{"id":28538,"date":"2014-12-09T21:52:26","date_gmt":"2014-12-09T13:52:26","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=28538"},"modified":"2014-12-09T21:52:26","modified_gmt":"2014-12-09T13:52:26","slug":"belasungkawa-tok-guru-haji-weil","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/belasungkawa-tok-guru-haji-weil\/","title":{"rendered":"Belasungkawa Tok Guru Haji Weil"},"content":{"rendered":"<p>Oleh: Dr Azman Ibrahim<\/p>\n<p>Suatu hari di bulan Ramadhan dalam tahun 2007, ketika itu Tuan Guru Haji Mohammad Awang Teh atau mesra dipanggil Pok Su Haji Weil adalah Pengarah Majlis Tindakan DUN Jabi sementara saya memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Pengarah DUN merangkap Ketua Pemuda DUN.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/12\/P1000655.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-28540 alignleft\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/12\/P1000655-300x225.jpg\" alt=\"P1000655\" width=\"300\" height=\"225\" \/><\/a>Kami sedang dalam rangka program turun ke surau-surau dan masjid-masjid dalam DUN Jabi untuk bersolat tarawih bersama ahli qaryah dan kalau diizinkan dapatlah kami menyampaikan tazkirah sepatah dua selepas solat tarawih kepada jemaah dalam program yang dinamakan \u2018Ihya Ramadhan\u2019.<\/p>\n<p>Kami berdua disertai beberapa orang lagi AJK PAS Jabi masuk kampung demi kampung hampir setiap malam dibulan Ramadhan. Rutin hariannya, pada jam 6 petang biasanya saya bertolak dari Kota Bharu menuju ke Jabi dan kerapnya tak sempat sampai di Jabi sebelum waktu iftar menyebabkan saya berbuka puasa di tepi jalan sahaja dengan bekal yang disediakan isteri.<\/p>\n<p>Matlamat kami adalah untuk berkesempatan bersolat tarawih di seberapa banyak yang mungkin masjid dan surau. Biasalah kita bukan orang kerajaan. Tentunya bukan mudah nak masuk ke masjid-masjid kerajaan. Masuk sekadar nak jadi makmum, itu biasa. Tetapi masuk untuk berkongsi sepatah selidah ilmu dengan jemaah, ianya tak semudah itu.<\/p>\n<p>Masjid Kampung Tok Dor Luar, Jabi antara masjid yang agak pekat kebiruannya. Kebetulan Pok Su Haji Weil mempunyai jadual kuliah mingguan di masjid ini yang diatur pada zaman kerajaan PAS Terengganu tahun 1999 \u2013 2004 dulu dan masih berterusan sehingga tahun 2007. Pak Su Haji Weil tak \u2018dihalau keluar\u2019 walaupun BN kembali berkuasa di Terengganu.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/12\/22012010443.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-28541 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/12\/22012010443-300x225.jpg\" alt=\"22012010443\" width=\"300\" height=\"225\" \/><\/a>Saya bincang dengan Pok Su Haji Weil, Masjid Tok Dor Luar ini kita perlu pergi walau pekat biru macam mana sekali pun. Maka pergilah kami di satu malam bulan Ramadhan tahun 2007. Selesai solat tarawih, Pok Su Haji Weil diizinkan menyampaikan tazkirah tarawih.<\/p>\n<p>Saya masih ingat lagi, Pok Su Haji Weil ambil mikrofon dan beliau berucap sikit. Kemudian beliau memaklumkan \u201cMalam ni ambo tak berapa sihat. Tapi ambo ada bawak anak jate mari sekali. Ambo nak mintak izin nak bagi speaker ni ko anak jate ambo untuk dia bagi tazkirah bagi pihak ambo\u2026\u201d<\/p>\n<p>Tok Imam yang merupakan orang kuat JKKK Tok Dor Luar tak kata apa-apa. Saya pun apa lagi, terus pegang mikrofon dan bertazkirah dalam lingkungan 10 minit dengan topik Fadhilat Ramadhan serta sedikit kaitan hikmah puasa dari sudut perubatan. Nampak para jemaah mendengar dengan khusyuk. Mungkin belum pernah ada sebelum ini, orang bercakap hikmah puasa dari pandangan doktor di sini. 10 minit pun kira cukup. Bukannya kita nak berpolitik hentam kromo dalam masjid.<\/p>\n<p>Lebih kurang sebulan dua selepas itu, Pok Su Haji Weil memaklumkan bahawa dia menerima surat dari Pengerusi Masjid Tok Dor Luar yang menyatakan bahawa beliau tak dibenarkan lagi berkuliah di Masjid tersebut. Tu dia! Walaupun sebabnya tak dinyatakan, sendiri fahamlah. Tahun 2007 sudah diambang kepanasan suhu PRU ke 12. PRU pertama di mana saya diamanahkan mewakili parti di DUN Jabi. Kesian Pak Su Haji Weil.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/12\/10092009008.