{"id":3068,"date":"2010-07-28T19:44:10","date_gmt":"2010-07-28T11:44:10","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/07\/nazir-lebih-tahu-mengapa-fdi-penting-untuk-najib\/"},"modified":"2010-07-28T19:44:10","modified_gmt":"2010-07-28T11:44:10","slug":"nazir-lebih-tahu-mengapa-fdi-penting-untuk-najib","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/nazir-lebih-tahu-mengapa-fdi-penting-untuk-najib\/","title":{"rendered":"Nazir lebih tahu mengapa FDI penting untuk Najib."},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/07\/drdzul.gif\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/images\/stories\/berita30\/drdzul.gif\" style=\"float: right;\" \/>Saya ditanya oleh pihak media mengapalah Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Investment, FDI) begitu penting sangat untuk Malaysia dalam situasi kini, sejurus selepas penglibatan saya dalam Forum Ekonomi Negeri Selangor sempena Majlis Dialog Bajet 2011.\u00a0 Saya cuba rumuskan di sini jawapan tersebut untuk pengetahuan umum.<\/p>\n<p>Benar, mengikut Laporan Pelaburan Dunia (WIR, 2009), yang diterbitkan baru baru ini oleh Perdagangan dan Pelaburan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCTAD) telah mengesahkan bahawa pelaburan asing langsung (FDI) Malaysia merosot 81% kepada US$1.38 bilion (RM4.43 bilion) pada 2009 daripada US$7.32 bilion (RM23.47 bilion) pada 2008.<\/p>\n<p>Meskipun negara-negara ASEAN juga mengalami penurunan kemasukan FDI, ternyata tidaklah separah Malaysia.\u00a0 Thailand mendapat pelaburan sebanyak US$4.44 atau RM14.24 bilion sementara Indonesia sebanyak US$2.60 billion atau RM8.32 billion sekaligus meletakkan Malaysia, antara negara tercorot sebagai negara pilihan pelaburan pelabur asing langsung bersama dengan Cambodia, Brunei dan Timor-Leste.\u00a0 Vietnam juga mendahului kita sekarang ini.\u00a0 Keadaan menjadi lebih buruk lagi tatkala diperhatikan bahawa bukan sahaja kemasukan FDI menjunam, pengaliran keluar dana tempatan adalah juga yang terbesar berbanding semua negara ASEAN sebanyak RM25.77 bilion.<\/p>\n<p>Apakah makna semua ini?\u00a0 Mengapa FDI faktor penting dalam ekonomi negara?<\/p>\n<p>Jawapannya mudah.\u00a0 Ketika negara tidak mampu lagi melakukan perbelanjaan besar (G-factor, termasuk mengepam ekonomi atau pump-priming) kerana telah terbeban dengan hutang awam (kerajaan) sehingga ke paras 52.6% dari KDNK (RM362 bilion), maka pertumbuhan negara mesti dipacu oleh pelaburan pihak swasta.<\/p>\n<p>Pihak pelaburan swasta ada dua komponen.\u00a0 Satu pelaburan tempatan dan kedua pihak luar.\u00a0 Kini apa yang kita tahu ialah bukan sahaja dari luar kurang masuk (FDI) dari dalam pun banyak yang keluar.\u00a0 Antara lain ini bermaksud, keyakinan terhadap negara sebagai destinasi pelaburan yang baik, belum pulih.<\/p>\n<p>Apabila ini berlaku ia membawa dua kesan besar.\u00a0 Satu, kesan pada pertumbuhan.\u00a0 Kerana kekurangan dana untuk memacu kegiatan ekonomi dan pelaburan dalam pelbagai bidang khsususnya pembuatan dan perkhidmatan, maka pertumbuhan 6% yang disasar tidak akan dapat dipacu.\u00a0 Keadaan akan menjadi lebih buruk apabila permintaan global dan serantau merosot kerana akan menjejaskan faktor Ekspot dalam KDNK.<\/p>\n<p>Lebih parah lagi kalau sentimen pengguna juga turut terjejas.\u00a0 Terkini laporan MIER (Malaysian Institute of Economic Reserach) turut menunjukkan bahawa indeks sentimen pengguna merosot.\u00a0 Faktor Penggunaan (Consumption) akan turut memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan.\u00a0 Penarikan subsidi terkini bahkan pengenalan GST nanti, tentunya akan memburukkan faktor Perbelanjaan khususnya ketika tercetusnya inflasi.