{"id":3306,"date":"2010-08-19T19:26:14","date_gmt":"2010-08-19T11:26:14","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/08\/raja-tikus-dan-dasar-ekonomi-baru\/"},"modified":"2010-08-19T19:26:14","modified_gmt":"2010-08-19T11:26:14","slug":"raja-tikus-dan-dasar-ekonomi-baru","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/raja-tikus-dan-dasar-ekonomi-baru\/","title":{"rendered":"Raja Tikus dan Dasar Ekonomi Baru"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/08\/rajatikus.gif\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/images\/stories\/berita31\/rajatikus.gif\" style=\"float: left;\" \/>Liew Kee Sin, Pengerusi SP Setia Berhad telah menyediakan statistik yang menunjukkan ahli perniagaan Cina telah maju dan berkembang di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB).\u00a0 Beliau berkata, golongan Cina telah menguasai kekayaan 73% yang tersenarai dalam barisan 40 rakyat Malaysia yang terkaya dan menduduki 8 daripada 10 orang terkaya di Malaysia.\u00a0 Semua orang tahu siapa mereka.\u00a0 Mereka bukan sahaja antara yang terkaya di Malaysia, tetapi juga di dunia.<\/p>\n<p>Semua orang tahu bagaimana mereka mencipta kekayaan sepanjang tempoh 40 tahun yang lepas.\u00a0 Aduan selama ini bukan berkisar sekitar soal bahawa Cina, India, Sikh, Kadazan, Dusun, Iban dan bukan Bumiputera lain turut bersama mencipta peluang kekayaan di bawah Dasar Ekonomi Baru.\u00a0 Biarpun di negara yang diperintah oleh rejim yang paling menekan rakyat, memang akan wujud golongan yang berjaya.<\/p>\n<p>Terdapat aduan bahawa penyalahgunaan DEB telah mengakibatkan rakyat telah dinafikan hak mereka sebagai warga yang bermaruah.\u00a0 Sedangkan semua orang tanpa mengira kaum, agama adalah tertakluk sebagai warganegara dan mempunyai kesaksamaan dalam meningkatkan taraf hidup untuk diri dan keluarga.<\/p>\n<p>Rakyat Malaysia adalah tertakluk untuk menikmati kehidupan dengan penuh bermaruah.\u00a0 Tidak perlu untuk bergelut seperti Raja Tikus dalam novel John Clavell yang memaksa kita untuk melakukan rasuah dan terlibat dalam pasaran gelap semata-mata untuk hidup dalam kem tahanan perang Jepun.<\/p>\n<p>Raja Tikus, seperti lelaki lain telah menjadi satu kuasa kuat dalam penjara dengan menjadi orang yang paling berjaya menerusi rasuah dan pasaran gelap.\u00a0 Tentera Jepun hanya memberi tahanan sebuah tempat tinggal yang kecil dan makanan yang terhad.\u00a0 Semua pegawai hanya memakai cebisan pakaian buruk dan diberi layanan yang tidak berperikemanusiaaan.\u00a0 Bahkan pegawai kanan terpaksa mendekati Raja Tikus untuk menjual barang-barang bernilai demi mendapatkan makanan.<\/p>\n<p>Raja Tikus bergelut dengan keadaan penjara yang cukup zalim.\u00a0 Penyalahgunaan dan kegagalan DEB sepertimana yang didakwa oleh Nazir Razak telah mencipta satu keadaan yang serupa dalam kisah Raja Tikus.<\/p>\n<p>Pelaksanaan DEB oleh kerajaan telah memberikan kuasa yang besar kepada para pegawainya untuk meluluskan lesen, permit dan segala bentuk intervensi dalam akitiviti ekonomi.<\/p>\n<p>Dengan memiliki kuasa sebesar itu, peluang itu digunakan oleh pegawai-pegawai untuk mendapatkan bayaran dari pemilik perniagaan besar sehinggalah peniaga jalanan untuk mendapatkan kelulusan permit dan lesen.\u00a0 Penjaja dan peniaga jalanaan membuat bayaran bawah kaunter untuk mendapatkan lesen.<\/p>\n<p>Peniaga besar terpaksa membayar sejumlah wang besar untuk berniaga.\u00a0 Inilah yang timbulkan persepsi rasuah dan sebagainya.\u00a0 Bagaimana anda dapat mencari nafkah di negara yang berada pada tangga 56 dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparensi International (TI))?<\/p>\n<p>Rakyat Malaysia tidak harus dimalukan sebegitu.<\/p>\n<p>Liew minta Peniaga Cina bekerjasama dengan rakan kongsi Melayu.\u00a0 Ini telah diwujudkan di bawah nama DEB.\u00a0 Mereka yang celik pandai tidak perlu menunggu seruan Liew.