{"id":3204,"date":"2010-08-10T06:44:58","date_gmt":"2010-08-09T22:44:58","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/08\/milf-harap-damai-enam-tahun-selesaikan-masalah\/"},"modified":"2010-08-10T06:44:58","modified_gmt":"2010-08-09T22:44:58","slug":"milf-harap-damai-enam-tahun-selesaikan-masalah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/milf-harap-damai-enam-tahun-selesaikan-masalah\/","title":{"rendered":"MILF Harap Damai Enam Tahun Selesaikan Masalah"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/08\/murad.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/images\/stories\/berita30\/murad.jpg\" style=\"float: right;\" \/>Pemimpin kumpulan pemisah Islam Filipina semalam berkata beliau menaruh harapan agar tercapai satu perjanjian damai dalam tempoh pentadbiran enam tahun Presiden Benigno Aquino.<\/p>\n<p>Pemimpin Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Encik Murad Ebrahim (Gambar), berkata para perunding pihak pemisah itu sudah bersedia untuk meneruskan rundingan damai dengan pemerintah Filipina selepas bulan suci Ramadan ini, seperti yang diumumkan Presiden Aquino sebelumnya.<\/p>\n<p>&#8216;Kami melihat bahawa mereka (pemerintah Encik Aquino) benar-benar ingin menangani masalah bangsa Moro (penduduk Islam setempat),&#8217; kata Encik Murad kepada para wartawan di sebuah kem pemisah di luar Cotabato, sebuah bandar di selatan Filipina.<\/p>\n<p>&#8216;Beliau mempunyai enam tahun untuk menyelesaikan masalah tersebut. Jika beliau benar-benar ikhlas, kita tidak akan silap dalam menyelesaikan masalah itu dalam tempoh (pentadbiran) beliau.<\/p>\n<p>&#8216;Kami benar-benar mahu menyelesaikan usaha pemisahan ini semasa hidup kami kerana para pejuang generasi akan datang adalah lebih radikal,&#8217; kata beliau lagi.<\/p>\n<p>Kira-kira 12,000 anggota MILF sedang berusaha mewujudkan sebuah negara Islam berasingan di Mindanao &#8211; sebuah pulau di bahagian selatan Filipina, negara yang mempunyai ramai penduduk Roman Katolik itu.<\/p>\n<p>Perjuangan pemisahan itu telah mengorbankan lebih 150,000 jiwa sepanjang tiga dekad lalu, di samping menghalang pertumbuhan ekonomi wilayah selatan Filipina yang kaya dengan hasil bumi itu.<\/p>\n<p>Mantan Presiden Filipina, Cik Gloria Macapagal Arroyo, gagal menandatangani satu perjanjian damai dengan MILF semasa mentadbir negara itu sepanjang tempoh sembilan tahun beliau berkuasa.<\/p>\n<p>Dalam ucapannya kepada Kongres bulan lalu, Presiden Aquino berkata rundingan dengan MILF akan dimulakan selepas Ramadan, yang berakhir sekitar pertengahan September ini. &#8212; AFP.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pemimpin kumpulan pemisah Islam Filipina semalam berkata beliau menaruh harapan agar tercapai satu perjanjian damai dalam tempoh pentadbiran enam tahun Presiden Benigno Aquino. Pemimpin Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Encik Murad Ebrahim (Gambar), berkata para perunding pihak pemisah itu sudah bersedia untuk meneruskan rundingan damai dengan pemerintah Filipina selepas bulan suci Ramadan ini, seperti yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3204"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3204"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3204\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3204"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3204"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3204"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}