{"id":31164,"date":"2015-03-10T11:24:53","date_gmt":"2015-03-10T03:24:53","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=31164"},"modified":"2015-03-10T12:35:26","modified_gmt":"2015-03-10T04:35:26","slug":"yang-duk-geger-seolah-olah-presiden-pas-dah-berganti-tu-bak-po","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/yang-duk-geger-seolah-olah-presiden-pas-dah-berganti-tu-bak-po\/","title":{"rendered":"Yang &#8216;Duk Geger&#8217; Seolah-olah Presiden PAS Dah Berganti Tu Bak Po?"},"content":{"rendered":"<p>Oleh: Dr Azman Ibrahim<\/p>\n<p>PAS Kawasan Kota Bharu agak dekat di hati saya. Di samping saya menetap di Kota Bharu, sahabat-sahabat yang menggerakkan PAS Kota Bharu sebahagian mereka adalah sahabat rapat saya. Nama-nama seperti Ustaz Nor Azariza, Ketua Pemuda PAS Kota Bharu, Dr Ramli Mamat, ADUN Bunut Payong, Aidi Hassan, Setiausaha PAS Kota Bharu adalah sebahagian sahabat-sahabat yang bersama disaat suka dan duka dalam perjuangan. Orang Kelantan sebut, serupo adik-beradik. Saya juga pernah beberapa kali hadir bagi mengisi program anjuran PAS Kota Bharu. Antara yang masih saya ingati ialah Tamrin Qiadhi PAS Kawasan Kota Bharu di Danau Tok Uban Pasir Mas di mana saya telah bentangkan kertas kerja bertajuk \u2018Pengorbanan dan Ketaatan.\u2019 Lebih tepatnya saya hadir mengisi program untuk saya belajar sesuatu dari mereka.<\/p>\n<p>Sebagai sebuah kawasan yang kuat kalau nak dibandingkan dengan Setiu  dan beberapa kali mencapai kemenangan dengan rekod bersih berserta majoriti besar di semua DUN dan Parlimen dalam PRU, saya banyak belajar kaedah-kaedah gerak kerja parti dari sahabat-sahabat Kota Bharu. Bolehlah saya istilahkan, Kota Bharu adalah kawasan hitam pekat bagi Umno dan Barisan Nasional. Orang Terengganu sebut, \u2018gelap gambor\u2019 Umno nak menang sini.<\/p>\n<p>Sehari dua ini, mungkin PAS Kota Bharu akan jadi glamour seantero Malaysia. Rekodnya, PAS Kawasan Kota Bharu adalah kawasan yang pertama sekali mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan dan yang pertama sekali mengemukakan pencalonan untuk jawatan-jawatan di peringkat PAS Pusat. Tentunya pencalonan bagi jawatan Presiden mengamit tumpuan utama. <\/p>\n<p>Isu sebenarnya biasa-biasa saja. Tak ada apa pun yang pelik atau luar biasa. Wartawan yang dijemput untuk menghadiri sidang media selepas mesyuarat pertama Jawatankuasa PAS Kota Bharu semalam, bagi saya juga biasa-biasa saja. Pelik apa setakat panggil wartawan. Kalau ada PAS cawangan yang nak panggil wartawan untuk buat sidang media selepas mesyuarat mereka, silakan. Kita buat sidang media, bermakna kita nak maklum kepada dunia apa yang telah kita putuskan. Bila kita buat makluman, orang lain juga berhak untuk memberikan komentar termasuklah saya.<\/p>\n<p>PAS Kota Bharu tak ada buat apa-apa tindakan yang melanggar perlembagaan dan menyalahi disiplin. Mereka nak calonkan nama lain sebagai Presiden PAS bagi mengantikan Tuan Guru Presiden sebagai penyandang, itu hak mereka. Perlembagaan PAS membenarkannya.<\/p>\n<p>Ianya baru setakat pencalonan. Ramai yang suka sangat buat spekulasi dan buat bising tak tentu hala. Gambarannya macam seolah-olah Presiden PAS sudah bertukar tangan!