{"id":2883,"date":"2010-07-13T14:51:05","date_gmt":"2010-07-13T06:51:05","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/07\/penafian-cnn-deadh-fitnah-utusan\/"},"modified":"2010-07-13T14:51:05","modified_gmt":"2010-07-13T06:51:05","slug":"penafian-cnn-deadh-fitnah-utusan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/penafian-cnn-deadh-fitnah-utusan\/","title":{"rendered":"Penafian CNN Dedah Fitnah Utusan"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/07\/Anwar_Ibrahim_on_CNN_Connect_the_World._WMV%20V9_0001.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/07\/Anwar_Ibrahim_on_CNN_Connect_the_World._WMV%20V9_0001.jpg\" style=\"float: right;\" \/>Alhamdulillah saya dan Azizah dapat menunaikan ibadat umrah dengan tenang.\u00a0 Doa kami moga umrah mabrur, sa&#8217;i mashkur dan amalan solehah.<\/p>\n<p>Rupa-rupanya tatkala di Makah al Mukarramah, serangan fitnah bertali arus ditujukan kepada peribadi saya (Anwar Ibrahim, gambar kanan).\u00a0 Namun apa yang baru?\u00a0 Pencak mereka hanyalah fitnah, jika tidak agen Cina, India pastinya tali barut CIA.\u00a0 Khabar ini langsung tidak mengejutkan.\u00a0 Apatah lagi walau UMNO-BN punyai dana puluhan juta, kemiskinan idea begitu terserlah apabila mahu memintal fitnah.<\/p>\n<p>Hanya dengan mengutip tulisan blog Elaine Supkis(kononnya blog terkenal) dan kenyataan seseorang yang bernama Joshua Trevino, Utusan Malaysia milik UMNO, tanpa berpandukan etika kewartawanan mulai satu kempen dangkal dan berakarkan kebencian.\u00a0 Terpampang di muka hadapan fitnah Anwar Agen CIA.\u00a0 Pimpinan UMNO pula bersahuti-sahutan menyokong.\u00a0 Tidakkah mereka sedar rakyat Malaysia mual untuk disogok dengan berita sedemikian?<\/p>\n<p>Hari ini terungkailah segala pembohongan yang dipintal serta dianyam pimpinan UMNO yang diketuai Najib Razak.\u00a0 CNN telahpun mengeluarkan satu kenyataan bahawa organisasi media tersebut tidak menerima sebarang bentuk bayaran dari saya.\u00a0 Kemunculan saya untuk ruang &#8220;Connect The World&#8221; merupakan keputusan penerbit program tersebut.<\/p>\n<p>Penafian CNN bukan sahaja meruntuhkan bongkah penipuan media berhaluan kanan ekstrem seperti New Ledger, namun mendedahkan makar Utusan selaku lidah rasmi UMNO yang berusaha memfitnah saya.\u00a0 Malahan organisasi CNN yang berpengkalan di Hong Kong berpandangan adalah janggal mengapa tiada usaha dari pihak Utusan untuk mendapatkan kepastian dari pihak mereka.\u00a0 Namun bagi kita tidaklah mengejutkan kerana mengetahui peranan Utusan yang selama ini sudahpun luluh integritinya sebagai sebuah organisasi yang bebas.<\/p>\n<p>Anwar Ibrahim<\/p>\n<p>http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=CCi2RlySNRc<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Alhamdulillah saya dan Azizah dapat menunaikan ibadat umrah dengan tenang.\u00a0 Doa kami moga umrah mabrur, sa&#8217;i mashkur dan amalan solehah. Rupa-rupanya tatkala di Makah al Mukarramah, serangan fitnah bertali arus ditujukan kepada peribadi saya (Anwar Ibrahim, gambar kanan).\u00a0 Namun apa yang baru?\u00a0 Pencak mereka hanyalah fitnah, jika tidak agen Cina, India pastinya tali barut CIA.\u00a0 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2883"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2883"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2883\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2883"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2883"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2883"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}