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-28542 alignleft\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/12\/10092009008-300x225.jpg\" alt=\"10092009008\" width=\"300\" height=\"225\" \/><\/a>Sebab itulah, bila saya solat Jumaat di Masjid Anak Ikan suatu hari, pernah Imam masjid mempelawa saya untuk mengimamkan solat. Saya kata, \u201csilakan Tok Imam, saya jadi makmum saja.\u201d Bimbang saya naik jadi Imam sembahyang, Tok Imam pula yang kena turun! Bukan boleh buat kira dengan Umno.<\/p>\n<p>Apa yang saya kisahkan di atas adalah sedikit gambaran tentang peranan yang selalu dimainkan oleh Pak Su Haji Weil sebagai pembuka jalan yang \u2018tertutup\u2019 untuk dilalui oleh orang lain. Bersandarkan kekuatan peribadinya yang dihormati ramai kalangan kawan dan lawan, Pok Su Haji Weil selalu menjadi peneman saya untuk \u2018misi-misi sukar\u2019 bertemu dengan \u2018orang-orang bekeng\u2019 dalam masyarakat. Bertemu pengundi sasar dari rumah ke rumah secara bertentang mata terutamanya dari kelompok kepala-kepala masyarakat dari pelbagai latarbelakang adalah antara syarat wajib apabila menjadi calon dalam pilihanraya.<\/p>\n<p>Saya ketika itu hanyalah seorang anak muda yang baru bertatih dalam politik, belum dikenali apatah lagi nak dihormati. Dengan Pak Su Haji Weil saya bersandar. Beliau berdiri teguh di belakang saya. Pagi, petang, siang dan malam kami bersama-sama. Sama letih, sama lapar dan sama dahaga. Dia tak pernah merungut apa-apa. Tak pernah mengadu bahawa dia susah, tak ada duit dan sebagainya. Saya sendiri yang perlu bijak menilai untuk membantunya. Nak harapkan dia minta sesuatu adalah mustahil.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/12\/P1010968.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-28543 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/12\/P1010968-300x200.jpg\" alt=\"P1010968\" width=\"300\" height=\"200\" \/><\/a>Bagi saya Pok Su Haji Weil adalah watak seorang ayah, seorang sahabat dan seorang teman dalam perjuangan yang bersama mengharungi suka dan duka, lapar dan dahaga, senyum dan ketawa, dimarahi dan disayangi dalam jalan dakwah ini. Teman ketika gagal dan berjaya juga teman ketika berada di atas dan di bawah.<\/p>\n<p>Tuan rumah bila dengar Pok Su Haji Weil mari, tak pernah lagi tak buka pintu. Ada orang buta serta uzur yang kami kunjungi, dengar suara Pok Su Haji Weil bagi salam, dia dah kenal. \u201cAllah\u2026 Pok Su\u2026 lamanya dok napok!\u201d Kata sahabat ini walaupun sebenarnya dia memang tak nampak mata.<\/p>\n<p>Ada rumah seorang orang kuat parti keris. Dalam perjalanan berkempen PRU 12, Pak Su Haji Weil kata, \u201cMari kita singgah rumah ni.\u201d Tetapi bila nampak saja saya datang dengan pakai lencana PAS, seorang wanita umur dalam 50 an, tuan rumah tersebut cepat-cepat menutup pintu.<\/p>\n<p>Saya turun dari kereta lalu bagi salam, \u201cAssalamualaikum\u2026 Assalamualaikum\u2026\u201d<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/12\/10092009004.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-28544 alignleft\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/12\/10092009004-300x225.jpg\" alt=\"10092009004\" width=\"300\" height=\"225\" \/><\/a>Wanita tu tetap tak buka pintu. Sekejap kemudian dengar suara seorang lelaki.<\/p>\n<p>\u201cSapo dio mari tuu??\u201d<\/p>\n<p>\u201cNi orang PAS mari nak ngepen!\u201d<\/p>\n<p>Keluarlah suami wanita tersebut dengan wajah serius, \u201cGuano?? Ada keja gapo??\u201d Soalnya kepada saya dengan agak kasar.<\/p>\n<p>\u201cTak dok apa-apa Abe. Kebetulan lalu sakni Pok Su Haji Weil ajak singgah.\u201d Jawab saya selamba.<\/p>\n<p>Bila Pok Su Haji keluar dari kereta, wajah suami yang tadinya serius terus bertukar jadi mesra.<\/p>\n<p>\u201cLaaa\u2026 Pok Su Haji ruponya. Mok dia weehh\u2026 Pok Su Haji mari niihh!\u201d<\/p>\n<p>Hahahaa\u2026 bolehlah kami naik ke rumah, minum air teh O cicah biskut tawar.