{"id":3053,"date":"2010-07-27T18:22:56","date_gmt":"2010-07-27T10:22:56","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/07\/benarkan-guru-berpolitik-bn-menagih-sokongan-guru\/"},"modified":"2010-07-27T18:22:56","modified_gmt":"2010-07-27T10:22:56","slug":"benarkan-guru-berpolitik-bn-menagih-sokongan-guru","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/benarkan-guru-berpolitik-bn-menagih-sokongan-guru\/","title":{"rendered":"Benarkan Guru Berpolitik; BN Menagih Sokongan Guru"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/07\/ksn.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/images\/stories\/berita30\/ksn.jpg\" style=\"float: left;\" \/><strong>KUALA LUMPUR<\/strong>, 27 Julai \u2014 Penganalisis-penganalisis politik melihat keputusan terbaru kerajaan membenarkan guru \u2014 antaranya guru besar dan pengetua \u2014 terlibat aktif dalam politik hanya semata-mata untuk mendapatkan semula sokongan golongan tersebut dan juga masyarakat menjelang pilihanraya umum ke-13.<\/p>\n<p>Ini kerana menurut beberapa penganalisis, guru mempunyai pengaruh besar, jadi penglibatan mereka dalam politik boleh digunakan untuk mempengaruhi masyarakat terutamanya ketika pilihan raya umum akan datang.<\/p>\n<p>Pensyarah kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, tindakan kerajaan membenarkan guru aktif berpolitik mungkin kerana ingin mendapatkan semula sokongan yang terhakis saban tahun.<\/p>\n<p>\u201cSaya lihat keputusan itu ada kaitan dengan pilihan raya umum kerana apabila guru aktif berpolitik mereka boleh memainkan peranan untuk mempengaruhi masyarakat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>\u201cBoleh dikatakan kerajaan (mahu) menggunakan pengaruh guru untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat.<\/p>\n<p>\u201cIni kerana bagi saya guru mempunyai pengaruh yang besar memandangkan mereka adalah pemimpin dalam sekolah, jadi apabila terlibat dalam politik ia boleh mempengaruhi masyarakat,\u201d kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.<\/p>\n<p>Dengan adanya pengaruh guru ini, jelas beliau, secara tidak langsung generasi muda akan mengikut mendokong sama perjuangan guru.<\/p>\n<p>\u201cSebelum ini pun guru merupakan pejuang asal cuma pada tahun 1990 golongan ini diketepikan selepas golongan korporat terlibat dalan Umno,\u201d ujar beliau.<\/p>\n<p>Pun begitu katanya, apabila kerajaan membenarkan semula guru terlibat dalam politik saya melihat ia satu perkara yang bagus memandangkan selama ini guru memang mendokong perjuangan kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cApabila guru terlibat dalam politik sama ada menyokong kerajaan ataupun pembangkang kerajaan, masyarakat akan melihat perkara ini dan ia boleh mempengaruhi mereka nanti,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan (Gambar) hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.<\/p>\n<p>\u201cMasanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik,\u201d kata beliau hari ini.<\/p>\n<p>Pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman juga berkata, penglibatan guru dalam politik boleh memainkan peranan dalam mempengaruhi masyarakat.<\/p>\n<p>\u201cPengaruh guru ini besar, jadi bila dibenarkan semula terlibat dalam politik ia boleh mempengarui masyarakat tempatan.<\/p>\n<p>Langkah benar guru siswazah aktif berpolitik agenda BN hadapi PRU-13?<\/p>\n<p>\u201cApabila kita benarkan guru bercakap di kampung mereka boleh mempengaruhi masyarakat, jadi bagi saya guru mempunyai pengaruh yang amat besar.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun saya tidak tahu apa agenda sebenarnya kerajaan membenarkan guru aktif berpolitik semula tapi ia merupakan satu langkah yang bagus,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Selain itu, Nidzamuddin berkata kerajaan juga perlu membenarkan kakitangan kerajaan lain untuk sama-sama aktif dalam politik memandangkan mereka juga sebahagian daripada anggota perkhidmatan awam.<\/p>\n<p>\u201cJadi timbul persoalan, mengapa mesti guru sahaja? Adakah guru lebih layak?<\/p>\n<p>\u201cPerlu ada satu penjelasan akan perkara ini oleh pihak kerajaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata guru yang ingin terlibat secara aktif perlu mengimbangi soal politik dan juga kerja.<\/p>\n<p>\u201cSecara dekat kita lihat guru ini mempunyai kecenderungan yang berbeza, ada yang sokong kerajaan dan ada pembangkang.<\/p>\n<p>\u201cJadi adakah guru boleh membezakan soal politik dan kerja? Kita tidak mahu melihat hanya kerana berbeza politik guru berselisih pendapat, bergaduh dan sebagainya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu pensyarah kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugam Pandian berkata, keputusan itu dibuat mungkin disebabkan peredaran masa yang memerlukan penglibatan guru dalam politik.<\/p>\n<p>\u201cPenglibatan guru akan membolehkan peningkatan sosial, malah ia selari dengan peredaran suasana politik sekarang.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak melihat ia ada kaitan dengan pilihan raya umum kerana ia lebih kepada keperluan pemimpin dari kalangan guru.<\/p>\n<p>\u201cIni barangkali guru boleh memainkan peranan sebagai pemimpin sebuah parti politik sama ada kerajaan ataupun pembangkang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bagaimanapun beliau menyarankan agar guru yang terlibat dalam politik perlu tahu membezakan antara politik dan juga pekerjaan.<\/p>\n<p>\u201cIni kerana apabila guru terlibat dalam politik ada positif dan negatif. Yang positifnya guru boleh memainkan peranan besar dalam parti politik.<\/p>\n<p>\u201cSementara itu, yang negatifnya pula jika guru tidak dapat membezakan antara politik dan kerja ia akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat.<\/p>\n<p>\u201cJadi bila terlibat dalam politik, setiap guru perlu mengimbangi antara soal politik dan kerja. Jangan sesekali mencampurkannya kerana nanti yang akan menerima kesan adalah sekolah dan juga masyarakat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Justeru Sivamurugam mencadangkan agar ada satu badan pemantauan untuk memantau pergerakan guru yang terlibat dalam politik.<\/p>\n<p>\u201cPengaruh guru ini amat besar dan ia boleh mempengaruhi anak-anak, pelajar, rakan sebaya dan juga sekolah.<\/p>\n<p>\u201cJadi kalau tidak ada pemantauan bimbang guru akan menjadikan sekolah sebagai tempat berpolitik dan kita tidak mahu kejadian guru bergaduh sesama sendiri hanya kerana mempunyai idealogi politik berbeza,\u201d katanya.-MalaysianInsider<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 27 Julai \u2014 Penganalisis-penganalisis politik melihat keputusan terbaru kerajaan membenarkan guru \u2014 antaranya guru besar dan pengetua \u2014 terlibat aktif dalam politik hanya semata-mata untuk mendapatkan semula sokongan golongan tersebut dan juga masyarakat menjelang pilihanraya umum ke-13. Ini kerana menurut beberapa penganalisis, guru mempunyai pengaruh besar, jadi penglibatan mereka dalam politik boleh digunakan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3053"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3053"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3053\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3053"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3053"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3053"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}