{"id":3317,"date":"2010-08-20T12:07:36","date_gmt":"2010-08-20T04:07:36","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/08\/isu-khutbah-kerajaan-negeri-nafi-bantah-keras-dakwaan-umno-pulau-pinang\/"},"modified":"2010-08-20T12:07:36","modified_gmt":"2010-08-20T04:07:36","slug":"isu-khutbah-kerajaan-negeri-nafi-bantah-keras-dakwaan-umno-pulau-pinang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/isu-khutbah-kerajaan-negeri-nafi-bantah-keras-dakwaan-umno-pulau-pinang\/","title":{"rendered":"Isu khutbah: Kerajaan negeri nafi, bantah keras dakwaan Umno Pulau Pinang"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/08\/Abdul-Malik-Abu-Kassim.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/08\/Abdul-Malik-Abu-Kassim.jpg\" style=\"float: right;\" \/><strong>(Kemaskini; <\/strong><strong>Umno Pulau Pinang buat fitnah lagi, kata Anwar)<br \/><\/strong>Kerajaan negeri\u00a0 Pulau Pinang menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa nama Ketua Menteri Lim Guan Eng digunakan dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.<\/p>\n<p>Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Abdul Malik Kassim (Gambar) berkata siasatan awal mendapati tiada perkara sebegitu berlaku sebagaimana didakwa oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang semalam.<\/p>\n<p>\u201cIni kerana teks khutbah Jumaat yang dibacakan oleh para khatib yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam tidak pernah menggunakan nama ketua menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan negeri dan Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang juga tidak pernah menerima atau mengeluarkan arahan secara lisan mahupun bertulis kepada mana-mana pihak untuk tujuan tersebut,\u201d kata Abdul Malik dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.<\/p>\n<p>Malah, peraturan Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dengan jelas menyebut jika terdapat pentadbiran masjid ingin menjemput para khatib jemputan, mereka\u00a0 perlu mendapat kelulusan jabatan itu terlebih dahulu\u00a0 sebelum dibenarkan membaca khutbah. <\/p>\n<p>\u201cSaya yakin selepas gagal memainkan isu perkauman sempit, bagi menggambarkan kononnya kerajaan negeri menindas bangsa Melayu dan agama Islam, pihak-pihak tertentu sedang mencuba untuk mensabotaj kerajaan negeri melalui\u00a0 isu ini pula,\u201d katanya<\/p>\n<p>Semalam Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Lim dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.<\/p>\n<p>Ahmad Zahid berkata penggunaan\u00a0 nama ketua menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh\u00a0 dan Jelutong.<\/p>\n<p>Beliau berkata tindakan menggunakan nama ketua menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja.<\/p>\n<p>Kata beliau, tindakan terdesak ini bertujuan untuk melaga-lagakan hubungan baik pimpinan Pakatan Rakyat, dengan pihak istana seterusnya bagi menimbulkan kemarahan orang Melayu sepertimana yang berlaku di Johor dalam isu kain rentang.<\/p>\n<p>Dalam kenyataannya, Abdul Malik berkata, selepas dua tahun mentadbir Pulau Pinang, kerajaan negeri telah membuktikan perkembangan agama Islam mendapat keutamaan.<\/p>\n<p>\u201cIni tidak pernah dilakukan oleh kerajaan terdahulu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Peruntukan untuk pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam telah ditambah sebanyak 100 peratus, daripada RM12.5 juta pada 2008, RM20.5 juta tahun lalu dan bertambah kepada\u00a0 RM24.3 juta tahun ini.<\/p>\n<p>Begitu juga buat julung kalinya bermula tahun 2009 kerajaan negeri memberikan\u00a0 sumbangan Ihya Ramadan berjumlah RM231,000 setiap tahun kepada 206 buah masjid\u00a0 dan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) berjumlah RM1.5 juta pada 2009 dan meningkat RM1.75 juta pada 2010.<\/p>\n<p>\u201cBahkan, hasil daripada bantuan itu, Madrasah Al-Aminiah Permatang Pauh berjaya mewujudkan sebuah makmal sains yang pertama\u00a0 di kalangan SAR di negeri ini.<\/p>\n<p>\u201cProgram-program agama yang julung kali diadakan seperti sambutan bulan al-Quran, anugerah huffaz dan istimak hufaz sejak diperkenalkan pada 2008 mendapat sambutan dan peningkatan yang memberangsangkan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Abdul Malik menambah, keprihatian Ketua Menteri untuk hadir pada majlis-majlis agama Islam, umpamanya sumbangan Ihya Ramadan yang disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambutan Maulidur Rasul, serta menghadiri dan menganjurkan majlis berbuka puasa di masjid-masjid di Pulau Pinang dicemburui pihak tertentu.