{"id":3020,"date":"2010-07-25T01:33:01","date_gmt":"2010-07-24T17:33:01","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/07\/hutan-sokor-lubuk-emas-kelantan\/"},"modified":"2010-07-25T01:33:01","modified_gmt":"2010-07-24T17:33:01","slug":"hutan-sokor-lubuk-emas-kelantan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/hutan-sokor-lubuk-emas-kelantan\/","title":{"rendered":"Hutan Sokor &#8216;lubuk&#8217; emas Kelantan"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/07\/tgnikazizemas.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/images\/stories\/berita29\/tgnikazizemas.jpg\" style=\"float: right;\" \/>Perjalanan masuk ke dalam kawasan Hutan Sokor dekat sini agak  memeritkan, terpaksa mendaki dan menuruni bukti, melintasi dua batang  anak sungai tetapi sebelum ini tiada siapa yang tahu di dalamnya  terdapat sebuah kilang memproses jongkong emas.<\/p>\n<p>Bagi rakyat Kelantan khususnya golongan yang berusia, kebanyakan  mengetahui bahawa perut bumi belantara tersebut tersimpan sumber alam  yang tinggi nilainya bahkan ia dikatakan antara gred yang terbaik di  negara ini.<\/p>\n<p>Usaha untuk mengeluarkan emas terutama jenis aluvial di kawasan Hutan  Sokor dikatakan bermula sejak 400 tahun lalu, malah ia turut melibatkan  pedagang-pedagang dari China.<\/p>\n<p>Dan hari ini, kerjasama di antara Kelantan dan China untuk melombong  emas kembali bertaut malah usaha tersebut meningkat setapak lagi dengan  turut terbinanya sebuah kilang memproses jongkong emas di tengah-tengah  hutan itu.<\/p>\n<p>Pun begitu, usaha tersebut bukanlah senang kerana, selepas enam tahun  bertapak di kawasan tersebut, CNMC Goldmine Limited dengan kerjasama  kerajaan negeri dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK),  maka jongkong emas pertama bernilai RM400,000 seberat 2.975 kilogram  barulah dapat dihasilkan.<span style=\"font-size: xx-small;\"> <\/p>\n<p>(Gambar kanan &#8211; Tok Guru <\/span><span><span style=\"font-size: xx-small;\">Nik  Abdul Aziz Nik Mat melihat jongkong emas pertama  yang dihasilkan ketika melawat kilang memproses emas di Hutan Sokor,  Tanah Merah, kelmarin)<\/span><\/span><\/p>\n<p>CNMC merupakan sebuah syarikat perlombongan emas yang berpangkalan di  China dan turut mempunyai perniagaan di Singapura serta Hong Kong.<\/p>\n<p>Malah, sebaik sahaja jongkong itu siap dan dipamerkan kepada orang  ramai untuk seketika, ia terus dijual kepada peniaga emas mentah yang  berdaftar dengan kerajaan.<\/p>\n<p>Majlis bersejarah itu disaksikan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul  Aziz Nik Mat; Ketua Pegawai Eksekutif PKINK, Mohd. Sabri Abdullah dan  Pengerusi Eksekutif CNMC, Profesor Lin Xiang Xiong.<\/p>\n<p>Xiang Xiong berkata, pihaknya telah memulakan operasi untuk mencari  dan melombong emas di kawasan seluas 975 hektar itu sejak enam tahun  lalu.<\/p>\n<p>&#8220;Negeri ini telah mengeluarkan emas sejak berpuluh tahun lalu tetapi  ini kali pertama emas tersebut diproses dalam bentuk jongkong untuk  dipasarkan.<\/p>\n<p>&#8220;Kawasan ini telah dipajak daripada kerajaan negeri dan kita perlu  membayar royalti sebanyak lima peratus kepada kerajaan negeri dan tiga  peratus kepada PKINK untuk setiap pengeluaran,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian  lombong dan kilang memproses emas CNMC di Sokor dekat sini semalam.<\/p>\n<p>Majlis perasmian kilang itu disempurnakan sendiri oleh Nik Abdul Aziz.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Xiang Xiong berkata, syarikat tersebut menyasarkan  pengeluaran 300 sehingga 500 kilogram emas setahun dari lombong di  kawasan terbabit berdasarkan potensinya.<\/p>\n<p>Katanya lagi, pihaknya telah membuat kajian di kawasan berkenaan  selama tiga tahun dan membuat pelaburan yang agak besar sebelum  mengeluarkan hasil seperti mana yang ada pada hari ini.<\/p>\n<p>&#8220;Sebelum ini rata-rata pelombong atau orang persendirian hanya  mencari emas jenis aluvial atau daripada pasir tetapi hari ini kita  menggunakan teknologi yang berbeza kerana percaya di perut bumi Sokor  mempunyai simpanan hasil bumi ini yang banyak.<\/p>\n<p>&#8220;Kita berharap akan menemui lebih banyak emas selepas ini dan ia akan  digunakan sebaik mungkin untuk membantu rakyat negeri ini,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Mohd. Sabri berkata, pihaknya telah dilantik oleh  kerajaan negeri untuk menguruskan kawasan tersebut bersama CNMC.<\/p>\n<p>&#8220;Kita yakin dengan usaha yang dijalankan syarikat ini untuk  mengeluarkan dan memproses hasil bumi ini untuk dimanfaatkan oleh semua  rakyat.<\/p>\n<p>&#8220;Bagi memastikan pengeluarannya berjalan lancar, kita akan  menempatkan pegawai di kilang ini untuk memantau setiap keluaran dan  jumlahnya,&#8221; katanya.-UtusanTimurOnline<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perjalanan masuk ke dalam kawasan Hutan Sokor dekat sini agak memeritkan, terpaksa mendaki dan menuruni bukti, melintasi dua batang anak sungai tetapi sebelum ini tiada siapa yang tahu di dalamnya terdapat sebuah kilang memproses jongkong emas. Bagi rakyat Kelantan khususnya golongan yang berusia, kebanyakan mengetahui bahawa perut bumi belantara tersebut tersimpan sumber alam yang tinggi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3020"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3020"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3020\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3020"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3020"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3020"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}