{"id":29984,"date":"2015-01-28T20:00:50","date_gmt":"2015-01-28T12:00:50","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=29984"},"modified":"2015-01-28T20:24:23","modified_gmt":"2015-01-28T12:24:23","slug":"lim-guan-eng-celupar-pembohong","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/lim-guan-eng-celupar-pembohong\/","title":{"rendered":"Lim Guan Eng Celupar, Pembohong"},"content":{"rendered":"<p>Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyifatkan Lim Guan Eng bermulut celupar dan berbohong tentang isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dan mencabar Setiausaha Agung DAP itu untuk bersemuka bagi menyelesaikan isu berkenaan.<\/p>\n<p>&#8220;Saya tidak pernah berbincang dengan Guan Eng atau dihubungi berkait dengan isu enakmen pilihan raya PBT sebelum enakmen itu dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 2012.<\/p>\n<p>&#8220;Tapi saya mengaku selepas beberapa hari enakmen itu diluluskan, beliau ada hubungi saya melalui telefon,&#8221; katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, pada Rabu 28 Januari.<\/p>\n<p>Datuk Mustafa berkata demikian bagi menepis tuduhan Lim bahawa beliau dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak bercakap benar apabila menyatakan mereka tidak dimaklumkan mengenai enakmen pilihan raya PBT yang diluluskan kerajaan Pulau Pinang.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/01\/IMG-20150128-WA0031-2.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-29974 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/01\/IMG-20150128-WA0031-2-300x176.jpg\" alt=\"IMG-20150128-WA0031 (2)\" width=\"300\" height=\"176\" \/><\/a>&#8220;Saya nak jelaskan di sini&#8230;pertamanya perkataan-perkataan yang digunakan oleh Guan Eng bukan sahaja tidak tepat dan tidak betul tapi menggambarkan manusia yang celupar mulutnya.<\/p>\n<p>&#8220;Malah di Pulau Pinang sendiri saya difahamkan tidak ada perbincangan dengan PAS. Guan Eng jangan cakap bohong,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Bantahan PAS terhadap tindakan DAP itu menjadi isu nasional, apabila Ustaz Abdul Hadi pada Jumaat lalu dalam kenyataannya berkata, pilihan raya PBT yang diperjuangkan parti itu akan hanya mencetuskan suasana tidak stabil dan melebarkan jurang antara masyarakat.<\/p>\n<p>Dalam sidang media yang sama, Datuk Mustafa sebaliknya mendedahkan taktik sebenar DAP untuk memujuk PAS supaya bersetuju dengan mereka dalam isu pilihan raya PBT.<\/p>\n<p>Datuk Mustafa berkata, Lim menelefonnya hanya selepas enakmen berkenaan diluluskan dan meminta supaya beliau memberi &#8216;kenyataan positif&#8217; jika ditanya pihak media.<\/p>\n<p>&#8220;Beliau hubungi saya dan minta saya tolong tengok kenyataan-kenyataan ini (pelbagai komen negatif). Beliau harap kalau ada media tanya (minta komen) supaya (beri) kenyataan yang positif.<\/p>\n<p>&#8220;Tapi saya jawab insyaAllah. Saya tak bantah atau tanya kenapa buat begini (lulus tanpa bincang) kerana perkara ini sudah berlaku,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Menurut Mustafa lagi, kali pertama beliau dimaklumkan mengenai enakmen pilihan raya PBT ialah melalui Datuk Salleh Man yang merupakan wakil rakyat tunggal PAS dalam DUN Pulau Pinang.<\/p>\n<p>&#8220;Sebelum saya dihubungi Guan Eng, terlebih dahulu saya menerima panggilan daripada Datuk Salleh Man yang memberitahu bahawa sidang DUN sedang berjalan di Pulau Pinang dan salah satu agendanya berkaitan dengan pilihan raya PBT.<\/p>\n<p>&#8220;Beliau tanya pendirian parti dan tanya sama ada PAS sudah bersetuju atau tidak. Tapi saya beritahu beliau lebih baik jangan bercakap (berbahas) kerana ia simbol untuk menyokong atau tidak (usul pilihan raya PBT).<\/p>\n<p>&#8220;Saya katakan kepadanya demi menjaga keharmonian (Pakatan Rakyat) lebih baik mengelak untuk bercakap dan kalau boleh janganlah undi,&#8221; katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyifatkan Lim Guan Eng bermulut celupar dan berbohong tentang isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dan mencabar Setiausaha Agung DAP itu untuk bersemuka bagi menyelesaikan isu berkenaan. &#8220;Saya tidak pernah berbincang dengan Guan Eng atau dihubungi berkait dengan isu enakmen pilihan raya PBT sebelum enakmen itu dibentangkan di [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":29986,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":29986,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":620,"height":366,"file":"2015\/01\/Mustafa-Ali-2.jpg","filesize":79751,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":29984,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/01\/Mustafa-Ali-2.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29984"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29984"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29984\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29986"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29984"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29984"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29984"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}