\u00a0 Kebanyakan kontrak yang diberikan kepada Melayu telah disubkontrakkan kepada kontraktor Cina.<\/p>\n<p>Kontrak Kelas F yang diberikan khasnya kepada Bumiputera dianugerahkan mengikut citarasa pegawai kerajaan ataupun Yang Dipertua Bandar dan bukan melalui cara bidaan terbuka.\u00a0 Sistem Ali Baba ini diwujudkan atas nama suci memberikan kontrak, lesen dan permit kepada peniaga Melayu untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.<\/p>\n<p>Selepas 40 tahun dan berbilion ringgit dibelanjakan, 82% di luar bandar dan 62% di bandar yang miskin masih merupakan golongan Melayu.\u00a0 Selagi majoriti Melayu masih berada dalam keadaan miskin, PERKASA dan ekstremis akan menuntut bahawa DEB masih perlu diteruskan.\u00a0 DEB (NEP -New Economic Policy) kemudian akan digelar Never Ending Policy, ataupun dasar yang tidak ada penamatannya.<\/p>\n<p>Kita tidak boleh menuduh kontraktor Cina dan bukan bumiputera yang mengambil alih kerja sebagai subkontraktor dalam lapisan kedua, ketiga mahupun keempat.\u00a0 Mereka juga perlu mencari sesuap nasi.\u00a0 Mereka juga mempunyai keperluan.\u00a0 Kebanyakan subkontraktor tidak mendapat bayaran atas kerja yang telah dibuat.<\/p>\n<p>Dalam banyak kejadian, kontraktor di atas telah menyapu kesemua bayaran dan tidak tinggalkan apa-apa kepada subkontrator.\u00a0 Saya kenal ramai subkontraktor Cina dan bukan Bumiputera yang bankrup akibat kejadian sedemikian.\u00a0 Kenapakah subkontraktor ini terpaksa hidup sebegini?\u00a0 Jika kontraktor kelas F dianugerahkan berdasarkan keperluan dan bukan kaum, kebanyakan kesengsaraan dan kepahitan akan dapat dielakkan.<\/p>\n<p>Liew telah menunjukkan beberapa contoh bagaimana Peniaga Cina dapat mengaut keuntungan luar biasa walaupun di bawah DEB.\u00a0 Walau bagaimanapun, disebabkan penyekatan DEB terutamanya di bawah Akta Penyelarasan Industri dan bidang ekonomi utama, peniagaan Cina bukan lagi kuasa penting dalam bidang perkilangan.\u00a0 Mereka juga bukan lagi pemilik bagi beberapa syarikat bank dan kewangan seperti berlaku pada tahun 1970-an.<\/p>\n<p>Pada tahun 1980-an, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian China Malaysia telah membuat aduan bahawa jika pelabur asing diberikan pengecualian daripada penetapan penyertaan ekuiti bumiputera ke atas syarikat mereka, kenapakah syarikat Cina terpaksa menanggung obligasi tersebut.\u00a0 Aduan tersebut tidak mendapat sambutan dari mana-mana pihak.<\/p>\n<p>Akibat yang seterusnya adalah penggabungan antara usahawan Cina dengan Melayu berpengaruh dalam politik ataupun bekas anggota kerajaan (termasuk angkatan tentera).<\/p>\n<p>Ini bukan merupakan objektif DEB.\u00a0 DEB bermatlamat menjadikannya pemangkin bagi mewujudkan usahawan Melayu dan Cina secara saksama sesama mereka.\u00a0 Matlamat BEB bukan untuk mewujudkan gabungan politik dan perniagaan, sebaliknya untuk memantapkan kekuatan ekonomi syarikat-syarikat di Malaysia.<\/p>\n<p>Dalam jangka masa panjang, suasana ini menjadi kurang sihat untuk perniagaan ataupun persekitaran ekonomi sosial.<\/p>\n<p>Liew berkata bahawa perniagaan adalah untuk keuntungan dan bukan politik.\u00a0 Tujuan perniaga adalah untuk mengaut keuntungan.\u00a0 Apabila kapten British membebaskan banduan dari penjara dan bertemu dengan King Rat, beliau bertanya kenapakah King Rat boleh berada dalam keadaan dan tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang tidak berbaju, kurus kering dan sakit.\u00a0 King Rat berkata tidak ada masalah menjadi juara dalam keadaan sebegitu.<\/p>\n<p>Balas Kapten Inggeris itu, ia tidak membahayakan sekiranya ia tidak mengorbankan kepentingan orang lain.\u00a0 Begitu juga, tidak ada salahnya untuk meneruskan NEP sekiranya ia tidak mengorbankan kepentingan orang lain.\u00a0 Hakikatnya kos dan beban terlalu tinggi dan tidak setanding dengan keuntungan.<\/p>\n<p>Satu contoh biasa sudah memadai untuk menggambarkan hal ini.