<\/p>\n<p>Tak menang PRU 2008, tak ada apa yang melunturkan semangat kami dan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Kami terus bekerja dan bekerja. Teraju kepimpinan PAS DUN Jabi bertukar dengan saya mengambil alih jawatan Pengarah PAS DUN Jabi sementara Pak Su Haji Weil sebagai Timbalan Pengarah. Jarang orang yang pernah menjadi ketua dengan mudah bersedia untuk menjadi orang nombor dua. Tapi Pok Su Haji Weil adalah contoh seorang pejuang yang tak pernah ada sebarang kepentingan diri dalam kerja-kerja Harakah Islamiyah. Berada di kedudukan nombor satu atau nombor dua, beliau terus bekerja.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/12\/15012010414.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-28545 alignleft\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/12\/15012010414-300x225.jpg\" alt=\"15012010414\" width=\"300\" height=\"225\" \/><\/a>Masih tak menang lagi PRU 2013, kami teruskan kerja. Bagi kami orang-orang muda di Jabi, Pok Su Haji Weil yang diamanahkan pula sebagai Penasihat PAS Jabi adalah tempat untuk mendapatkan sepatah mutiara nasihat. Memang beliau tak ada kebolehan berkhutbah dan berpidato. Kebolehan beliau adalah mengajar dan mengajar. Beliau telah menghabiskan banyak usia di Pondok Pasir Tumboh seterusnya ke Mekah serta bermastautin di sana selama lebih kurang 11 tahun untuk menuntut ilmu. Bekalan ilmu yang dibawa balik adalah hujan rahmat bagi masyarakat Jabi yang masih mundur duniawi dan ukhrawi.<\/p>\n<p>Pok Su Haji Weil sebenarnya tak menghadapi masalah kesihatan yang serius. Dalam usia 64 tahun, dengan masalah diabetis yang tidak terlalu kronik, beliau boleh dikatakan sihat. Hanya sekali sekala beliau perlu ke klinik untuk menyambung bekalan ubat kencing manis yang dihidapinya.<\/p>\n<p>Pada hari Rabu 3 Disember 2014, mendengar berita beliau dimasukkan ke wad Hospital Besut, awal-awal pagi lagi saya telah tercegat di hadapan Wad 6 Hospital Besut yang pernah menjadi lokasi saya mencari rezeki pada tahun 2000 dulu.<\/p>\n<p>Kami berbual pelbagai topik sehingga saya terlupa bahawa saya perlu balik segera semula ke Kota Bharu kerana mempunyai temujanji dengan pesakit di klinik. Beliau kelihatan sihat dan kami sempat bersarapan bersama ala kadar. Saya memeluknya erat ketika ingin berpisah keluar dari wad selepas melihat dah banyak kali nurse menjeling ke arah kami. Tambahan pula ketika itu bukan waktu melawat.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/12\/IMG00024-20100831-1756.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-28546 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/12\/IMG00024-20100831-1756-300x224.jpg\" alt=\"IMG00024-20100831-1756\" width=\"300\" height=\"224\" \/><\/a>\u201cInsyaAllah\u2026 Pok Su Haji akan sembuh dan boleh balik segera. Assalamualaikum\u2026\u201d<\/p>\n<p>Tak diduga, inilah rupanya kata-kata terakhir saya kepadanya di dunia fana ini. Semoga kami dipertemukan semula di dalam syurga nanti.<\/p>\n<p>Hari Khamis, 4 Disember 2014, saya balik lagi ke Jabi untuk menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan PAS DUN Jabi. Sempat saya bertanya khabar tentang beliau dari ahli mesyuarat. Dimaklumkan bahawa Pok Su Haji Weil dah keluar dari wad. Alhamdulillah\u2026 maknanya dah sihat semula.<\/p>\n<p>Hari Jumaat 5 Disember 2014, jadual harian saya agak padat menyebabkan niat nak menziarahi Pak Su Haji Weil di rumahnya tertangguh. Bermula dengan kuliah pagi Jumaat di Pondok Pasir Akar kemudian saya terus ke Kuala Terengganu untuk membentangkan kertas kerja di Program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden peringkat Kawasan Kuala Terengganu. Program saya bersambung sehingga ke Kuala Lumpur.<\/p>\n<p>Kira-kira jam 7.50 malam, Ahad 7 Disember 2014 ketika masih berada di Lembah Kelang, badan terasa letih dan kebetulan malam tu tak ada apa-apa program, terdengar telefon bimbit saya berdering. Terpapar nama sahabat saya, Badli yang menetap di Matlain Badrin, sekampung dengan Pok Su Haji Weil. Suaranya terdengar cemas\u2026<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/12\/20141208_103611.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-28547 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/12\/20141208_103611-300x168.jpg\" alt=\"20141208_103611\" width=\"300\" height=\"168\" \/><\/a>\u201cDoktor! Doktor tahu doh Pok Su Haji Meninggal??\u201d<\/p>\n<p>\u201cInnalillah\u2026 dok tahu lagi Li, betul ko ni?? Acu Li soheh betul-betul!