{"id":31416,"date":"2015-03-20T08:24:09","date_gmt":"2015-03-20T00:24:09","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=31416"},"modified":"2015-03-20T08:24:09","modified_gmt":"2015-03-20T00:24:09","slug":"islam-diserang-dari-luar-dan-dalam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/islam-diserang-dari-luar-dan-dalam\/","title":{"rendered":"Islam Diserang Dari Luar dan Dalam"},"content":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; Naib Pengerusi Kesatuan Ulamak Sedunia Dato\u2019 Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang mengalu-alukan kedatangan seluruh hadirin, tetamu antarabangsa ke Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke-3<\/p>\n<p>Beliau berkata, negeri Terengganu juga merupakan wilayah yang pernah dijajah oleh British pada tahun 1928, juga merupakan sebuah negeri yang menyokong dan mengangkat pentadbiran di zaman pemerintahan khilafah Uthmaniyyah sebelum khilafah itu jatuh.<\/p>\n<p>Namun dengan semangat Islam, persaudaraan Islam dan keteguhan iman yang mantap menjadikan umat Islam seumpama satu jasad, yang sama- sama berdiri teguh menegakkan kebenaran.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/03\/Screenshot-822.png\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-31419 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/03\/Screenshot-822-300x193.png\" alt=\"Screenshot (822)\" width=\"300\" height=\"193\" \/><\/a>\u201cwiilayah Terengganu ini adalah negeri yang bersama-sama Kelantan memilih Parti Islam SeMalaya (SeMalaysia) pada Piliharaya 1959. Namun, kedua-dua negeri Kelantan dan Terengganu akhirnya direbahkan oleh musuh yang tidak senang melihat Islam mewangi di bumi bertuah ini,<\/p>\n<p>\u201clalu mereka menggunakan politik, ekonomi dan krisis sebagai cara untuk menjatuhkan kedua-dua negeri ini. Meskipun pihak musuh terus mencengkam dari pelbagai sudut dan aspek kehidupan, tetap cahaya Islam tidak padam dan tidak akan pernah padam,\u201dujarnya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian pada Selasa 17 Mac, ketika merasmikan Forum Keamanan dan Pembangunan Asia di sebuah hotel disini.<\/p>\n<p>Forum tersebut adalah program Pra-Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-3 yang disertai oleh wakil-wakil gerakan dan parti-parti Islam dari lebih 40 buah negara.<\/p>\n<p>Katanya, kehadiran semua hadirin ke Ijtimak pada kali ini akan memberi semangat baru kepada negeri ini, tambahan lagi pada masa kini pelbagai ujian dan mehnah dari dalam dan luar yang melanda umat Islam.<\/p>\n<p>Namun, menurut beliau, ancaman dan cabaran daripada dalam adalah lebih hebat dan berat untuk dihadapi.<\/p>\n<p>\u201cMusuh-musuh Islam ini tidak sedetik pun melepaskan peluang untuk mengambil kesempatan di atas segala kelemahan dalaman kita sendiri.<\/p>\n<p>\u201cAntara kelemahan yang jelas dapat dilihat adalah sikap \u2018tasahhul\u2019 iaitu bermudah-mudah dalam agama. Mereka melaksanakan sesuatu mengikut cara politik musuh dalam urusan dalaman umat Islam, dalam tarbiyah, ta\u2019lim, pengajaran, yang disandarkan kepada politik dan ekonomi , ilmu ilmu dan lain lain,\u201djelasnya.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/03\/Screenshot-821.png\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-31420 alignleft\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/03\/Screenshot-821-300x179.png\" alt=\"Screenshot (821)\" width=\"300\" height=\"179\" \/><\/a>Selain itu, beliau yang juga Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) menurut menegaskan, fenomena \u2018Tasyaddud\u2019 juga merupakan kelemahan yang ketara dalam kalangan umat Islam kini.<\/p>\n<p>\u201cMereka ini adalah dari golongan yang mempunyai latar belakang agama islam, namun tiada pemahaman dalam agama sepertimana kita lihat mereka yang menunaikan Haji, yang melontar jamrah tetapi mereka tidak melontar ke arah lubang sebaliknya mereka melontar ke arah saudara saudara mereka .<\/p>\n<p>\u201cBegitulah seumpama orang yang tidak memahami jihad dan dakwah. Sejarah menyaksikan ketika pembukaan wilayah islam manusia berpusu-pusu masuk ke dalam Islam berlainan sekali dengan cara penjajah yang masuk ke Negara Islam .