<\/p>\n<p>Untuk mencukupi syarat seseorang calon bagi bertanding apa-apa jawatan di peringkat PAS Pusat, pencalonan minima dari 2 kawasan mesti diperolehi. Sekarang baru hanya satu kawasan. Who\u2019s next? Apabila cukup minima pencalonan dari 2 kawasan, Jawatankuasa Pemilih PAS akan mengeluarkan surat tawaran bertanding kepada calon-calon yang berkenaan. Sekiranya diterima, nama calon tersebut akan dimasukkan ke dalam kertas undi. Perwakilan yang hadir ke Muktamar Tahunan PAS nanti akan mengundi bagi menentukan siapa yang akan terpilih menduduki saf kepimpinan PAS untuk 2 tahun yang berikutnya. <\/p>\n<p>Itulah gambaran ringkas bagaimana proses pemilihan berjalan. Yang duduk geger seolah-olah  Presiden PAS dah berganti tu kenapa? PAS Kota Bharu mungkin ingin mencipta gema. Bagi saya ianya bukan gema. Ia sekadar suatu keputusan biasa dari mesyuarat Jawatankuasa PAS kawasan. <\/p>\n<p>Saya juga sangat tidak berminat untuk membuat spekulasi bahawa akan ada lagi kawasan-kawasan lain yang mengikut jejak Kota Bharu. Juga saya tak berminat untuk membuat spekulasi samada Dato Tuan Ibrahim Tuan Man akan menerima atau menolak pencalonan kerana sebenarnya pencalonan dari Kota Bharu sahaja belum pun lagi mencukupi syarat untuk Dato Tuan Ibrahim menjadi calon Presiden. Nak tarik diri atau terima macam mana, syaratnya pun belum cukup! Kalau tak ada kawasan lain yang mencalonkan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Presiden, maka pencalonan dari PAS Kota Bharu akan terbatal dengan sendirinya.<\/p>\n<p>Saya cuba untuk selalu berfikir, mengolah dan menulis berdasarkan fakta. Paling penting saya inginkan setiap baris tinta mampu menjernihkan keadaan\u2026<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Dr Azman Ibrahim PAS Kawasan Kota Bharu agak dekat di hati saya. Di samping saya menetap di Kota Bharu, sahabat-sahabat yang menggerakkan PAS Kota Bharu sebahagian mereka adalah sahabat rapat saya. Nama-nama seperti Ustaz Nor Azariza, Ketua Pemuda PAS Kota Bharu, Dr Ramli Mamat, ADUN Bunut Payong, Aidi Hassan, Setiausaha PAS Kota Bharu adalah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":31165,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":{"id":31165,"alt_text":"","caption":"","description":"KOTA BHARU 09 March 2015. Yang Dipertua Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kota Bharu, Datuk Abdul Rahim Wan Abdullah ( kanan ) pada Sidang Media selepas bermesyuarat bersama ahli jawatankuasanya mengenai pengumuman calon presiden PAS di pejabatnya di Kota Bharu. NSTP\/Syamsi Suhaimi","media_type":"image","media_details":{"width":521,"height":323,"file":"2015\/03\/Wan_Rahim_Wan_Abdullahag.transformed.jpg","filesize":53156,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"NSTP","camera":"","caption":"KOTA BHARU 09 March 2015. Yang Dipertua Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kota Bharu, Datuk Abdul Rahim Wan Abdullah ( kanan ) pada Sidang Media selepas bermesyuarat bersama ahli jawatankuasanya mengenai pengumuman calon presiden PAS di pejabatnya di Kota Bharu. NSTP\/Syamsi Suhaimi","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"ABDUL RAHIM \/ SIDANG MEDIA CALON PRESIDEN PAS","orientation":"1","keywords":[]}},"post":31164,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/03\/Wan_Rahim_Wan_Abdullahag.transformed.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31164"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=31164"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31164\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/31165"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=31164"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=31164"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=31164"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}