\u201d<\/p>\n<p>\u201cOk!!\u201d Jawab Badli ringkas.<\/p>\n<p>Selang 3 minit, Badli menelefon lagi.<\/p>\n<p>\u201cYa\u2026 memang betul doktor! Pok Su Haji meninggal! Ada di Spital Jerteh Sekarang\u2026\u201d<\/p>\n<p>Satu perkhabaran yang bagaikan seketul batu besar menghempap kepala saya. Dengan jari yang gementar, saya menekan skrin Samsung Note, mencari nombor Mak Su Haji, isteri Tok Guru Haji Weil dan terdengar suaranya sayu di hujung talian menjawab panggilan saya. Innalillah wainna ilaihi raajiuunn\u2026<\/p>\n<p>Terus saya minta isteri berkemas. Kita balik segera ke Jabi malam ni. Tapi cukupkah stamina saya untuk drive seorang diri sepanjang malam dari KL ke Jabi. Terasa badan terlalu letih dan saya tahu setakat mana kemampuan diri sendiri. Lantas saya mengambil keputusan untuk memaksa diri melelapkan mata barang sejam dua agar sedikit tenaga dapat dikumpulkan walaupun agak mustahil untuk mata dipejam dalam menghadapi situasi sebegini.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/12\/IMG-20141208-WA0031.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-28520 alignleft\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/12\/IMG-20141208-WA0031-300x168.jpg\" alt=\"IMG-20141208-WA0031\" width=\"300\" height=\"168\" \/><\/a>Kira-kira jam 12 tengah malam, saya memulakan pemanduan seorang diri dari KL menuju ke Jabi. Dalam minda saya hanya fikir untuk sampai ke Jabi dengan selamat. Saya paksa mata dibuka seluas-luasnya. Memori ketika bersama beliau dalam saf perjuangan bagaikan video yang diulang tayang berkali-kali. Perjalanan melalui Lebuhraya Karak, Jalan Bentong, Raub, Kuala Lipis, Gua Musang, Kuala Krai, Machang, Pasir Puteh dan seterusnya Besut terasa begitu jauh. Suatu hakikat yang saya insafi sepanjang perjalanan bahawa Malaikat Maut datang berkunjung kepada sesiapa sahaja mengikut perintah dan ketentuan Allah. Pok Su Haji pergi ketika saya dan masyarakat masih teramat memerlukan kehadiran beliau.<\/p>\n<p>Tiba di Jabi kira-kira jam 9 pagi, saya terus menuju ke kediaman Almarhum. Air mata saya menitis melihat jasad kaku Almarhum Tok Guru Haji Weil yang sedang dimandikan. Jasad yang telah mencurah segala keringat demi untuk melihat kemenangan dan ketinggian Islam. Sekarang Pak Su Haji Weil telah pergi untuk selamanya. Pergi dengan meninggalkan satu ruang kosong yang sukar diisi. Perginya seorang ayah, seorang teman dan sahabat dalam perjuangan. Semoga segala kepenatan selama ini dibalas oleh Allah dengan kerehatan di syurga yang kekal abadi.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/12\/20141208_113617.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-28548 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/12\/20141208_113617-300x168.jpg\" alt=\"20141208_113617\" width=\"300\" height=\"168\" \/><\/a>Untuk Mak Su Haji dan keluarga\u2026 Takziah dengan rasa kesedihan yang mendalam saya sampaikan bagi pihak PAS DUN Jabi serta sedikit sumbangan wang khairat kematian.<\/p>\n<p>Ketika mengusun keranda yang membawa jenazah Almarhum turun dari kediamannya untuk dibawa ke Masjid Matlain Badrin bagi menunaikan solat jenazah, air mata saya mengalir lagi membasahi pipi. Dulu dengan kereta buruk saya, saya selalu menjadi pemandu Almarhum, kami menjelajah ke sana-sini bersama-sama dalam menunaikan tanggungjawab jemaah. Pagi ini, Isnin, 8 Disember 2014, inilah bakti terakhir saya untuk jasad Almarhum di dunia fana ini\u2026<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/12\/20141208_143551.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-28549 alignleft\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/12\/20141208_143551-300x168.jpg\" alt=\"20141208_143551\" width=\"300\" height=\"168\" \/><\/a>Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Allah dalam keadaan redha dan meredhai.<\/p>\n<p>Terima kasih bagi pihak PAS DUN Jabi kepada semua yang telah menziarahi membantu sehingga jenazah Almarhum selamat disemadikan di perkarangan Pondok Raudhatul Muhammadi, Kampung Bukit Jeruk, Jabi.