{"id":3252,"date":"2010-08-14T19:03:37","date_gmt":"2010-08-14T11:03:37","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/08\/serangan-di-uganda-bertujuan-bunuh-lebih-ramai-warga-as\/"},"modified":"2010-08-14T19:03:37","modified_gmt":"2010-08-14T11:03:37","slug":"serangan-di-uganda-bertujuan-bunuh-lebih-ramai-warga-as","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/serangan-di-uganda-bertujuan-bunuh-lebih-ramai-warga-as\/","title":{"rendered":"Serangan di Uganda bertujuan bunuh lebih ramai warga AS"},"content":{"rendered":"<p><span class=\"content\"><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/08\/uganda.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/berita31\/uganda.jpg\" style=\"float: left;\" \/><strong>KAMPALA (Uganda):<\/strong> Lelaki yang mengaku dalang  serangan bom terhadap peminat bola sepak Piala Dunia di Uganda berkata  dia berharap membunuh lebih ramai warga Amerika Syarikat dalam letupan  yang membunuh 76 orang, termasuk seorang warga Amerika, bulan lalu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Para pemberita diberitahu dalam satu  sidang akhbar bagi menonjolkan empat suspek serangan tersebut bahawa  jumlah korban dalam tiga letupan itu mungkin lebih tinggi jika salah  seorang daripada mereka tidak menarik diri pada saat-saat terakhir.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Haruna Luyima, adik lelaki dalang serangan itu, berkata dia ditugaskan meletak alat letupan keempat dalam sebuah dewan menari.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Tetapi apabila saya sampai ke sana  saya tertanya-tanya mengapa ramai orang sedang menonton perlawanan bola  sepak di televisyen harus dibunuh begitu saja,&#8217; kata lelaki 27 tahun  itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Dalam sidang akhbar yang dianjurkan  para pegawai Uganda itu semalam, Haruna berkata dia meletak beg komputer  riba mengandungi bom di batas bunga dan lari tanpa meletupkan bom itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Para pegawai menemui beg itu sehari  selepas serangan ke atas penonton perlawanan akhir bola sepak Piala  Dunia itu pada 11 Julai lalu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sebuah kumpulan militan yang  dikaitkan dengan Al-Qaeda, Al-Shabab, mendakwa bertanggungjawab atas  serangan-serangan itu dan berkata ia menyasarkan Uganda kerana tentera  negara itu yang menyertai tentera pendamai Kesatuan Afrika (AU) di  Somalia membunuh orang awam Somalia.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Seorang lelaki Uganda, Isah Ahmed  Luyima, berkata dia mendalangi serangan bom itu dan merekrut adik  lelakinya serta rakannya untuk membantu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Lelaki keempat, yang turut ditahan  dan mendakwa dia anggota Al-Qaeda, dikatakan melakukan kesilapan dalam  perancangan serangan itu dan dipinggir.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Isah, bekas kakitangan perpustakaan  universiti berusia 33 tahun, berkata dia menyertai AlShahab pada 2009  dan berjuang bersama pejuang asing lain menentang tentera pendamai AU,  yang melindungi pemerintah Somalia yang disokong Pertubuhan  Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Saya menyasarkan tempat dikunjungi  ramai orang Amerika. Saya diyakinkan rakyat Amerika bertanggungjawab ke  atas penderitaan Muslim di seluruh dunia,&#8217; ujar Isah.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Menurut para pegawai Uganda, keempat-empat lelaki itu telah mengaku terlibat dalam serangan tersebut.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Mereka meminta maaf semasa sidang akhbar itu dan berkata mereka tidak didera agar meminta maaf.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Tentara Uganda sering dikritik kumpulan hak asasi manusia berhubung cara mereka melayan tahanan. &#8212; AP.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KAMPALA (Uganda): Lelaki yang mengaku dalang serangan bom terhadap peminat bola sepak Piala Dunia di Uganda berkata dia berharap membunuh lebih ramai warga Amerika Syarikat dalam letupan yang membunuh 76 orang, termasuk seorang warga Amerika, bulan lalu. Para pemberita diberitahu dalam satu sidang akhbar bagi menonjolkan empat suspek serangan tersebut bahawa jumlah korban dalam tiga [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3252"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3252"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3252\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3252"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3252"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3252"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}