menteri Besar Terengganu dalam Sidang Dun Terengganu semalam telah mengemukakan pertanyaan berkenaan jumlah sebenar Dana Khas kerajaan negeri yang telah digunakan dalam pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 2. Jelas beliau, jumlah keseluruhan kos pembinaan pada asalnya ialah sebanyak RM1.8 billion dan 50 peratus daripada jumlah itu, diambil daripada dana khas kerajaan negeri [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":33410,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":{"id":33410,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":1072,"height":712,"file":"2015\/05\/IMG-20150512-WA0075.jpg","filesize":96145,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":33409,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/05\/IMG-20150512-WA0075.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33430"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=33430"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33430\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/33410"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=33430"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=33430"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=33430"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}