{"id":28562,"date":"2014-12-10T11:40:03","date_gmt":"2014-12-10T03:40:03","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=28562"},"modified":"2014-12-10T11:40:03","modified_gmt":"2014-12-10T03:40:03","slug":"63-tahun-pas-mempersada-pendidikan-islam-di-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/63-tahun-pas-mempersada-pendidikan-islam-di-malaysia\/","title":{"rendered":"63 Tahun PAS Mempersada Pendidikan Islam Di Malaysia"},"content":{"rendered":"<p>Oleh; Dr Riduan Mohamad Nor <\/p>\n<p>Pendidikan yang dianjurkan oleh PAS dan pengajian di bawah kerajaan negeri yang ditadbir oleh PAS adalah selari dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menjadi tunjang kepada sistem pendidikan di negara ini. Oleh kerana PAS merupakan sebuah parti yang berpegang kepada dasar Islam, menjadikan al Quran dan Sunnah sebagai rujukan dan memperjuangkan cita-cita untuk menegakkan Islam, maka konsep Falsafah Pendidikan Islam juga perlu ditinjau dalam memahami peranan dan usaha-usaha PAS. Kedudukan Islam sebagai dasar perjuangan PAS telah mempengaruhi sepenuhnya pemahaman dan pemikiran PAS tentang konsep pendidikan yang dipersembahkan kepada rakyat negara ini. Hal ini selaras dengan tujuan PAS yang disebut dalam Fasal 6(2) Perlembagaan PAS (Pindaan) 2001 yang menegaskan salah satu tujuannya ialah,<\/p>\n<p>\u201cMemperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke-Islaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.\u201d<\/p>\n<p>PAS telah merangka dan merancakkan  pendidikan sebagai wahana untuk mengembangkan pengaruh terhadap masyarakat diluar kelompok parti itu serta obligasi sosialnya dalam usaha memenuhi perlembagaan parti itu sendiri. Ianya juga akibat keperluan parti itu untuk menyediakan pendidikan untuk anak-anak ahli parti kerana sentiasa didesak untuk mewujudkan institusi pendidikan oleh ahli-ahli disemua peringkat.<\/p>\n<p>PAS menganggap menyediakan pendidikan Islam kepada rakyat merupakan tuntutan fardhu kifayah dan sebahagian tuntutan beragama yang mesti dipenuhi, terutama PAS sebagai gerakan Islam dan juga sebagai pertubuhan siasah di negara ini. Boleh dibuktikan dengan kajian ini pertambahan institusi pendidikan PAS telah meningkat dan berlaku setiap tahun. Bermula daripada prasekolah sehinggalah peringkat kolej universiti. Pengkaji mendapati organisasi PAS telah terlibat dalam merangka kurikulum dan memantau perkembangan institusi pendidikan dalam PAS seperti Majlis Pendidikan, PASTI, Majlis DAR, Muasasah Pendidikan, Lujnah Pendidikan dan sebagainya.<\/p>\n<p>PAS telah menyusun dan sentiasa mengambil langkah memperkemaskan usaha-usaha parti tersebut untuk membangunkan institusi pendidikan di bawah seliaanya dan juga merespon isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan dalam negara ini.<\/p>\n<p>Untuk merealisasikan misi dan visi yang holistik ini, PAS telah mewujudkan ruang untuk anak-anak ahlinya serta masyarakat untuk menimba ilmu daripada institusi pendidikan yang diwujudkan bermula daripada PASTI sehinggalah kepada Kolej Universiti. PAS menjalankan usahanya secara berterusan untuk membina, menggerak dan menjalankan programnya dalam bidang pendidikan.<br \/>\nPAS juga meletakkan tanggungjawab parti itu dalam bidang pendidikan dan diberikan penegasan dalam setiap kali muktamar tahunan parti tersebut. Keterlibatan mereka dalam bidang  pendidikan dilihat sebagai tuntutan fardhu Kifayah, bagi memenuhi tuntutan agama Islam. Apatah lagi parti itu merasakan bahawa usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan tidak mencukupi untuk membentuk masyarakat dan generasi muda yang memahami Islam secara komprehensif. Sekurangnya melalui institusi pendidikan yang ditawarkan oleh PAS membuka luas pendemokrasian pendidikan di negara kita, yang sangat terbatas sekolah-sekolah agama.