{"id":32966,"date":"2015-04-30T17:25:41","date_gmt":"2015-04-30T09:25:41","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=32966"},"modified":"2015-04-30T17:25:41","modified_gmt":"2015-04-30T09:25:41","slug":"cukai-gst-tidak-diperlukan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/cukai-gst-tidak-diperlukan\/","title":{"rendered":"Cukai GST Tidak Diperlukan"},"content":{"rendered":"<p>Kenapa saya mempertikaikan keperluan untuk Kerajaan menambah hasil pendapatan negara menerusi percukaian GST?<\/p>\n<p>\tJAWAPANnya ialah kerana saya meragui cara Kerajaan membelanjakan hasil pendapatan itu. Cara berbelanja Kerajaan saban tahun akan menjadikan negara sentiasa tidak berkecukupan hasil meskipun diberikan sebuah lembah emas sekalipun. <\/p>\n<p>Ia sepertimana ibarat sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :<\/p>\n<p>{ \u0644\u064e\u0648\u0652 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0644\u0650\u0627\u0628\u0652\u0646\u0650 \u0622\u062f\u064e\u0645\u064e \u0648\u064e\u0627\u062f\u064d \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0645\u064e\u0627\u0644\u064d \u0644\u064e\u0627\u0628\u0652\u062a\u064e\u063a\u064e\u0649 \u0625\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u062b\u064e\u0627\u0646\u0650\u064a\u064b\u0627 \u060c \u0648\u064e\u0644\u064e\u0648\u0652 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0627\u062f\u0650\u064a\u064e\u0627\u0646\u0650 \u0644\u064e\u0627\u0628\u0652\u062a\u064e\u063a\u064e\u0649 \u0644\u064e\u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u062b\u064e\u0627\u0644\u0650\u062b\u064b\u0627 \u060c \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0645\u0652\u0644\u064e\u0623\u064f \u062c\u064e\u0648\u0652\u0641\u064e \u0627\u0628\u0652\u0646\u0650 \u0622\u062f\u064e\u0645\u064e \u0625\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0627\u0644\u062a\u0651\u064f\u0631\u064e\u0627\u0628\u064f <\/p>\n<p>\t\u201cSekiranya anak Adam mempunyai satu lembah penuh harta tentulah dia mahukan satu lembah lagi. Kalau dia mempunyai dua lembah tentu dia mahukan yang ketiga. Dan tidak boleh memenuhi mulut anak Adam melainkan tanah (maksudnya mati).\u201d Hadis disepakati Bukhari dan Muslim.<\/p>\n<p>2.\tSaya senaraikan satu contoh dahulu iaitu Belanjawan Kerajaan Persekutuan 2012 berdasarkan buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012 dan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2012 sebagaimana berikut :<\/p>\n<p>\t(i)\tKerajaan membentangkan bajet perbelanjaan untuk 2012 ialah sebanyak RM232.8 bilion dengan perbelanjaan mengurus ialah RM181.6 bilion dan perbelanjaan pembangunan ialah RM51.2 bilion. Sementara jangkaan kutipan hasil pula ialah RM186.9 bilion. Ertinya belanjawan telah defisit sebanyak RM46 bilion. <\/p>\n<p>\t(ii)\tHasil sebenar negara ialah RM207 bilion iaitu meningkat sebanyak RM21 bilion daripada jangkaan asal RM186.9 bilion. Ertinya dengan peningkatan hasil itu defisit belanjawan sepatutnya boleh berkurang kepada RM25 bilion sahaja. Tetapi apa yang berlaku sebenarnya dalam perbelanjaan negara?<\/p>\n<p>\t(iii)\tPerbelanjaan sebenar negara 2012 ialah RM254 bilion iaitu lari sebanyak RM21 bilion daripada anggaran asal iaitu RM232.8 bilion. Dengan hasil meningkat sebanyak RM20 bilion kepada RM207 bilion daripada jangkaan asal RM186.9 bilion, negara tetap mencatatkan defisit perbelanjaan yang besar iaitu RM47 bilion. Sedangkan defisit ketika pembentangan bajet ialah RM46 bilion.<\/p>\n<p>\tRingkasannya :<\/p>\n<p>\t(a)\tBajet 2012\t\t\t: RM232 bilion<br \/>\n\t(b)\tAnggaran Hasil \t\t: RM186 bilion<br \/>\n\t(c)\tDefisit Bajet 2012\t\t: RM46 bilion<br \/>\n\t(d)\tPerbelanjaan Sebenar\t: RM254 bilion<br \/>\n\t(e)\tHasil Sebenar\t\t: RM207 bilion<br \/>\n\t(f)\tPeningkatan Hasil\t\t: RM21 bilion<br \/>\n\t(g)\tDefisit Perbelanjaan 2012\t: RM47 bilion. <\/p>\n<p>3.\tKesimpulannya, peningkatan hasil negara tidak menjadikan negara mempunyai lebihan kewangan. Perbelanjaan Kerajaan tetap defisit. Semuanya angkara cara berbelanja.<\/p>\n<p>4.\tBagaimana negara mendapat hasil pada tahun 2012? Sumbernya adalah seperti berikut :<\/p>\n<p>\t(i)\tCukai Langsung sebanyak RM116 bilion (56%). Tiga yang utama daripada cukai langsung ini ialah cukai pendapatan individu, syarikat dan petroleum. Pecahannya ialah RM54.bilion daripada cukai syarikat, RM32 bilion daripada cukai petroleum dan RM22 bilion daripada individu.<\/p>\n<p>\t(ii)\tCukai Tidak Langsung RM35 bilion (17%). Ia merangkumi duti import, eksport, eksais dan cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Cukai jualan dan perkhidmatan menyumbang sebanyak RM15 bilion.<\/p>\n<p>\t(iii)\tTerimaan lain RM56 bilion (27%). Antaranya ialah royalti petroleum.<\/p>\n<p>5.\tHasil negara jika ditolak cukai SST telah menyumbang sebanyak RM191 bilion iaitu menerusi hasil cukai langsung RM116 bilion, cukai tidak langsung RM19 bilion dan terimaan lain RM56 bilion.<\/p>\n<p>6.\tKerajaan berhasrat meningkatkan hasil dengan cukai GST sedangkan negara sebenarnya bukan bermasalah untuk mendapatkan hasil. Tetapi masalah besar Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh BN ialah pada membelanjakan hasil. <\/p>\n<p>7.\tOleh itu, adakah cukai GST masih diperlukan? Tidak sama sekali!<\/p>\n<p>Sekian.<\/p>\n<p>DATO&#8217; DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI<br \/>\nAhli Parlimen Kuala Nerus<br \/>\nKetua Penerangan DUPP<\/p>\n<p>Tarikh : 30 April 2015 \/ 11 Rejab 1436H<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kenapa saya mempertikaikan keperluan untuk Kerajaan menambah hasil pendapatan negara menerusi percukaian GST? JAWAPANnya ialah kerana saya meragui cara Kerajaan membelanjakan hasil pendapatan itu. Cara berbelanja Kerajaan saban tahun akan menjadikan negara sentiasa tidak berkecukupan hasil meskipun diberikan sebuah lembah emas sekalipun. Ia sepertimana ibarat sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : { \u0644\u064e\u0648\u0652 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0644\u0650\u0627\u0628\u0652\u0646\u0650 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":31185,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":{"id":31185,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":494,"height":332,"file":"2015\/03\/GST-Haram.jpg","filesize":71738,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"1426064141","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":31184,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/03\/GST-Haram.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32966"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=32966"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32966\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/31185"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=32966"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=32966"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=32966"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}