{"id":33281,"date":"2015-05-10T08:17:15","date_gmt":"2015-05-10T00:17:15","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=33281"},"modified":"2015-05-10T14:23:00","modified_gmt":"2015-05-10T06:23:00","slug":"misi-nepal-hari-ketiga-lawatan-ke-daerah-gurkha","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/misi-nepal-hari-ketiga-lawatan-ke-daerah-gurkha\/","title":{"rendered":"Misi Nepal Hari Ketiga; Lawatan Ke Daerah Gurkha"},"content":{"rendered":"<p>Kami bertolak ke GURKHA jam 9:00 am selepas sarapan dan singgah sekejap di pasar untuk membeli barangan permainan dan coklat untuk dibahagikan kepada kanak kanak di sana.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/05\/IMG-20150509-WA0033.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-33286\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/05\/IMG-20150509-WA0033-300x168.jpg\" alt=\"IMG-20150509-WA0033\" width=\"300\" height=\"168\" \/><\/a>2) Rombongan kami di bawa oleh Mr Abdul Kalam dan Shekh Ayubi dari Human Development Akademy ( HUDA ) sebuah jabatan di bawah Islami Sangh Nepal yang ketuanya ialah Mr Zulfikar Ali. Selain HUDA, terdapat juga organisasi Education Society (HERA), Student Education Foundation (SEF). Semua organisasi itu adalah sayap kepada Islami Sangh Nepal. Kami dimaklumi juga bahawa Islami Sangh Nepal adalah NGO pertama yang terjemahkan Al-Quran ke dalam bahasa Nepal.<\/p>\n<p>3) Perjalanan ke GURKHA melalui kawasan pergunungan, kami menyelusuri jalan jalan di tepi lereng lereng pergunungan yang begitu tinggi dan sempit, dengan pemandangan yang begitu indah seumpama kawasan pergunungan di Kashmir, kenderaan lori yang paling banyak berselisih dengan kami. Kelihatan kawasan pertanian padi dan alor alor sungai yang begitu deras airnya melalui di antara celah celah pergunungan yang kami lalui.<\/p>\n<p>4) Setelah 3 jam 30 minit ( 12:30 pm ) dengan melintasi jambatan panjang kira kira 500 meter akhirnya kami sampai di Daerah GURKHA di Kampung SURENETAR. Kenderaan kami hanya boleh sampai di bawah sahaja. Selepas itu Kami harus berjalan kaki melalui lereng bukit untuk sampai di KG SURENETAR.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/05\/IMG-20150509-WA0030.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-33287\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/05\/IMG-20150509-WA0030-300x168.jpg\" alt=\"IMG-20150509-WA0030\" width=\"300\" height=\"168\" \/><\/a>5) Ketibaan kami telah disambut oleh Sheikh Muhyiddin An-Nadawi (Mudir Madrasah Islamiyyah Faidul Ulum ) dan penduduk di situ.<\/p>\n<p>6) Untuk rekod GURKHA adalah Daerah yang paling paling ramai umat Islam dengan 2 &#8211; 3% daripada keseluruhan Muslim Nepal tinggal di Daerah Gurkha Terdapat 23 buah masjid di seluruh Gurkha, Di Kg Surenetar terdapat kira kira 260 keluarga dengan 57 keluarga adalah Muslim dan selebihnya adalah Hindu.<\/p>\n<p>7) Kami bertaarof dalam majlis ringkas. Sheikh Mustafa Al-Hafiz, Nasir Khan adalah antara AJK Masjid yang menghidupkan aktiviti agama di sini. Ucapan ringkas telah di sampaikan oleh Cg Hussein selaku ketua rombongan dan di balas oleh Sheikh Muhyiddin An-Nadwi yang berterimakasih di atas kedatangan kami.<\/p>\n<p>8) Selepas solat jumaat bersama kira kira 100 orang jamaah di Kg itu, kami telah dijamu makanan tengahari lauk kari kambing dan kacang dal yang begitu menyelerakan.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/05\/IMG-20150509-WA0023.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-33288\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/05\/IMG-20150509-WA0023-300x168.jpg\" alt=\"IMG-20150509-WA0023\" width=\"300\" height=\"168\" \/><\/a>9) Kami telah melihat rumah rumah yang terlibat dengan gempa bumi. Ada yang mengalami kemusnahan terok, ada yang retak dan tidak selamat untuk diduduki.<br \/>\n10) Kira kira 35 buah khemah yang kecik dan ala kadar telah didirikan oleh penduduk kampung untuk penempatan sementara penduduk yang terlibat. Khemah itu didirikan di kawasan pertanian di tepi pergunungan.