<\/p>\n<p>Lantaran itu PAS mengambil langkah yang sistematik dan berperingkat bagi menyediakan kegiatan pendidikannya bermula dengan prasekolah, sekolah rendah Islam, sekolah menengah Islam, sehinggalah ke kolej Universiti. Dengan erti kata lain PAS menggerakkan pendidikan secara formal dan tidak formal, bersijil dan tidak bersijil. PAS juga telah menyediakan satu rantaian pendidikan yang juga memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain.<\/p>\n<p>Lulusan daripada pusat pendidikan PAS yang sebahagiannya menggunakan peperiksaan awam negara ini, ataupun yang tidak menggunakan sukatan pelajaran yang disediakan oleh kementerian seperti Maahad Darul Quran Rusila akhirnya turut menyumbang kepada pembangunan negara apabila lepasan pendidikan ini berkhidmat di sektor awam atau pun sektor swasta. Maknanya, lulusan daripada institusi pendidikan PAS turut menyumbang untuk membina negara dan saling melengkapi bagi menampung kekurangan sistem pendidikan negara ini, terutama melahirkan ramai pelajar pengajian Islam. <\/p>\n<p>Inilah perubahan dan transformasi yang dijalankan oleh PAS dalam menggerakkan sumbangan terhadap pendidikan negara ini, sesuatu yang berharga dalam membina peradaban bangsa. Dalam usaha PAS yang paling serius untuk menggerakkan pendidikan maka parti itu telah menubuhkan Majlis Pendidikan PAS, sebuah majlis yang bertindak untuk memantau dan mengelola pendidikan yang bersangkutan dengan PAS. <\/p>\n<p>PAS berjaya membawa nilai-nilai yang diinginkan oleh PAS  atau yang berjalan dengan Falsafah Pendidikan  Islam dan juga selaras dengan  hendak Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS. Massa merasakan  kehadiran PAS dalam memperjuangkan isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan, atau massa dapat menikmati usaha PAS dan institusi pendidikannya menjadi agen perubahan daripada nilai yang sedia ada kepada nilai-nilai Islam yang dinuansakan oleh PAS.  <\/p>\n<p>Selepas Perang Dunia Kedua barulah muncul gerakan sosio politik seperti MATA, LEPIR, Hizbul Muslimin yang mula-mula membicarakan soal pendidikan Islam dan orang Melayu secara serius. PAS yang muncul pada tahun 1951, antara lain memperjuangkan isu pendidikan Islam dan juga orang Melayu di negara ini. PAS sebagai sebuah pertubuhan siasah orang Melayu dan Islam di negara ini juga menterjemahkan tanggungjawab mereka dalam menggerakkan bidang pendidikan sebagai obligasi sosial.<\/p>\n<p>Sumbangan awal PAS dalam bidang pendidikan di negara ini merakamkan inisiatif Ketua Dewan Ulama PAS yang pertama , Sheikh Abdullah Fahim telah mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua Sekolah Agama Rakyat di Madrasah Daeratul Maarif Al Wathaniyah, Kepala Batas pada 22 Mei 1952 manakala ada 25 Mei 1952, PAS telah menubuhkan satu badan pendidikan yang dinamakan sebagai \u201cPembangunan Pelajaran Persatuan Islam SeMalaya\u201d dengan matlamat untuk menyatukan sekolah-sekolah agama di negara ini.<\/p>\n<p>PAS dan kepimpinannya yang awal banyak berlegar disekitar isu pendidikan, ini berkemungkinan kerana parti itu belum didaftarkan sebagai parti politik dan tidak disibukkan dengan urusan pilihanraya yang melibatkan komitmen dan gerakerja yang rencam. Dengan latarbelakang darurat yang mengekang dan membataskan pergerakan politik juga adalah faktor mengapa perjuangan PAS lebih terarah kepada bidang pendidikan. Selain itu latar belakang tokoh-tokoh awal PAS juga memungkinkan mengapa mereka memberikan perhatian yang besar terhadap bidang ini yang mampu memperkenalkan PAS kepada masyarakat Melayu.<\/p>\n<p>Mesyuarat Agong PAS pada tahun 1953 telah mendesak supaya PAS mengadakan biasiswa kepada pelajar-pelajar agama bagi membantu membangunkan pendidikan Islam. PAS juga telah berjaya mendesak kerajaan supaya memberikan bantuan kepada sekolah-sekolah agama agar setanding dengan sekolah-sekolah yang lain. Sumbangan PAS dalam bidang pendidikan semakin berkesan apabila berjaya menguasai negeri Kelantan dan Terengganu pada pilihanraya tahun 1959 .