\u00a0 Dalam DEB antara tahun 1995 dan 2000, Rancangan Malaysia Ketujuh bahagian pembangunan pendidikan dasar telah memperuntukkan 96.5% untuk sekolah rendah kebangsaan di mana jumlah keseluruhan persekitarannya hanya mencakupi 75%.<\/p>\n<p>Sekolah Rendah Cina yang mempunyai jumlah keseluruhan pengambilan 21% hanya diperuntukkan 2.4%, manakala sekolah-sekolah Tamil yang hanya mencakupi 3.6% daripada keseluruhan pengambilan telah diperuntukkan 1% daripada keseluruhan belanjawan.<\/p>\n<p>Meskipun dengan pengumuman kerajaan berkaitan pengurangan kebergantungan kepada kuota bangsa untuk memasuki universiti pada tahun 2004, 128 pelajar yang memperolehi 5A telah ditolak permohonan pertama mereka dalam bidang perubatan.\u00a0 Permasalahan yang dihadapi mereka ialah hakikat bahawa mereka bukan bumiputra.<\/p>\n<p>Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mukhriz Mahathir bercakap di Dewan Negara pada 27 Julai 2010 bahawa Bank SME bermula 2006 sehingga Jun tahun ini menyatakan bahawa sejumlah RM9.8 bilion pinjaman yang melibatkan 5.447 aplikasi dan beberapa lagi program lain adalah 90% daripadanya penerima manfaat bumiputra IKS (Industri Kecil dan Sederhana).<\/p>\n<p>Menurut Profesor Chin Yew Sin, Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan, Bahagian Pemuda Persekutuan Cina Malaysia, masih terdapat sekitar 519,000 PKS di Malaysia dan mereka masih belum menerima sebarang pinjaman dari Bank SME.<\/p>\n<p>Kesan DEB kepada warga Malaysia adalah ribuan anak-anak sekolah rendah yang memiliki bakat dan potensi yang cemerlang tidak mendapat peluang, bahkan tidak menyedari bakat dan kelebihan diri yang mereka miliki.\u00a0 Pengusaha-pengusaha industri kecil dan sederhana juga berhadapan dengan permasalahan kewangan oleh sebab konflik perbezaan bangsa.<\/p>\n<p>Seluruh dunia telah mengakui bahawa ketidaksetaraan dalam sesebuah negara dan antara negara akan menyebabkan kemiskinan dan taraf hidup yang rendah.\u00a0 Sesebuah sistem sosial yang menekankan keadilan dan kesamarataan sosial sahaja mampu mencapai keadilan dalam pengagihan kekayaan dan peluang di antara semua orang.\u00a0 NEP tidak akan mampu membawa Malaysia keluar dari belenggu permasalahan sosio-ekonomi yang sedang kita hadapi sekian lama.<\/p>\n<p>Seperti dalam novel, di mana Raja Tikus menjadi kuat dalam persekitaran yang memberikan penghargaan licik, kemenangan dan kekuatan, ia pada akhirnya menjadi makanan untuk orang kuat, Malaysia tidak boleh mempertahankan pembangunan di persekitaran di mana pembastaran (bastardisation) dari DEB ganjaran yang cerdik dan jujur.<\/p>\n<p>Bangsa ini hanya boleh menjadi makmur apabila integriti, etika dan urus tadbir pemerintahan yang baik dipraktikkan.\u00a0 Beberapa pengusaha Cina Malaysia yang telah berkembang pesat di bawah cengkaman halangan persekitaran kini tidak akan dapat membenarkan DEB diamalkan secara berterusan dan kerugian ekonomi dan sosial ini akan terus dideritai oleh semua orang yang lain.<\/p>\n<p>*Tulisan William Leong Jee Keen selaku Ahli Parlimen Selayang, Selangor, merangkap Bendahari Agung PKR diterbitkan dalam Merdeka Review<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Liew Kee Sin, Pengerusi SP Setia Berhad telah menyediakan statistik yang menunjukkan ahli perniagaan Cina telah maju dan berkembang di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB).\u00a0 Beliau berkata, golongan Cina telah menguasai kekayaan 73% yang tersenarai dalam barisan 40 rakyat Malaysia yang terkaya dan menduduki 8 daripada 10 orang terkaya di Malaysia.\u00a0 Semua orang tahu siapa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3306"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3306"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3306\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3306"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3306"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3306"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}