{"id":28218,"date":"2014-11-28T17:00:50","date_gmt":"2014-11-28T09:00:50","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=28218"},"modified":"2014-11-28T17:02:33","modified_gmt":"2014-11-28T09:02:33","slug":"isu-banggol-donas-surat-terbuka-kepada-yab-perdana-menteri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/isu-banggol-donas-surat-terbuka-kepada-yab-perdana-menteri\/","title":{"rendered":"Isu Banggol Donas; Surat Terbuka Kepada Perdana Menteri"},"content":{"rendered":"<p>Kepada,<br \/>\nYAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Razak<br \/>\nPerdana Menteri Malaysia.<\/p>\n<p>Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.<\/p>\n<p>Dato\u2019 Sri,<\/p>\n<p><strong>Per: ISU PENGAMBILAN TANAH BANGGOL DONAS SATU KEZALIMAN YANG WAJAR DIHENTIKAN<\/strong><\/p>\n<p>Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk untuk perhatian segera dan tindakan YAB Dato\u2019 Sri selaku Perdana Menteri.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/04\/banggoldonas03042012 030.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-9174 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/04\/banggoldonas03042012 030-300x195.jpg\" alt=\"banggoldonas03042012 030\" width=\"300\" height=\"195\" \/><\/a>Untuk makluman Dato\u2019 Sri, isu pengambilan tanah Banggol Donas sudah berpanjangan untuk tempoh yang panjang iaitu hampir 7 tahun sejak 2008. Kampung Banggol Donas terletak di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Teluk Pasu, Parlimen Kuala Nerus, Negeri Terengganu.<\/p>\n<p>Pengambilan tanah mereka dilakukan secara tidak berperaturan dan menzalimi hak milik rakyat dan kehormatan mereka yang ditegaskan oleh Islam melibatkan tanah.<\/p>\n<p>Pihak pemerintah muslim perlu merenung kes pengambilan tanah yang pernah berlaku di zaman Umar bin al-Khattab menjadi Khalifah sebagaimana diriwayatkan dalam Musannaf Abdul Razzak daripada Sa&#8217;iid bin Musayyab.<\/p>\n<p>Umar radiyallahu anhu berhasrat mengambil tanah milik bapa saudara Nabi saw iaitu Abbas bin Abdul Mutalib radiyallahu anhu untuk pembesaran Masjid Nabawi dengan memberi pilihan sama ada dibayar atas nama jual beli atau dengan dihadiahkan oleh Abbas namun Abbas radiyallahu tidak bersetuju.<\/p>\n<p>Pertikaian ini dipersetujui untuk dibawa ke perbicaraan dengan Ubai bin Ka&#8217;ab radiyallahu anhu menjadi Hakim. Akhirnya keputusan dibuat dengan merujuk kepada hadis Nabi saw menceritakan kes Nabi Dawud alaihissalam yang ingin membesarkan Masjid Aqsa. Keputusannya ialah Abbas tidak boleh dikeluarkan daripada tanah miliknya melainkan dengan keredhaannya.<\/p>\n<p>Setelah memenangi kes, Abbas secara sukarela mewakafkan tanahnya untuk pembinaan masjid.<\/p>\n<p>Kisah ini perlu direnung supaya kes-kes pengambilan tanah rakyat adalah sebenar-benar bertujuan pembangunan yang mendesak tanpa alternative dan menurut peraturan serta tidak menzalimi hak rakyat serta meraikan kerelaan para pemiliknya sebagaimana dibahas oleh para Fuqaha Islam.<\/p>\n<p>Fakta kes kezaliman Banggol Donas adalah seperti berikut:<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\"><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/04\/banggoldonas03042012 073.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-8885 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/04\/banggoldonas03042012 073-300x200.jpg\" alt=\"banggoldonas03042012 073\" width=\"300\" height=\"200\" \/><\/a><strong>PROJEK PEMBINAAN JALAN SUSUR LEBUHRAYA PANTAI TIMUR<\/strong><\/p>\n<p>1. Kerajaan Negeri Terengganu ingin membina jalan susur Lebuhraya Pantai Timur 2 dari Gemuruh ke Kuala Terengganu dengan pembinaan jalan susur Kg Jeram ke Kg Bukit Guntong sepanjang 7.6 KM, termasuk 2 kilometer naik taraf Jalan Persekutuan FT03. Fasa 1 dari Kg.Banggol Binjai ke Jeram Tokkong sejauh 2 kilometer. Fasa 2 dari Kg. Jeram ke Kg. Banggol Tuan Muda sejauh 3.6 kilometer. Kedua-dua fasa dihubungkan dengan sebuah jambatan Sungai Nerus sepanjang 200 meter.<\/p>\n<p>2. Kos projek sebagaimana laporan akhbar Sinar bertarikh 25hb. Jan 2010 bernilai RM226 juta. Ia bermakna 1KM bernilai RM30 juta, mungkin menjadikannya sebuah projek jalan antara yang termahal dibina di negeri Terengganu, lebih mahal dari LPT2 bagi satu kilometre.<\/p>\n<p>3. Projek ini dibina secara runding terus menggunakan DANA KHAS negeri Terengganu oleh MZ Hakujaya Sdn Bhd.<\/p>\n<p>4. Tempoh pembinaannya selama 3 tahun bermula Jan 2010-Dis 2012.<\/p>\n<p><strong>MANGSA KEZALIMAN PROJEK<\/strong><\/p>\n<p>1. Projek ini memangsakan tanah rumah penduduk di Kg Banggol Donas seramai 22 keluarga yang diambil secara paksa dan tidak berperaturan beralaskan Kanun Tanah Negara.