<\/p>\n<p>PAS telah menyertai pilihanraya pertama negara ini pada tahun 1955 dengan bertanding di 11 kawasan parlimen dan hanya menang di kawasan krian Perak. PAS dalam pilihanraya umum pada tahun 1955 telah menawarkan janji kepada rakyat negara ini dalam bidang pendidikan dan pelajaran. Dalam manifesto PAS dalam Pilihanraya tersebut telah menyebut antaranya:<\/p>\n<p>Mengambil langkah supaya tiap kanak-kanak mendapat pelajaran percuma yang bersesuaian dengan kemajuan.<br \/>\nPelajaran agama Islam hendaklah diberikan kepada kanak-kanak beragama Islam.<br \/>\nBerikhtiar supaya pemerintah dapat mengadakan sekolah-sekolah dewasa dengan seberapa segera, terutama pada bahagian pertukangan dan ekonomi.<br \/>\nBerikhtiar dan berusaha supaya sekolah-sekolah Melayu yang ada sekarang ini menjadi pokok bagi sekolah negara dengan memperluas dan mempertinggikan tingkatan darjah pelajarannya bersesuaian dengan dasar negara.<br \/>\nBerikhtiar mengambil perhatian yang berat terhadap perkembangan pendidikan akhlak bagi meninggikan mutu dasar pelajaran.<\/p>\n<p>PAS semenjak awal telah menyusun usaha untuk memastikan pendidikan diberikan keutamaan oleh parti tersebut terutama tanggungjawab mereka untuk mengimbangi persaingan kuasa dengan UMNO. UMNO dalam dekad 1950an kelihatan sangat gagah kerana mereka dipimpin oleh golongan bangsawan Melayu yang berpendidikan Inggeris. PAS semenjak awal penubuhannya, merasakan mereka terpaksa bersaing dengan pemerintah untuk memajukan pendidikan dan merasakan sumbangan itu adalah untuk membina bangsa ke arah kemuliaan dan berdiri sebagai bangsa yang kuat di tanah air ini. <\/p>\n<p>Pada akhir tahun 1959 kerajaan PAS Kelantan telah melantik guru-guru agama dan dibayar gaji oleh Kerajaan Negeri. Menurut Mohd Amin Yaakob (2001) dalam tahun 1959 kerajaan Kelantan telah menubuhkan Biasiswa Pelajaran Kerajaan Negeri untuk membantu pelajar miskin dan diikuti dengan penubuhan Jamaah Biasiswa Pelajaran agama pada tahun 1961 dan Jamaah Biasiswa Pelajaran Rendah.<\/p>\n<p>PAS menyertai pilihanraya pada tahun 1964 dan telah berjaya mengekalkan kemenangan di Kelantan, antara manifesto PAS dalam pilihanraya Kelantan pada tahun 1964 ialah ingin melaksanakan projek penubuhan Yayasan Pengajian Tinggi Islam, Nilam Puri. Projek pendidikan PAS Kelantan ini telah berjaya direalisasikan, YPTIK akhirnya telah berkembang sesuai dengan matlamat penubuhannya dan sepanjang beberapa dekad beroperasi telah melahirkan ribuan ilmuan di bidang pengajian Islam yang akhirnya telah memberikan sumbang bakti ke seluruh negara.<\/p>\n<p>Kerajaan negeri Kelantan yang dikuasai oleh PAS juga merangka plan masa depan yang lebih konkrit dalam membangunkan pendidikan Islam, antaranya dengan cara mengeluarkan biasiswa untuk pelajar-pelajar kurang berupaya untuk terus mendapatkan ilmu. Pada tahun 1968 Kerajaan Kelantan telah mengambil alih Biasiswa Zulkifli Mohamad dan dikenali sebagai Kumpulan Wang Biasiwa Zulkifli, sebelum diserap ke dalam Yayasan Kelantan pada tahun 1974. PAS juga telah mengambil bahagian dalam membahaskan persoalan dasar pelajaran negara. Dasar pelajaran yang dibentuk adalah berasaskan kepada Penyata atau laporan pelajaran yang disediakan oleh Tun Abdul Razak. <\/p>\n<p>PAS juga telah mengambil bahagian dalam menyuarakan aspirasi orang Melayu terutama aspek bahasa Melayu yang seolah dipencilkan dalam Penyata Razak yang dicadangkan sebagai gagasan pendidikan negara ini. PAS telah menghantar satu memorandum yang bertarikh 24 Januari 1958, antara yang disebut dalam memorandum ini ialah dasar pelajaran yang membunuh bahasa Melayu dan bertembung dengan aspirasi orang Melayu. Sepatutnya bahasa Melayu sebagai bahasa kaum peribumi dimartabatkan dan menjadi bahasa rasmi negara.