<\/p>\n<p>\u201cIslam sentiasa diterima kehadirannya kerana keadilan perlaksanaan syariatnya dan akhlak mulia yang diajar di dalam agama islam ini sendiri,\u201dujarnya lagi.<\/p>\n<p>Ustaz Hadi turut menyatakan kebimbangan tentang \u2018Islamophobia\u2019 yang merupakan agenda musuh Islam untuk memburukkan agama Islam.<\/p>\n<p>Katanya, musuh Islam membangkitkan isu ini dengan memaparkan sikap umat Islam padahal mereka mengambil contoh itu hanya daripada sebahagian umat Islam.<\/p>\n<p>Oleh itu, beliau menyeru agar seluruh pejuang Islam agar berpegang kepada keyakinan bahawa masa depan kita hanyalah Islam dan cahaya agama ini tidak akan pudar.<\/p>\n<p>https:\/\/youtu.be\/q72GPD9b5NE?list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q<\/p>\n<p>\u201cGolongan Ahzab masa kini menyerang umat islam dengan kuasa mereka, walaupun mereka menamakan tindakan mereka sebagai suatu tujuan untuk memperjuangkan hak kesamarataan dan hak manusia sejagat seperti yang berlaku di Palestin dan Mesir ,namun tiada demokrasi untuk pejuang pejuang Islam serta tiada hak asasi manusia untuk pejuang Islam.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun pelbagai mehnah dan cabaran yang menyekat kita dari pelbagai arah, wajib ke atas kita semua untuk sentiasa istiqamah.<\/p>\n<p>\u201cmeskipun zaman ini maruah umat Islam dan tanah air mereka dicabuli haknya hingga mengorbankan jutaan jiwa umat islam, kita hendaklah sentiasa berpegang pada janji Allah dan sentiasa yakin dan percaya bahawa Islam tetap tidak akan pudar. Beliau memetik satu hadis Rasulullah SAW ;<\/p>\n<p>\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0632\u064e\u0627\u0644\u064f \u0637\u064e\u0627\u0626\u0650\u0641\u064e\u0629\u064c \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064f\u0645\u0651\u064e\u062a\u0650\u064a \u0638\u064e\u0627\u0647\u0650\u0631\u0650\u064a\u0646\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0642\u0651\u0650 \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0636\u064f\u0631\u0651\u064f\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0645\u064e\u0646\u0652 \u062e\u064e\u0630\u064e\u0644\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u062d\u064e\u062a\u0651\u064e\u0649 \u064a\u064e\u0623\u0652\u062a\u0650\u064a\u064e \u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u064f \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650<\/p>\n<p>\u201cAkan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh, tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian,\u201dkatanya, dengan membaca ayat al-Quran tersebut kepada para peserta Forum<\/p>\n<p>Justeru, beliau menyeru seluruh umat islam agar muktamar ini dapat menyatukan seluruh umat Islam dan beliau juga menyeru lagi agar Al \u2013Quds akan dapat dibebaskan dari cengkaman zionis laknatullah.<\/p>\n<p>\u201ckita mempunyai peranan yang amat besar\u2026\u2026\u2026semoga usaha yang sangat kecil ini akan mendapat redha Allah,\u201dujarnya<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; Naib Pengerusi Kesatuan Ulamak Sedunia Dato\u2019 Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang mengalu-alukan kedatangan seluruh hadirin, tetamu antarabangsa ke Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke-3 Beliau berkata, negeri Terengganu juga merupakan wilayah yang pernah dijajah oleh British pada tahun 1928, juga merupakan sebuah negeri yang menyokong dan mengangkat pentadbiran di zaman [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":31418,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":{"id":31418,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":1085,"height":672,"file":"2015\/03\/Screenshot-823.png","filesize":1397227,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":31416,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/03\/Screenshot-823.png"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31416"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=31416"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31416\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/31418"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=31416"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=31416"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=31416"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}