<\/p>\n<p>Penghargaan kepada YB Tuan Guru Presiden PAS, Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu serta rakan-rakan ahli-ahli Yang Berhormat kerana meluangkan masa dalam kesibukan jadual Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu untuk menziarahi dan hanya sempat solat jenazah di perkuburan.<\/p>\n<p>Dari Allah kita datang, kepadaNYA kita akan dikembalikan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Dr Azman Ibrahim Suatu hari di bulan Ramadhan dalam tahun 2007, ketika itu Tuan Guru Haji Mohammad Awang Teh atau mesra\u2026<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":28539,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"bo_wartawan":[],"bo_jenis":[],"class_list":["post-28538","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pendapat"],"better_featured_image":{"id":28539,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":960,"height":576,"file":"2014\/12\/usung-jenazah.jpg","filesize":85006,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":28538,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/12\/usung-jenazah.jpg"},"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v28.9 - https:\/\/yoast.com\/product\/yoast-seo-wordpress\/ -->\n<title>Belasungkawa Tok Guru Haji Weil  | Buletinonlines.net<\/title>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/belasungkawa-tok-guru-haji-weil\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"ms_MY\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Belasungkawa Tok Guru Haji Weil  | Buletinonlines.net\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Oleh: Dr Azman Ibrahim Suatu hari di bulan Ramadhan dalam tahun 2007, ketika itu Tuan Guru Haji Mohammad Awang Teh atau mesra\u2026\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/belasungkawa-tok-guru-haji-weil\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"Buletinonlines.net\" \/>\n<meta property=\"article:publisher\" content=\"https:\/\/www.facebook.com\/buletinonline.net\/\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2014-12-09T13:52:26+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/12\/usung-jenazah.jpg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"960\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"576\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/jpeg\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"Wartawan BO\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:creator\" content=\"@BuletinOnline\" \/>\n<meta name=\"twitter:site\" content=\"@BuletinOnline\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"Wartawan BO\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"9 minutes\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\\\/\\\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"Article\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/index.php\\\/belasungkawa-tok-guru-haji-weil\\\/#article\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/index.php\\\/belasungkawa-tok-guru-haji-weil\\\/\"},\"author\":{\"name\":\"Wartawan BO\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/#\\\/schema\\\/person\\\/4d7a6dd57a42f2d60bce44c9a91c95c7\"},\"headline\":\"Belasungkawa Tok Guru Haji Weil\",\"datePublished\":\"2014-12-09T13:52:26+00:00\",\"mainEntityOfPage\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/index.php\\\/belasungkawa-tok-guru-haji-weil\\\/\"},\"wordCount\":1898,\"publisher\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/#organization\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/index.php\\\/belasungkawa-tok-guru-haji-weil\\\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/wp-content\\\/uploads\\\/2014\\\/12\\\/usung-jenazah.jpg\",\"articleSection\":[\"Pendapat\"],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/index.php\\\/belasungkawa-tok-guru-haji-weil\\\/\",\"url\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/index.php\\\/belasungkawa-tok-guru-haji-weil\\\/\",\"name\":\"Belasungkawa Tok Guru Haji Weil | Buletinonlines.net\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/#website\"},\"primaryImageOfPage\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/index.php\\\/belasungkawa-tok-guru-haji-weil\\\/#primaryimage\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/index.php\\\/belasungkawa-tok-guru-haji-weil\\\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/wp-content\\\/uploads\\\/2014\\\/12\\\/usung-jenazah.jpg\",\"datePublished\":\"2014-12-09T13:52:26+00:00\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/index.php\\\/belasungkawa-tok-guru-haji-weil\\\/\"]}]},{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/index.php\\\/belasungkawa-tok-guru-haji-weil\\\/#primaryimage\",\"url\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/wp-content\\\/uploads\\\/2014\\\/12\\\/usung-jenazah.jpg\",\"contentUrl\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/wp-content\\\/uploads\\\/2014\\\/12\\\/usung-jenazah.jpg\",\"width\":960,\"height\":576},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/#website\",\"url\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/\",\"name\":\"Buletinonlines.net\",\"description\":\"Media Informasi Terkini\",\"publisher\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/#organization\"},\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":{\"@type\":\"PropertyValueSpecification\",\"valueRequired\":true,\"valueName\":\"search_term_string\"}}],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"Organization\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/#organization\",\"name\":\"Buletinonlines.net\",\"url\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/\",\"logo\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/#\\\/schema\\\/logo\\\/image\\\/\",\"url\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/wp-content\\\/uploads\\\/2026\\\/10\\\/bo-har.png\",\"contentUrl\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/wp-content\\\/uploads\\\/2026\\\/10\\\/bo-har.png\",\"width\":357,\"height\":146,\"caption\":\"Buletinonlines.net\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/#\\\/schema\\\/logo\\\/image\\\/\"},\"sameAs\":[\"https:\\\/\\\/www.facebook.com\\\/buletinonline.net\\\/\",\"https:\\\/\\\/x.com\\\/BuletinOnline\",\"https:\\\/\\\/www.youtube.com\\\/user\\\/buletinonline\"]},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/#\\\/schema\\\/person\\\/4d7a6dd57a42f2d60bce44c9a91c95c7\",\"name\":\"Wartawan BO\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/secure.gravatar.com\\\/avatar\\\/722972652451f10437d5f260e4a679602999cedfbb6326ee8569f32b4b8ae856?s=96&d=mm&r=g\",\"url\":\"https:\\\/\\\/secure.gravatar.com\\\/avatar\\\/722972652451f10437d5f260e4a679602999cedfbb6326ee8569f32b4b8ae856?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\\\/\\\/secure.gravatar.com\\\/avatar\\\/722972652451f10437d5f260e4a679602999cedfbb6326ee8569f32b4b8ae856?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"Wartawan BO\"},\"url\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/index.php\\\/author\\\/buletinonline\\\/\"}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Belasungkawa Tok Guru Haji Weil  | Buletinonlines.net","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/belasungkawa-tok-guru-haji-weil\/","og_locale":"ms_MY","og_type":"article","og_title":"Belasungkawa Tok Guru Haji Weil  | Buletinonlines.net","og_description":"Oleh: Dr Azman Ibrahim Suatu hari di bulan Ramadhan dalam tahun 2007, ketika itu Tuan Guru Haji Mohammad Awang Teh atau mesra\u2026","og_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/belasungkawa-tok-guru-haji-weil\/","og_site_name":"Buletinonlines.net","article_publisher":"https:\/\/www.facebook.com\/buletinonline.net\/","article_published_time":"2014-12-09T13:52:26+00:00","og_image":[{"width":960,"height":576,"url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/12\/usung-jenazah.jpg","type":"image\/jpeg"}],"author":"Wartawan BO","twitter_card":"summary_large_image","twitter_creator":"@BuletinOnline","twitter_site":"@BuletinOnline","twitter_misc":{"Written by":"Wartawan BO","Est. reading time":"9 minutes"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"Article","@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/belasungkawa-tok-guru-haji-weil\/#article","isPartOf":{"@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/belasungkawa-tok-guru-haji-weil\/"},"author":{"name":"Wartawan