<br \/>\nAhli Parlimen PAS yang pertama juga Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein, turut menyuarakan bantahan berkaitan dasar pelajaran dan juga majalah \u2018Suara Islam\u2019 yang menjadi jurucakap PAS pada tahun 1950an. PAS dan pelbagai pihak dalam negara telah bangkit menentang Dasar pelajaran sehingga kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Penyemakan Dasar Pelajaran Razak pada tahun 1960. Tujuan jawatankuasa ini adalah untuk menyemak kembali bantahan-bantahan yang telah diutarakan. (Ismail Said:2011)<\/p>\n<p>PAS juga telah menyuarakan bantahannya berkaitan kemajuan pendidikan Islam dan mahukan kerajaan persekutuan memberikan bantuan terhadap gran kepada sekolah bagi meningkatkan pencapaian murid dalam bidang pendidikan Islam.Timbalan Presiden PAS, Dr Zulkifli  tidak berpuas hati dengan bantuan $7 bagi seorang murid (gran) kerana ada negeri-negeri yang menanggung kos yang lebih daripada itu. Namun begitu katanya, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk melambatkan pembangunan pendidikan Islam. Beliau sebagai seorang tokoh pendidikan sangat prihatin terhadap isu-isu pendidikan Islam yang berlaku dalam negara. Idea-idea yang dilontarkan oleh Dr Zulkifli realistik dengan persekitaran negara ini yang ditunjangi oleh majoriti kaum Melayu yang beragama Islam.<\/p>\n<p>Seorang tokoh besar PAS, Dr. Zulkifli Mohamad pula mahukan orang bukan Melayu menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini kerana baginya, orang Melayu telah banyak berkorban untuk kaum bukan Melayu. Dr. Zulkifli juga  mahukan supaya tulisan Jawi kekal digunakan bersama-sama tulisan rumi di dalam negara ini. Tulisan jawi adalah warisan tradisi masyarakat Melayu yang hadir bersama pengaruh Islam ke rantau ini dan tulisan ini mempunyai kaitan dengan keupayaan membaca Al Quran serta kitab-kitab agama dalam tulisan Jawi.<\/p>\n<p>PAS juga telah mewujudkan institusi pendidikan rendah dan menengah di seluruh negara samada langsung dibawah pentadbiran parti seperti Dewan Ulama Negeri atau pun dibawah kelolaan ahli-ahli PAS. Di Terengganu PAS telah menubuh dan mengelola Sekolah Rendah Islam  seperti Darul Taqwa, Darul Ehsan, Darul Quran, Darul Bayan, Darul Islah, Darus Salam  dan sebagainya. Di Kedah pula ditubuhkan Sekolah Rendah Darul Ulum (SRIDU), dimana sekolah rendah Islam tajaan PAS ini telah berkembang menjadi 10 cawangan di seluruh Kedah. Antara sekolah lain yang ditubuhkan ialah Sekolah Islahiah Diniah Memali, SRIDU Kupang, Raudatul Muslimin Baling, Sri An Nur Pendang, dan Sekolah Menengah Darul Ulum (SMIDU), di Perlis Madrasah Diniah Islamiah. Penyokong-penyokong PAS juga telah menubuhkan rangkaian Sekolah Rendah Islam Pintar (SRIP) di seluruh negara dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Walaupun sebahagian besar SRIP itu kini diuruskan berasingan dengan organ PAS tetapi anggota pemuda PAS antara pendiri kepada institusi ini.<\/p>\n<p>Sumbangan PAS dalam bidang pendidikan lebih rancak dilaksanakan apabila PAS berkuasa di Kelantan dan Terengganu, contohnya di Kelantan kerajaan negeri telah mengambil alih semua sekolah agama rakyat di seluruh negeri yang diletakkan di bawah Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Seterusnya pewujudan institusi pendidikan tinggi Islam yang dikenali sebagai YPTIK.<\/p>\n<p>Kemenangan semula PAS di Kelantan pada tahun 1990 akhirnya turut menyuburkan pendidikan di Kelantan terutama pendidikan Islam bermula daripada prasekolah sehinggalah Kolej Universiti. Pada tahun 1992, kerajaan negeri telah menubuhkan Maahad Dakwah Wa al Imamah yang diletakkan dibawah seliaan Yayasan Islam Kelantan. Semenjak PAS memerintah Kelantan untuk pusingan kedua beberapa institusi pendidikan telah ditubuhkan, antara projek pendidikan lain yang dilaksanakan ialah Maahad Tahfiz Pulai Condong, Kolej Pondok Darul Naim, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Institut Teknologi Darul Naim, Pondok Pendidikan Pondok, Maahad Tahfiz  Sains dan sebagainya.