{"id":30335,"date":"2015-02-09T13:35:53","date_gmt":"2015-02-09T05:35:53","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=30335"},"modified":"2015-02-09T13:38:03","modified_gmt":"2015-02-09T05:38:03","slug":"saya-bukan-bergelar-ustaz-dan-saya-bukan-seorang-liberal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/saya-bukan-bergelar-ustaz-dan-saya-bukan-seorang-liberal\/","title":{"rendered":"Saya bukan bergelar Ustaz dan saya bukan seorang liberal!"},"content":{"rendered":"<p>Oleh : SMN<\/p>\n<p>Tidak ada konsep atau pun pegangan liberal dalam Islam, tapi yang ada adalah \u2018bertolak ansur\u2019 dan \u2018berlapang dada\u2019.<\/p>\n<p>Justeru dalam PAS, sebuah parti yang memperjuangkan Islam, tidak ada ahlinya yang berfahaman liberal, melainkan Islam semuanya.<\/p>\n<p>Ada pihak yang mempunyai maksud tertentu, sekian lama cuba mengaburkan pandangan dan mengendurkan pegangan ahli-ahli PAS daripada sikap tolak ansur dan \u2018berlapang dada\u2019 yang menjadi amalan Islam.<\/p>\n<p>Mereka menggantikan dalam \u2018konotasi\u2019 mereka, menggelar ahli-ahli PAS bahkan orang-orang yang berpegang kuat dengan Islam, sebagai ekstrimis dan fanatik.<\/p>\n<p>Sedang dalam Islam tidak ada kedua-dua \u2018lebel\u2019 itu, tetapi yang ada adalah wala\u2019 dan \u2018thiqah\u2019.<\/p>\n<p>Samada golongan yang sering menerbitkan sensasi di ruang maya atau didada \u2018koran\u2019 bercetak, tidak mahu faham atau pun bebal, saya nyatakan sejelas-jelasnya, Islam itu Islam dan demokrasi itu dari cabang pemikiran diluar Islam.<\/p>\n<p>Tetapi mungkin ada nilai-nilai persamaan yang boleh dijalinkan antara Islam dan demokrasi, lalu para ulamak menerima pakai sistem demokrasi, bukan \u2018beriman\u2019 dengannya.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/02\/Screenshot-680.png\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-30337 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/02\/Screenshot-680-300x296.png\" alt=\"Screenshot (680)\" width=\"300\" height=\"296\" \/><\/a>Justeru, apa jua perbahasannya, tidak ada yang dipanggil \u2018Demokrat Muslim\u2019 kerana seseorang Islam itu mestilah menyerahkan diri sebulatnya dan mengambil seluruh sistem Islam itu dalam hidupnya.<\/p>\n<p>Oleh itu lupakan segala macam tohmahan dan fitnah serta percubaan untuk menggilap suhu nafsu diri sendiri dan menerima adu domba yang mengatakan ada kumpulan yang digelar \u2018erdogan\u2019 dalam PAS.<\/p>\n<p>Tidak ada juga kumpulan yang \u2018progresif\u2019dan \u2018agresif\u2019 di kalangan ahli-ahli PAS.<\/p>\n<p>Semua ahli PAS adalah progresif dan semua ahli PAS adalah agresif dalam menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran.<\/p>\n<p>Itu adalah tonggak terkandung dalam Islam yang dijadikan satu dasar dalam perlembagaan PAS sendiri.<\/p>\n<p>Dalam semua organisasi, apa sahaja bentuknya, samada kerajaan atau bukan kerajaan, parti politik atau \u2018parti tupperware\u2019, menjadi kemestian kepada ahli-ahlinya patuh dan taat kepada ketua.<\/p>\n<p>Ketua kepada parti PAS adalah Presidennya sekarang ini Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.<\/p>\n<p>Itu adalah sangat \u2018basic\u2019 yang mudah difahami oleh semua orang, semenjak menjejakkan kaki ke darjah satu di sekolah rendah pun, kita semua perlu taat kepada ketua kelas.<\/p>\n<p>Namun teguran boleh sangat dan amat diperlukan untuk menyokong sesebuah kepimpinan itu, bagi membina organisasi mencapai matlamat yang lebih tinggi.<\/p>\n<p>Arus media baru yang \u2018sedikit senget\u2019 meniupkan pemikiran bahawa yang menyokong Presiden PAS tidak progresif dan tidak \u2018erdogan\u2019.<\/p>\n<p>Bahkan \u2018poratal-portal berita\u2019 itu kononnya menjulang mereka yang bukan Ustaz yang dianggap sebagai liberal dan progresif.<\/p>\n<p>Saya adalah ahli PAS, seorang wartawan dan bukan Ustaz, tapi saya adalah muslim bukan konservatif dan bukan liberal!<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : SMN Tidak ada konsep atau pun pegangan liberal dalam Islam, tapi yang ada adalah \u2018bertolak ansur\u2019 dan \u2018berlapang dada\u2019. Justeru dalam PAS, sebuah parti yang memperjuangkan Islam, tidak ada ahlinya yang berfahaman liberal, melainkan Islam semuanya. Ada pihak yang mempunyai maksud tertentu, sekian lama cuba mengaburkan pandangan dan mengendurkan pegangan ahli-ahli PAS daripada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":30336,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":{"id":30336,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":657,"height":459,"file":"2015\/02\/Screenshot-679.png","filesize":427605,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":30335,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/02\/Screenshot-679.png"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30335"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30335"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30335\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/30336"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30335"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30335"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30335"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}