{"id":3145,"date":"2010-08-05T06:51:56","date_gmt":"2010-08-04T22:51:56","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/08\/maahad-darul-quran-sambut-jubli-perak\/"},"modified":"2010-08-05T06:51:56","modified_gmt":"2010-08-04T22:51:56","slug":"maahad-darul-quran-sambut-jubli-perak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/maahad-darul-quran-sambut-jubli-perak\/","title":{"rendered":"Maahad Darul Quran sambut jubli perak"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/08\/Dato%27HusinAwang.JPG\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/08\/Dato%27HusinAwang.JPG\" style=\"float: right;\" \/><strong>Rusila, MARANG<\/strong> &#8211; Maahad Darul Quran (MDQ) Rusila akan menganjurkan Sambutan Jubli Perak MDQ, sempena 25 tahun penubuhannya bermula 5 hingga 7 Ogos ini.<\/p>\n<p>Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah MDQ, Dato&#8217; Husain Awang (gambar) yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu berkata, majlis perasmian dan penyampaian anugerah-anugerah khas MDQ akan diadakan pada 5 Ogos oleh Presiden Pas, Tuan Guru Dato&#8217; Seri Abdul Hadi Awang.<\/p>\n<p>Menurutnya, pada hari itu juga, pelancaran buku \u2018Jubli Perak MDQ\u2019 akan turut diadakan sebagai penanda aras kejayaan MDQ melahirkan generasi al-Quran yang unggul, sejak 1985 lagi.<\/p>\n<p>\u201cSejak beroperasi, kita telah berjaya melahirkan 1,489 pelajar dan pada tahun ini sahaja, seramai 72 orang akan menamatkan pengajian yang setaraf dengan pendidikan menengah atas Sijil Thanawi.<\/p>\n<p>\u201cSetakat ini, kebanyakan pelajar kita berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Mesir, malah ada yang berjaya hingga ke Iran, Yaman, Iraq, Indonesia, Pakistan, United Kingdom dan pelbagai institusi pengajian dalam dan luar negara, tanda pengiktirafan terhadap lulusan MDQ,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurutnya, sempena sambutan itu juga, jamuan sambil menderma akan diadakan di pekarangan Masjid Rusila pada 6 Ogos ini, bermula jam 7 pagi hingga jam 12 tengah hari, manakala pada sebelah petangnya, akan diadakan Majlis Ihtifal Idul Ilmi di Dewan Besar MDQ.<\/p>\n<p>Pada malamnya akan diadakan Majlis Kesenian Islam manakala pada 7 Ogos pula, seminar pendidikan Islam akan diadakan, diikuti Ijtima\u2019 Alumni pada sebelah petangnya.<\/p>\n<p>Ceramah perdana akan diadakan sebelah malamnya.<\/p>\n<p>\u201cTerima kasih diucapkan kepada Majlis Ibu Bapa dan Guru (MIBG) MDQ dan semua dermawan,\u201d katanya.-SinarHarianOnline<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rusila, MARANG &#8211; Maahad Darul Quran (MDQ) Rusila akan menganjurkan Sambutan Jubli Perak MDQ, sempena 25 tahun penubuhannya bermula 5 hingga 7 Ogos ini. Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah MDQ, Dato&#8217; Husain Awang (gambar) yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu berkata, majlis perasmian dan penyampaian anugerah-anugerah khas MDQ akan diadakan pada 5 Ogos oleh Presiden [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3145"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3145"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3145\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3145"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3145"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3145"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}