<\/p>\n<p>Kerajaan Kelantan terus menyediakan ruang untuk pertapakan pendidikan Islam di negeri tersebut. Antara usaha yang dibuat ialah menubuhkan Yayasan Pembangunan Pondok Berhad. Kerajaan negeri telah berusaha untuk menyubur dan menghidupkan institusi pendidikan pondok terutama melalui bantuan kewangan, ransangan serta kempen melawat pondok sebagai produk pelancongan ke negeri tersebut. Kelantan dibawah Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat juga selepas tahun 1990, turut menyaksikan kerancakan pembinaan sekolah tahfiz Al Quran di mana lebih daripada 30 buah sekolah tahfiz telah muncul di Kelantan. Kini dianggarkan lebih seratus buah tahfiz telah ditubuhkan di negeri tersebut.<\/p>\n<p>Penguasaan semula PAS di Terengganu pada tahun 1999 dengan berlakunya kebangkitan politik pasca reformasi 1998 juga adalah fasa yang menarik untuk melihat sumbangan PAS dalam menubuhkan institusi pendidikan. Kerajaan PAS Terengganu telah menubuhkan beberapa institusi pendidikan seperti Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), Kolej Islam Sains Terengganu (KIST), Kolej Sains Dan Teknologi Al Quran (KOSTAQ). PAS juga membuka peluang pengajian tinggi yang meluas kepada rakyat dengan mengadakan pemberian  biasiswa melalui MAIDAM. Pemberian biasiswa ini telah membuka ruang yang luas kepada anak-anak negeri Terengganu untuk melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara. Melalui masjid, surau dan wacana awam juga gerakan pendidikan telah digerakkan oleh kerajaan negeri dengan menubuhkan Unit Pembinaan Insan (UPI), Unit Mubaligh (Riduan Mohamad Nor:2008). Usaha secara sistematis ini dengan matlamat untuk membentuk kesedaran mencintai ilmu di kalangan rakyat Terengganu.<\/p>\n<p>PAS setelah menguasai Kelantan kembali pada tahun 1990 dengan giatnya telah menggerakkan sumbangan dalam membangunkan pengajian Islam. Antaranya dengan menubuhkan pula sekolah-sekolah tahfiz dan juga Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Sumbangan PAS sebagai sebuah kerajaan dalam membangunkan pendidikan orang Melayu Islam boleh dikatakan sentiasa mendahului negeri-negeri lain sehingga ia menjadi model dalam pembangunan pendidikan Islam. <\/p>\n<p>Penglibatan PAS yang aktif selama 63 tahun pengoperasiannya di medan massa dalam memperkatakan isu-isu sekolah agama, sukatan pelajaran agama, mengangkat martabat bahasa Melayu dan seumpamanya menunjukkan PAS turut sama memperkatakan soal pendidikan ini. Walaupun secara politiknya, ia boleh dilihat sebagai satu usaha mempengaruhi rakyat menerusi isu-isu pendidikan, tetapi di sebalik itu, kita dapat melihat komitmen dan kesungguhan PAS dalam membela pendidikan orang Melayu di negara ini serta keseriusan PAS dalam menggerakkan pendidikan Islam.<br \/>\n(Penulis ialah AJK PAS Pusat dan Timbalan Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Pusat)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh; Dr Riduan Mohamad Nor Pendidikan yang dianjurkan oleh PAS dan pengajian di bawah kerajaan negeri yang ditadbir oleh PAS adalah selari\u2026<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":16833,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"bo_wartawan":[],"bo_jenis":[],"class_list":["post-28562","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ulasan"],"better_featured_image":{"id":16833,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":1632,"height":1224,"file":"2013\/11\/pasti.jpg","filesize":221358,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":16832,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/11\/pasti.jpg"},"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v28.8 - https:\/\/yoast.com\/product\/yoast-seo-wordpress\/ -->\n<title>63 Tahun PAS Mempersada Pendidikan Islam Di Malaysia | Buletinonlines.net<\/title>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/63-tahun-pas-mempersada-pendidikan-islam-di-malaysia\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"ms_MY\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"63 