{"id":31790,"date":"2015-03-29T14:28:31","date_gmt":"2015-03-29T06:28:31","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=31790"},"modified":"2015-03-29T14:36:09","modified_gmt":"2015-03-29T06:36:09","slug":"telaga-tiub-untuk-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/telaga-tiub-untuk-rakyat\/","title":{"rendered":"&#8216;Telaga Tiub&#8217; Untuk Rakyat"},"content":{"rendered":"<p>Oleh: Dr Azman Ibrahim<\/p>\n<p>Peratusan penduduk yang mendapat bekalan air bersih di kawasan luar Bandar seperti di Jabi sebenarnya masih agak rendah. Saya banyak menerima permintaan bantuan daripada penduduk setempat untuk mendapatkan sumbangan kewangan bagi tujuan pembayaran kos penyaluran masuk bekalan air dari Syarikat Air Terengganu (SATU) ke rumah mereka terutamanya yang terletak agak jauh dari jalanraya. Kosnya mencecah sekitar RM2,000 lebih bagi sebuah rumah.<\/p>\n<p>Tentunya kos RM2,000 bagi sebuah rumah adalah agak tinggi untuk kami tampung tanpa sebarang peruntukan dari mana-mana pihak. Ada juga rumah yang terletak di lokasi kedudukan yang agak tinggi sehingga menyukarkan proses penggalian telaga biasa. Telaga perlu digali dengan kedalaman sehingga lebih \u201820 kerek\u2019 barulah mata air ditemui.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/03\/IMG-20150328-WA0015.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright wp-image-31758 size-medium\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/03\/IMG-20150328-WA0015-300x168.jpg\" alt=\"IMG-20150328-WA0015\" width=\"300\" height=\"168\" \/><\/a>Sumber alternatif dengan kos yang lebih rendah perlu diusahakan. Dalam hal ini, pembinaan telaga tiub adalah kaedah alternatif yang terbaik.<\/p>\n<p>Ungkapan yang menyebut \u2018air adalah kehidupan\u2019 adalah sangat tepat dan benar. Manusia mungkin boleh hidup secara ala kadar tanpa bekalan elektrik, tetapi adalah mustahil manusia boleh hidup tanpa bekalan air.<\/p>\n<p>Masalah bekalan air ini bukan hanya terhad di sesuatu tempat sahaja. Apabila saya mengarahkan Ketua Kebajikan PAS setiap kawasan supaya melakukan survey dan pengumpulan maklumat berkaitan hal ini, ternyata maklumat yang kita kumpulkan memberikan indikasi bahawa ketidak sempurnaan bekalan air ini adalah merupakan masalah menyeluruh di serata negeri.<\/p>\n<p>Lantaran itulah Lujnah Kebajikan PAS Terengganu berkolaborasi bersama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu bagi memulakan jelajah pembinaan telaga tiub ke seluruh negeri Terengganu dengan mensasarkan keluarga miskin yang memerlukan serta prasarana kegunaan umum seperti surau dan madrasah. Dun Jabi menjadi lokasi perintis projek yang mula dilaksanakan pada Jumaat lepas.<a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/03\/FB_IMG_1427597176325.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright wp-image-31796 size-medium\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/03\/FB_IMG_1427597176325-300x225.jpg\" alt=\"FB_IMG_1427597176325\" width=\"300\" height=\"225\" \/><\/a><\/p>\n<p>Bagi tujuan penjimatan kos, projek ini dilaksanakan secara konsep gotong-royong dengan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu mempelopori usaha pencarian dana sementara Kebajikan PAS Terengganu bertanggungjawab untuk menggerakkan jentera parti setempat bagi kerja-kerja perlaksanaan pembinaan telaga tiub ini.<\/p>\n<p>Konsep gotong-royong ini mampu menjimatkan lebih dari separuh kos yang sepatutnya dibelanjakan berbanding kalau dilaksanakan secara memberi upah.<\/p>\n<p>Bagi pihak Kebajikan PAS Terengganu saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu yang telah dan terus menyumbangkan sumber kewangan, tenaga dan peralatan bagi perlaksanaan program ini. Ianya projek untuk rakyat tanpa sempadan politik. Kita berbakti demi rakyat yang memerlukan.<\/p>\n<p>***Penulis adalah Ketua Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Dr Azman Ibrahim Peratusan penduduk yang mendapat bekalan air bersih di kawasan luar Bandar seperti di Jabi sebenarnya masih agak rendah. Saya banyak menerima permintaan bantuan daripada penduduk setempat untuk mendapatkan sumbangan kewangan bagi tujuan pembayaran kos penyaluran masuk bekalan air dari Syarikat Air Terengganu (SATU) ke rumah mereka terutamanya yang terletak agak jauh [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":31794,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":{"id":31794,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":720,"height":540,"file":"2015\/03\/FB_IMG_1427597325473.jpg","filesize":72470,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":31790,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/03\/FB_IMG_1427597325473.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31790"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=31790"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31790\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/31794"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=31790"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=31790"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=31790"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}