<\/p>\n<p>11) Selepas itu kami terus memulakan khidmat kesihatan yang di lakukan oleh Dr Hamdan dan Dr Tajudin di bantu oleh Cg Husin, Sdr Jamaludin serta saya yang bertindak sebagai pemberi ubat dan megambil bacaan tekanan darah. Saudara Johari dan Sham beramah mesra dengan kanak kanak di situ dengan membahagikan coklat dan lain lain.<\/p>\n<p>12) Kira kira 200 penduduk telah mendapat khidmat kesihatan kami dengan kebanyakan pesakit mengalami masaalah gastrik, masaalah kulit dan sakit otot.<\/p>\n<p>13) Selepas asar kami membahagikan sumbangan makanan kepada 60 keluarga Muslim di sini. Sumbangan makanan megandungi beras 25 kg, kacang dal, gula, minyak masak dan garam. Selain itu kami juga membahagikan pakain sejuk kepada mereka.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/05\/IMG-20150509-WA0024.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-33289\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/05\/IMG-20150509-WA0024-300x168.jpg\" alt=\"IMG-20150509-WA0024\" width=\"300\" height=\"168\" \/><\/a>14) Sebelum pulang kami telah menyerahkan sumbangan sebanyak USD1,000 kepada Sheikh Muhyidin An-Nadwi untuk pembangunan masjid di kampung itu.<\/p>\n<p>15) Hampir maghrib, iaitu kira kira 3 jam 30 minit baru selesai khidmat kesihatan. Kami bertolak balik ke Kathmandu pada jam 5:45 pm dan alhamdulillah tiba di hotel jam 9:00 pm.<\/p>\n<p>16) Terdapat sedikit isu di Kg Surenetar di antara penduduk Muslim dan Hindu yang perlu ditangani dengan baik. Penduduk muslim keberatan untuk membenarkan kami memberikan sumbangan makanan dan kesihatan kepada semua penduduk tanpa mengira agama. Setelah kami terangkan tujuan dakwah akhirnya mereka setuju untuk khidmat kesihatan diberikan kepada semua sementara sumbangan makanan hanya kepada Muslim. Peranan Dakwah sangat penting untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat Muslim di sini untuk menarik masyarakat Hindu kepada Islam. Pendekatan dakwah masih gagal difahami dan di amalkan di sini. Perlu ada usaha untuk memahamkan masyarakat islam .<\/p>\n<p>17) Setiba di hotel, kami telah di jemput makan lewat malam oleh pihak Islami Sangh Nepal. Hanya 4 orang yang pergi. 3 lagi tidak pergi kerana terlalu penat.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/05\/IMG-20150509-WA0032.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-33290\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/05\/IMG-20150509-WA0032-300x168.jpg\" alt=\"IMG-20150509-WA0032\" width=\"300\" height=\"168\" \/><\/a>18) Alhamdulillah satu pengalaman dakwah yang begitu indah dan menarik yang kami alami hari ini. Sungguh luas medan dakwah dan terlalu banyak kewajipan yang perlu kita lakukan. Benar kata kata Imam Hasan Al-Banna &#8221; kewajipan lebih banyak dari waktu &#8221; Tiada masa untuk perbalahan dan persengketaan sesama kita !<\/p>\n<p>Sekian catatan hari ke 3.<\/p>\n<p>Wan Sukairi Wan Abdullah,<br \/>\nKg Surenetar, Gurkha,<br \/>\n9 Mei 2015.<br \/>\n6:55 am.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kami bertolak ke GURKHA jam 9:00 am selepas sarapan dan singgah sekejap di pasar untuk membeli barangan permainan dan coklat untuk dibahagikan kepada kanak kanak di sana. 2) Rombongan kami di bawa oleh Mr Abdul Kalam dan Shekh Ayubi dari Human Development Akademy ( HUDA ) sebuah jabatan di bawah Islami Sangh Nepal yang ketuanya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":33285,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":{"id":33285,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":1280,"height":719,"file":"2015\/05\/IMG-20150509-WA0031.jpg","filesize":204640,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":33281,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/05\/IMG-20150509-WA0031.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33281"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=33281"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33281\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/33285"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=33281"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=33281"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=33281"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}