Tahun PAS Mempersada Pendidikan Islam Di Malaysia | Buletinonlines.net\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Oleh; Dr Riduan Mohamad Nor Pendidikan yang dianjurkan oleh PAS dan pengajian di bawah kerajaan negeri yang ditadbir oleh PAS adalah selari\u2026\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/63-tahun-pas-mempersada-pendidikan-islam-di-malaysia\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"Buletinonlines.net\" \/>\n<meta property=\"article:publisher\" content=\"https:\/\/www.facebook.com\/buletinonline.net\/\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2014-12-10T03:40:03+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/11\/pasti.jpg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1632\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"1224\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/jpeg\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"Wartawan BO\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:creator\" content=\"@BuletinOnline\" \/>\n<meta name=\"twitter:site\" content=\"@BuletinOnline\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"Wartawan BO\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"11 minutes\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\\\/\\\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"Article\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/index.php\\\/63-tahun-pas-mempersada-pendidikan-islam-di-malaysia\\\/#article\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/index.php\\\/63-tahun-pas-mempersada-pendidikan-islam-di-malaysia\\\/\"},\"author\":{\"name\":\"Wartawan BO\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/#\\\/schema\\\/person\\\/4d7a6dd57a42f2d60bce44c9a91c95c7\"},\"headline\":\"63 Tahun PAS Mempersada Pendidikan Islam Di Malaysia\",\"datePublished\":\"2014-12-10T03:40:03+00:00\",\"mainEntityOfPage\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/index.php\\\/63-tahun-pas-mempersada-pendidikan-islam-di-malaysia\\\/\"},\"wordCount\":2306,\"publisher\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/#organization\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/index.php\\\/63-tahun-pas-mempersada-pendidikan-islam-di-malaysia\\\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/wp-content\\\/uploads\\\/2013\\\/11\\\/pasti.jpg\",\"articleSection\":[\"Ulasan\"],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/index.php\\\/63-tahun-pas-mempersada-pendidikan-islam-di-malaysia\\\/\",\"url\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/index.php\\\/63-tahun-pas-mempersada-pendidikan-islam-di-malaysia\\\/\",\"name\":\"63 Tahun PAS Mempersada Pendidikan Islam Di Malaysia | Buletinonlines.net\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/#website\"},\"primaryImageOfPage\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/index.php\\\/63-tahun-pas-mempersada-pendidikan-islam-di-malaysia\\\/#primaryimage\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/index.php\\\/63-tahun-pas-mempersada-pendidikan-islam-di-malaysia\\\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/wp-content\\\/uploads\\\/2013\\\/11\\\/pasti.jpg\",\"datePublished\":\"2014-12-10T03:40:03+00:00\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/index.php\\\/63-tahun-pas-mempersada-pendidikan-islam-di-malaysia\\\/\"]}]},{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/index.php\\\/63-tahun-pas-mempersada-pendidikan-islam-di-malaysia\\\/#primaryimage\",\"url\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/wp-content\\\/uploads\\\/2013\\\/11\\\/pasti.jpg\",\"contentUrl\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/wp-content\\\/uploads\\\/2013\\\/11\\\/pasti.jpg\",\"width\":1632,\"height\":1224},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/#website\",\"url\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/\",\"name\":\"Buletinonlines.net\",\"description\":\"Media