BO","@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/#\/schema\/person\/4d7a6dd57a42f2d60bce44c9a91c95c7"},"headline":"Belasungkawa Tok Guru Haji Weil","datePublished":"2014-12-09T13:52:26+00:00","mainEntityOfPage":{"@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/belasungkawa-tok-guru-haji-weil\/"},"wordCount":1898,"publisher":{"@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/#organization"},"image":{"@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/belasungkawa-tok-guru-haji-weil\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/12\/usung-jenazah.jpg","articleSection":["Pendapat"],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/belasungkawa-tok-guru-haji-weil\/","url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/belasungkawa-tok-guru-haji-weil\/","name":"Belasungkawa Tok Guru Haji Weil | Buletinonlines.net","isPartOf":{"@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/#website"},"primaryImageOfPage":{"@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/belasungkawa-tok-guru-haji-weil\/#primaryimage"},"image":{"@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/belasungkawa-tok-guru-haji-weil\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/12\/usung-jenazah.jpg","datePublished":"2014-12-09T13:52:26+00:00","inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/belasungkawa-tok-guru-haji-weil\/"]}]},{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/belasungkawa-tok-guru-haji-weil\/#primaryimage","url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/12\/usung-jenazah.jpg","contentUrl":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/12\/usung-jenazah.jpg","width":960,"height":576},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/#website","url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/","name":"Buletinonlines.net","description":"Media Informasi Terkini","publisher":{"@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/#organization"},"potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/?s={search_term_string}"},"query-input":{"@type":"PropertyValueSpecification","valueRequired":true,"valueName":"search_term_string"}}],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"Organization","@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/#organization","name":"Buletinonlines.net","url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/","logo":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/#\/schema\/logo\/image\/","url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/bo-har.png","contentUrl":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/bo-har.png","width":357,"height":146,"caption":"Buletinonlines.net"},"image":{"@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/#\/schema\/logo\/image\/"},"sameAs":["https:\/\/www.facebook.com\/buletinonline.net\/","https:\/\/x.com\/BuletinOnline","https:\/\/www.youtube.com\/user\/buletinonline"]},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/#\/schema\/person\/4d7a6dd57a42f2d60bce44c9a91c95c7","name":"Wartawan BO","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/722972652451f10437d5f260e4a679602999cedfbb6326ee8569f32b4b8ae856?s=96&d=mm&r=g","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/722972652451f10437d5f260e4a679602999cedfbb6326ee8569f32b4b8ae856?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/722972652451f10437d5f260e4a679602999cedfbb6326ee8569f32b4b8ae856?s=96&d=mm&r=g","caption":"Wartawan BO"},"url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/author\/buletinonline\/"}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28538","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28538"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28538\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28539"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28538"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28538"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28538"},{"taxonomy":"bo_wartawan","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/bo_wartawan?post=28538"},{"taxonomy":"bo_jenis","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/bo_jenis?post=28538"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}