<\/p>\n<p>Apabila sasaran 6% pertumbuhan gagal dicapai, ini meninggalkan kesan lansung secara negatif kepada usaha untuk menjana pendapatan per kapita yang tinggi seperti yang diharapkan PM.\u00a0 Situasi ini jelas adalah tidak selesa sama-sekali untuk Najib bahkan ini mencemaskan dan berpotensi menyebabkan kesemua &#8220;target-makro&#8221; dalam RMK-10 tersasar.<\/p>\n<p>Oleh kerana Malaysia adalah sebuah model ekonomi terbuka yang kecil (KDNK sebanyak RM700 bilion) serta bergantung kepada kegiatan eksport maka menghasilkan barangan eksport yang bernilai-tambah tinggi adalah penting untuk mengekalkan dayasaing negara.<\/p>\n<p>Lain kiranya kalau kita mampu memacu pertumbuhan secara permintaan dan dana domestik seperti negara negara Scandinavia yang punya ekonomi kecil seperti Denmark, Norway atau Sweden yang mampu memacu pertumbuhan ekonomi dengan permintaan domestik.<\/p>\n<p>Untuk memenuhi matlamat pertumbuhan negara, dana untuk pelaburan adalah cukup kritikal.\u00a0 Dana itu datang dari luar (FDI) atau dari pelabur tempatan.\u00a0 Kedua-dua ini mengikut laporan UNCTAD ini jelas merosot.<\/p>\n<p>Itulah sebabnya pimpinan Najib dan BN mesti melihat apakah faktor-faktor yang menyebabkan situasi ini berlaku ataukah kita akan kekal dalam penafian seperti yang ditanggapi umum oleh kenyataan adik Najib, Nazir Razak (gambar kanan), boss atau CEO CIMB itu, sebuah Investment Bank yang terulung di negara ini yang banyak mendapat habuan besar dari kegiatan kewangan korporat seperti M&amp;A, IPO, terbitan Bon dan Sukuk dsbnya.<\/p>\n<p>Sementara saya memahami apa yang beliau maksudkan dengan &#8220;quality investment&#8221; dan &#8220;timing&#8221;-nya, namun komentarnya itu tidak dapat menyangkal bahawa Malaysia, sebagai destinasi pelaburan, sudah tidak lagi berada dalam &#8220;radar utama pelabur&#8221; asing dan juga tempatan.<\/p>\n<p>Ada dua bentuk pelaburan asing; satu FDI dan kedua pelaburan &#8220;Portfolio&#8221; dalam Bursa Malaysia.\u00a0 Kedua-dua penting.\u00a0 Yang lebih penting ialah FDI melalui Syarikat Multi-Nasional (MNCs) kerana ianya bersifat jangka-jauh dan terkadang kali membawa perpindahan teknologi disamping menjana pekerjaan.<\/p>\n<p>Namun portfolio atau &#8220;hot-money&#8221; juga penting dalam Pasaran Saham.\u00a0 Ia berperanan mengagihkan dana untuk syarikat-syarikat tersenarai (PLCs) untuk membuat pengembangan bisnes dan juga R&amp;D&amp;C dengan suntikan dana yang dilabur oleh pengurus-pengurus dana.\u00a0 Malangnya aliran masuk dana ke dalam Pasaran Saham juga muram dan akhirnya pelabur institusi tempatan juga yang melabur seperti KWSP, Tabung Haji, KWAP, LTAT dsbnya.<\/p>\n<p>Tidak dapat dielakkan komentar Nazir semacam mahu membela abangnya. Ia agak tampak tak kena atau misplaced, dengan izin.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/drdzul.wordpress.com\/\"><strong>Dr. Dzulkefly Ahmad<\/strong><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya ditanya oleh pihak media mengapalah Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Investment, FDI) begitu penting sangat untuk Malaysia dalam situasi kini, sejurus selepas penglibatan saya dalam Forum Ekonomi Negeri Selangor sempena Majlis Dialog Bajet 2011.\u00a0 Saya cuba rumuskan di sini jawapan tersebut untuk pengetahuan umum. Benar, mengikut Laporan Pelaburan Dunia (WIR, 2009), yang diterbitkan baru [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3068"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3068"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3068\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3068"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3068"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3068"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}