Informasi Terkini\",\"publisher\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/#organization\"},\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":{\"@type\":\"PropertyValueSpecification\",\"valueRequired\":true,\"valueName\":\"search_term_string\"}}],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"Organization\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/#organization\",\"name\":\"Buletinonlines.net\",\"url\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/\",\"logo\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/#\\\/schema\\\/logo\\\/image\\\/\",\"url\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/wp-content\\\/uploads\\\/2026\\\/10\\\/bo-har.png\",\"contentUrl\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/wp-content\\\/uploads\\\/2026\\\/10\\\/bo-har.png\",\"width\":357,\"height\":146,\"caption\":\"Buletinonlines.net\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/#\\\/schema\\\/logo\\\/image\\\/\"},\"sameAs\":[\"https:\\\/\\\/www.facebook.com\\\/buletinonline.net\\\/\",\"https:\\\/\\\/x.com\\\/BuletinOnline\",\"https:\\\/\\\/www.youtube.com\\\/user\\\/buletinonline\"]},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/#\\\/schema\\\/person\\\/4d7a6dd57a42f2d60bce44c9a91c95c7\",\"name\":\"Wartawan BO\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/secure.gravatar.com\\\/avatar\\\/722972652451f10437d5f260e4a679602999cedfbb6326ee8569f32b4b8ae856?s=96&d=mm&r=g\",\"url\":\"https:\\\/\\\/secure.gravatar.com\\\/avatar\\\/722972652451f10437d5f260e4a679602999cedfbb6326ee8569f32b4b8ae856?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\\\/\\\/secure.gravatar.com\\\/avatar\\\/722972652451f10437d5f260e4a679602999cedfbb6326ee8569f32b4b8ae856?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"Wartawan BO\"},\"url\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/index.php\\\/author\\\/buletinonline\\\/\"}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"63 Tahun PAS Mempersada Pendidikan Islam Di Malaysia | Buletinonlines.net","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/63-tahun-pas-mempersada-pendidikan-islam-di-malaysia\/","og_locale":"ms_MY","og_type":"article","og_title":"63 Tahun PAS Mempersada Pendidikan Islam Di Malaysia | Buletinonlines.net","og_description":"Oleh; Dr Riduan Mohamad Nor Pendidikan yang dianjurkan oleh PAS dan pengajian di bawah kerajaan negeri yang ditadbir oleh PAS adalah selari\u2026","og_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/63-tahun-pas-mempersada-pendidikan-islam-di-malaysia\/","og_site_name":"Buletinonlines.net","article_publisher":"https:\/\/www.facebook.com\/buletinonline.net\/","article_published_time":"2014-12-10T03:40:03+00:00","og_image":[{"width":1632,"height":1224,"url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/11\/pasti.jpg","type":"image\/jpeg"}],"author":"Wartawan BO","twitter_card":"summary_large_image","twitter_creator":"@BuletinOnline","twitter_site":"@BuletinOnline","twitter_misc":{"Written by":"Wartawan BO","Est. reading time":"11 minutes"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"Article","@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/63-tahun-pas-mempersada-pendidikan-islam-di-malaysia\/#article","isPartOf":{"@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/63-tahun-pas-mempersada-pendidikan-islam-di-malaysia\/"},"author":{"name":"Wartawan BO","@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/#\/schema\/person\/4d7a6dd57a42f2d60bce44c9a91c95c7"},"headline":"63 Tahun PAS Mempersada Pendidikan Islam Di