{"id":31943,"date":"2015-04-02T20:30:15","date_gmt":"2015-04-02T12:30:15","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=31943"},"modified":"2015-04-02T20:36:03","modified_gmt":"2015-04-02T12:36:03","slug":"houthi-berundur-dari-aden-rakyat-malaysia-masih-belum-dipindah-keluar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/houthi-berundur-dari-aden-rakyat-malaysia-masih-belum-dipindah-keluar\/","title":{"rendered":"Houthi Berundur Dari Aden, Rakyat Malaysia Masih Belum Dipindah Keluar"},"content":{"rendered":"<p>Militan pemberontak Houthi berundur dari kedudukan mereka di tengah Aden pada waktu subuh hari Khamis selepas serangan udara berterusan dari pakatan tentera yang dipimpin Arab Saudi.<\/p>\n<p>Penduduk kota pelabuhan Yaman selatan berkata, satu unit militant Houthi dan pasukan yang bersekutu dengannya yang telah mara melalui daerah Khor Maksar Aden 24 jam sebelumnya, turut berundur, walaupun mereka kekal di bahagian-bahagian kawasan itu.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/04\/Screenshot-1006.png\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-31945 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/04\/Screenshot-1006-300x186.png\" alt=\"Screenshot (1006)\" width=\"300\" height=\"186\" \/><\/a>Sementara itu, Solahuddin al-Idrusi, wakil KAMI dan aktivis media di Sana\u2019a berkata rancangan untuk membawa keluar rakyat Malaysia dari bumi bergolak itu masih belum dapat dipastikan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, pihak Persatuan Pelajar Malaysia memberitahu, Kedutaan Malaysia di Yaman telah menangguhkan rancangan untuk menggerakkan para pelajar melalui jalan darat ke negara Arab Saudi.<\/p>\n<p>Ia adalah ekoran, negara yang kaya minyak itu tidak memberikan perlepasan untuk penggunaan ruang udaranya bagi membawa para pelajar pulang ke tanah air.<\/p>\n<p>\u201ctak jadi bertolak (melalui jalan darat ke Arab Saudi) hari ini, kerana Arab Saudi tidak beri perlepasan guna (ruang) udaranya,<\/p>\n<p>\u201cmesyuarat Persatuan Pelajar tadi (semalam 1 April) telah dimaklumkan oleh pihak kedutaan,\u201dkatanya.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/04\/Screenshot-1008.png\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-31946 alignleft\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/04\/Screenshot-1008-300x183.png\" alt=\"Screenshot (1008)\" width=\"300\" height=\"183\" \/><\/a>Pada 28 Mac lalu, pihak kedutaan telah megadakan perjumpaan dengan para pelajar dan rakyat Malaysia di Yaman dan mengarahkan agar semua warganegara Malaysia di negara itu mendaftar dengan pihaknya.<\/p>\n<p>Satu keputusan telah disampaikan kepada para pelajar sebagai arahan dari Wisma Putra di Malaysia supaya semua rakyat Malaysia di Yaman di bawa pulang.<\/p>\n<p>Oleh kerana keadaan lapangan terbang Sana\u2019a yang masih ditutup dan serangan udara dari Pakatan Saudi, pihak kedutaan berusaha untuk membawa keluar rakyat Malaysia melalui jalan darat ke Arab Saudi.<\/p>\n<p>Namun, faktor keselamatan masih belum mengizinkan perjalanan pulang rakyat Malaysia itu, walaupun semua persiapan telah dibuat.<\/p>\n<p>Para pelajar dan rakyat Malaysia di negara tersebut telah diberikan taklimat agar mengambil langkah-langkah keselamatan termasuk tidak keluar dari kediaman mereka tanpa sebarang keperluan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Militan pemberontak Houthi berundur dari kedudukan mereka di tengah Aden pada waktu subuh hari Khamis selepas serangan udara berterusan dari pakatan tentera yang dipimpin Arab Saudi. Penduduk kota pelabuhan Yaman selatan berkata, satu unit militant Houthi dan pasukan yang bersekutu dengannya yang telah mara melalui daerah Khor Maksar Aden 24 jam sebelumnya, turut berundur, walaupun [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":31944,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":{"id":31944,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":680,"height":403,"file":"2015\/04\/houthi-saudi.jpg","filesize":107058,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":31943,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/04\/houthi-saudi.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31943"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=31943"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31943\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/31944"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=31943"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=31943"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=31943"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}