<\/p>\n<p>Katanya, ini kerana perkara sedemikian tidak pernah dilakukan oleh Ketua Menteri sebelum ini.<\/p>\n<p>\u201cKelainan dan kemesraan inilah yang mengusarkan pihak tertentu yang terpaksa bergantung kepada talian hayat melalui isu perkauman sempit bagi menarik semula sokongan rakyat, khususnya orang Melayu .<\/p>\n<p>\u201cNamun, kita yakin majoriti rakyat tidak akan mudah terpengaruh dengan dakyah sebegini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bagaimanapun kata beliau, cabaran yang diterima tidak akan membantut dan melemahkan usaha kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memartabatkan agama Islam di negeri ini.<\/p>\n<p><strong><br \/>Isu khutbah: Umno Pulau Pinang buat fitnah lagi, kata Anwar<\/strong><\/p>\n<p>Pakatan Rakyat memandang serius fitnah terbaru dimainkan pimpinan Umno untuk menyemarakkan api kebencian dengan mendakwa nama Ketua Menteri Lim Guan Eng digunakan dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong minggu lalu.<\/p>\n<p>\u201cTuduhan yang dilemparkan ke atas kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bahawa nama Yang di-Pertuan Agong telah digantikan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah terbukti merupakan satu pembohongan semata.<\/p>\n<p>\u201cSaya sendiri memantau perkembangan tersebut, membaca teks khutbah yang diedarkan dan menerusi rakan-rakan di Pulau Pinang mendapati tuduhan tersebut tidak berasas bahkan ia merupakan satu fitnah demi laba politik pemerintah yang kian hari kian terdesak,\u201d kata Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, pimpinan Umno menerusi akhbar Utusan Malaysia sceara berterusan menggunakan aksi politik perkauman sempit yang usang.<\/p>\n<p>Kata beliau, kegagalan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memahami nurani rakyat Malaysia keseluruhannya yang mahukan sebuah negara yang kekal aman dan sejahtera dizahirkan oleh kenyataan berunsur fitnah Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.<\/p>\n<p>\u201cKita yakin usaha pimpinan Umno ini tidak akan berhenti di situ sahaja. Mereka pasti menganyam fitnah yang lain pula demi memecahbelahkan muafakat masyarakat di negara ini yang mahu hidup dalam kerukunan dan sejahtera.<\/p>\n<p>\u201cMereka menyedari rakyat Malaysia mempunyai keyakinan yang teguh untuk terus beriltizam dengan perubahan dan demi Malaysia yang adil.<\/p>\n<p>\u201cOleh demikian, saya menyeru rakyat Malaysia untuk perteguh keazaman bersama Pakatan Rakyat dan mara mengharungi serangan yang tidak akan kunjung diam dari pimpinan Umno itu.<\/p>\n<p>\u201cHanya dengan melakukan perubahan, politik perkauman sempit akan berjaya dihalang,\u201d kata Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.<\/p>\n<p>Semalam, Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Lim dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.<\/p>\n<p>Ahmad Zahid berkata, penggunaan nama Lim dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh\u00a0 dan Jelutong.<\/p>\n<p>Beliau berkata tindakan menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja.<\/p>\n<p>Dalam kenyataan terdahulu, kerajaan negeri\u00a0 Pulau Pinang menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan Ahmad Zahid.<\/p>\n<p>Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Abdul Malik Kassim berkata siasatan awal mendapati tiada perkara sebegitu berlaku sebagaimana didakwa oleh Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang semalam..-MalaysianInsider<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>(Kemaskini; Umno Pulau Pinang buat fitnah lagi, kata Anwar)Kerajaan negeri\u00a0 Pulau Pinang menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa nama Ketua Menteri Lim Guan Eng digunakan dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Abdul Malik [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3317"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3317"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3317\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3317"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3317"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3317"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}