{"id":3138,"date":"2010-08-04T17:00:25","date_gmt":"2010-08-04T09:00:25","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/08\/misi-tempur-tentera-amerika-di-iraq-tamat-bulan-ini\/"},"modified":"2010-08-04T17:00:25","modified_gmt":"2010-08-04T09:00:25","slug":"misi-tempur-tentera-amerika-di-iraq-tamat-bulan-ini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/misi-tempur-tentera-amerika-di-iraq-tamat-bulan-ini\/","title":{"rendered":"Misi tempur tentera Amerika di Iraq tamat bulan ini"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/08\/no0313zt5.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/08\/no0313zt5.jpg\" style=\"float: left;\" \/>WASHINGTON: Presiden Barack Obama, mengalualukan kelmarin tamatnya misi tempur tentera Amerika Syarikat di Iraq hujung bulan ini &#8216;seperti yang dijanji dan dijadual&#8217;.<\/p>\n<p>Beliau menyifatkan hal itu sebagai satu kejayaan, walaupun ada kesangsian tentang keupayaan Iraq mentadbir dan mengawal keselamatan memandang sebuah pemerintah baru masih belum wujud selepas pilihan raya Mac lalu.<\/p>\n<p>Encik Obama berkata misi tempur askar Amerika berakhir menjelang 31 Ogos.<\/p>\n<p>Pengunduran itu ditetapkan oleh &#8216;Perjanjian Status Tentera&#8217; Amerika- Iraq yang berkuatkuasa sebelum beliau menjadi presiden.<\/p>\n<p>Encik Obama berkata jumlah askar Amerika di Iraq menjelang bulan depan akan dikurangkan kepada 50,000 orang, iaitu 90,000 orang lebih rendah daripada jumlah sebelum beliau mengambil alih jawatan.<\/p>\n<p>Namun askar yang masih tinggal bagi 16 bulan lagi sebelum pengunduran sepenuhnya akhir tahun depan masih menghadapi misi sukar.<\/p>\n<p>Mereka akan menjadi pelatih dan penasihat pasukan keselamatan Iraq, mengendali penarikan bekalan dan peralatan keluar dari Iraq, selain menjalankan operasi antipengganasan.<\/p>\n<p>Mereka mungkin terlibat dalam pertempuran atau diminta membantu operasi oleh panglima Iraq.<\/p>\n<p>&#8216;Ini tugas berbahaya. Di sana masih ada orang mempunyai peluru dan bom yang cuba menghalang kemajuan Iraq,&#8217; kata Encik Obama.<\/p>\n<p>&#8216;Hakikatnya, pengorbanan warga Amerika di Iraq belum selesai,&#8217; tambah beliau semasa berucap di konvensyen Veteran Cacat Amerika.<\/p>\n<p>&#8216;Komitmen kita terhadap Iraq sudah berubah daripada tugas ketenteraan kepada tugas awam oleh para diplomat kita,&#8217; ujar beliau.<\/p>\n<p>Namun dalam ucapannya Encik Obama tidak menyentuh hakikat sebenar apa yang berlaku di Iraq.<\/p>\n<p>Para pemimpin Iraq masih gagal membentuk sebuah pemerintah baru hampir lima bulan selepas pilihan raya parlimen Mac lalu, yang berakhir tanpa pemenang jelas.<\/p>\n<p>Isnin lalu dua serangan bom dan tembak lari menyebabkan lapan orang terkorban.<\/p>\n<p>Semalam, militan Al- Qaeda menembak mati lima pegawai polis di satu pemeriksaan jalan di Baghdad. &#8212; AP, AFP.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>WASHINGTON: Presiden Barack Obama, mengalualukan kelmarin tamatnya misi tempur tentera Amerika Syarikat di Iraq hujung bulan ini &#8216;seperti yang dijanji dan dijadual&#8217;. Beliau menyifatkan hal itu sebagai satu kejayaan, walaupun ada kesangsian tentang keupayaan Iraq mentadbir dan mengawal keselamatan memandang sebuah pemerintah baru masih belum wujud selepas pilihan raya Mac lalu. Encik Obama berkata misi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3138"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3138"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3138\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3138"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3138"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3138"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}