Malaysia","datePublished":"2014-12-10T03:40:03+00:00","mainEntityOfPage":{"@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/63-tahun-pas-mempersada-pendidikan-islam-di-malaysia\/"},"wordCount":2306,"publisher":{"@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/#organization"},"image":{"@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/63-tahun-pas-mempersada-pendidikan-islam-di-malaysia\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/11\/pasti.jpg","articleSection":["Ulasan"],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/63-tahun-pas-mempersada-pendidikan-islam-di-malaysia\/","url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/63-tahun-pas-mempersada-pendidikan-islam-di-malaysia\/","name":"63 Tahun PAS Mempersada Pendidikan Islam Di Malaysia | Buletinonlines.net","isPartOf":{"@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/#website"},"primaryImageOfPage":{"@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/63-tahun-pas-mempersada-pendidikan-islam-di-malaysia\/#primaryimage"},"image":{"@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/63-tahun-pas-mempersada-pendidikan-islam-di-malaysia\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/11\/pasti.jpg","datePublished":"2014-12-10T03:40:03+00:00","inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/63-tahun-pas-mempersada-pendidikan-islam-di-malaysia\/"]}]},{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/63-tahun-pas-mempersada-pendidikan-islam-di-malaysia\/#primaryimage","url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/11\/pasti.jpg","contentUrl":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/11\/pasti.jpg","width":1632,"height":1224},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/#website","url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/","name":"Buletinonlines.net","description":"Media Informasi Terkini","publisher":{"@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/#organization"},"potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/?s={search_term_string}"},"query-input":{"@type":"PropertyValueSpecification","valueRequired":true,"valueName":"search_term_string"}}],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"Organization","@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/#organization","name":"Buletinonlines.net","url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/","logo":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/#\/schema\/logo\/image\/","url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/bo-har.png","contentUrl":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/bo-har.png","width":357,"height":146,"caption":"Buletinonlines.net"},"image":{"@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/#\/schema\/logo\/image\/"},"sameAs":["https:\/\/www.facebook.com\/buletinonline.net\/","https:\/\/x.com\/BuletinOnline","https:\/\/www.youtube.com\/user\/buletinonline"]},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/#\/schema\/person\/4d7a6dd57a42f2d60bce44c9a91c95c7","name":"Wartawan BO","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/722972652451f10437d5f260e4a679602999cedfbb6326ee8569f32b4b8ae856?s=96&d=mm&r=g","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/722972652451f10437d5f260e4a679602999cedfbb6326ee8569f32b4b8ae856?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/722972652451f10437d5f260e4a679602999cedfbb6326ee8569f32b4b8ae856?s=96&d=mm&r=g","caption":"Wartawan BO"},"url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/author\/buletinonline\/"}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28562","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28562"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28562\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16833"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28562"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28562"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28562"},{"taxonomy":"bo_wartawan","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/bo_wartawan?post=28562"},{"taxonomy":"bo_jenis","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/bo_jenis?post=28562"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}