{"id":3286,"date":"2010-08-18T05:26:52","date_gmt":"2010-08-17T21:26:52","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/08\/iran-ikrar-bertindak-balas-jika-israel-serang-loji-nuklear\/"},"modified":"2010-08-18T05:26:52","modified_gmt":"2010-08-17T21:26:52","slug":"iran-ikrar-bertindak-balas-jika-israel-serang-loji-nuklear","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/iran-ikrar-bertindak-balas-jika-israel-serang-loji-nuklear\/","title":{"rendered":"Iran ikrar bertindak balas jika Israel serang loji nuklear"},"content":{"rendered":"<p><span class=\"content\"><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/08\/lu_08.1.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/berita31\/lu_08.1.jpg\" style=\"float: right;\" \/>TEHERAN: Iran akan bertindak balas jika Israel  menyerang loji kuasa nuklearnya yang pertama, yang bakal memuatkan bahan  bakar pada 21 Ogos ini, kata Menteri Pertahanannya, Encik Ahmad Vahidi.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Jika ia berlaku, kami akan  kehilangan sebuah loji kuasa, tetapi kewujudan Israel dalam bahaya,&#8217;  kata beliau seperti ditukil agensi berita Mehr.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Encik Vahidi berkata begitu semasa  menjawab soalan mengenai kemungkinan Israel menyerang loji nuklear yang  dibina Russia di bandar Bushehr. (Gambar)<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Jurucakap Kementerian Luar Iran,  Encik Ramin Mehmanparast, semalam berkata beliau tidak fikir Israel akan  &#8216;melakukan langkah yang berbahaya serupa itu&#8217;.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Sebarang pencerobohan terhadap loji  kuasa ini akan membawa tindak balas yang serius,&#8217; demikian beliau  memberi amaran menerusi televisyen pemerintah.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Para pemimpin Israel berkata semua  pilihan masih terbuka dalam menangani isu program nuklear Iran.  Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Luar Israel, Encik Yigal Palmor,  enggan mengulas kenyataan Encik Vahidi itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Bekas duta besar Amerika Syarikat ke  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik John Bolton, kelmarin  berkata Israel mempunyai masa cuma &#8216;lapan hari&#8217; untuk melancarkan  serangan ke atas loji nuklear Iran di Bushehr bagi menghalang Teheran  daripada memiliki loji nuklear yang berfungsi.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Reaktor tersebut, yang dibina oleh  firma Russia, Rosatom Corp, akan mula beroperasi minggu depan apabila  bahan bakar nuklear dimasukkan ke teras loji berkenaan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Pada saat itu sudah terlambat bagi Israel melancarkan serangan tentera ke atas reaktor berkenaan, kata Encik Bolton.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Ini kerana sebarang serangan akan menyebarkan radiasi dan menjejas penduduk awam Iran.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Sebaik saja bahan bakar uranium  berada dalam reaktor, sebarang serangan tidak syak lagi akan membebaskan  radiasi,&#8217; demikian Encik Bolton memberitahu Fox Business Network.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Yang demikian, jika Israel hendak  melakukan sesuatu ke atas (reaktor) Bushehr, ia harus bertindak dalam  tempoh lapan hari lagi,&#8217; tegas beliau.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Encik Mehmanparast semalam berkata &#8216;ancaman serangan sering diulang-ulang dan tidak lagi bermakna&#8217;.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Mengikut undang-undang  antarabangsa, loji yang sudah mempunyai bahan bakar tidak boleh diserang  memandangkan akibatnya kepada penduduk awam,&#8217; kata beliau kepada  pemberita dalam satu sidang akhbar di Teheran. &#8212; AFP, Bloomberg.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TEHERAN: Iran akan bertindak balas jika Israel menyerang loji kuasa nuklearnya yang pertama, yang bakal memuatkan bahan bakar pada 21 Ogos ini, kata Menteri Pertahanannya, Encik Ahmad Vahidi. &#8216;Jika ia berlaku, kami akan kehilangan sebuah loji kuasa, tetapi kewujudan Israel dalam bahaya,&#8217; kata beliau seperti ditukil agensi berita Mehr. Encik Vahidi berkata begitu semasa menjawab [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3286"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3286"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3286\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3286"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3286"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3286"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}