<\/p>\n<p>2. Penduduk mempunyai geran tanah namun akhirnya dimaklumkan mereka menduduki tanah kerajaan. \u2018Borang K\u2019 dikeluarkan menyatakan tanah mereka telah menjadi milik kerajaan sedangkan pampasan belum dibayar.<\/p>\n<p>3. Penduduk semenjak 2008 telah mencadangkan pembinaannya mengambil tanah sekitar yang tidak berpenghuni, namun pandangan itu diabaikan dan tidak dihiraukan oleh pihak kerajaan negeri.<\/p>\n<p>4. Ada laluan alternative yang boleh dibina tanpa menyentuh kampung ini dan melenyapkan hak milik penduduknya namun pihak kerajaan negeri Terengganu seperti tidak mahu mengubahnya.<\/p>\n<p><strong><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/04\/banggoldonas03042012 013.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-8862 alignleft\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/04\/banggoldonas03042012 013-300x199.jpg\" alt=\"banggoldonas03042012 013\" width=\"300\" height=\"199\" \/><\/a>KENAPA PROJEK INI DIBANTAH?<\/strong><\/p>\n<p>1. Kerajaan Mempunyai Alternatif Untuk Tidak mengambil Tanah Penduduk Banggol Donas. Motif Pengambilan Tanah dipertikai.<br \/>\nPembinaan Fasa 2 dari Kg. Jeram ke Kg. Banggol Tuan Muda melibatkan pengambilam tanah 24 buah rumah kediaman di kg. Banggol Donas boleh dielak sekiranya jajaran dari kg. Banggol Tuan Muda diluruskan melalui tanah lapang milik sebuah syarikat korporat di tepi kampung. Kenapa jajaran dari kg. Banggol Tuan Muda bila tiba dihadapan kg. Banggol Donas dilencong ke kiri mengakibatkan lenyapnya 22 buah rumah kediaman dan melencong pula ke kanan menuju ke kg. Jeram setelah melepasi kampung Banggol Donas. Keadaan ini menimbulkan persoalan besar.<\/p>\n<p>2. Tidak Mematuhi Akta Pengambilan Tanah 1960 (akta 486) Penduduk dinafikan hak untuk diberitahu. Motifnya juga dipertikai.<br \/>\na. Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, pengambilan tanah bagi projek pembinaan jalan dan jambatan dari Jeram Tok Kong ke Bukit Guntong (Fasa I) dan dari Kampung Jeram ke Kampung Banggol Tuan Muda, Mukim Manir (Fasa II) yang melibatkan 76 lot tanah bagi fasa 1 dan 184 lot tanah bagi fasa 11 TIDAK DIWARTAKAN di bawah seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah (APT ) 1960 terlebih dahulu.<\/p>\n<p>b. Pemilik tanah tidak pernah diberitahu bahawa tanah mereka akan di ambil oleh kerajaan. Seksyen 4(1) APT 1960 menyatakan.\u201d &#8230;.Apabila Pihak Berkuasa Negeri berpuashati bahawa mana-mana tanah yang diperlukan bagi apa-apa maksud yang disebut dalam seksyen 3 maka suatu pemberitahuan dalam Borang A hendaklah disiarkan dalam warta.\u201d<br \/>\nApabila notis dalam Borang A tidak disampaikan kepada pemilik tanah seperti yang dikehendaki oleh Seksyen 4(1), ianya tidak ada ketelusan dan menggambarkan ada perkara yang hendak disembunyikan daripada diketahui pemilik tanah dengan niat yang tidak baik.<\/p>\n<p>c. Pembinaan jalan susur ini dimulakan sebelum tanah milik diwartakan di bawah seksyen 8 APT 1960. Pencerobohan ini seolah-olah direstui apabila EXCO JKR membuat lawatan tapak pembinaan pada 3hb. Ogos 2010 sebelum tanah tersebut diwartakan pada 28hb. Oktober 2010.<\/p>\n<p>d. Pejabat Tanah bertindak melanggar seksyen 16 APT 1960 \u201cyang menghendaki menyediakan dan menyampaikan suatu notis dalam Borang H kepada setiap orang yang berkepentingan pada tanah itu \u201c. Pejabat tanah tidak menghantar Borang H tetapi hanya mengeluarkan notis yang tertulis SALURAN 2 meminta menghadiri satu majlis penyampaian cek pampasan. Pejabat Tanah juga bertindak melanggar peraturan apabila menghantar notis (bukan borang H) kepada pemilik tanah untuk hadir mengambil cek pampasan di pejabat tanpa menyatakan nilai pampasan. Sepatutnya cek bayaran disediakan setelah pemilik tanah bersetuju dengan award dalam Borang H atau pun setelah keputusan perbicaraan mahkamah sekiranya pemilik tanah memilih untuk membantah amaun yang ditawarkan dalam Borang H.<\/p>\n<p>Hal ini adalah satu pencerobohan dan pemerkosaan serta kezaliman terhadap hak pemilik membantah amaun pampasan. Juga hak pemilik tanah yang dijamin di bawah Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 13(ii) &#8230;.Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi\u201d.<\/p>\n<p><strong><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/04\/pendengaran-ke4-tanah-banggol-donas.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-22263 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/04\/pendengaran-ke4-tanah-banggol-donas-300x180.jpg\" alt=\"pendengaran ke4 tanah banggol donas\" width=\"300\" height=\"180\" \/><\/a>Tindakan Penduduk<\/strong><\/p>\n<p>Jawatankuasa Bertindak yang dibentuk oleh penduduk kampung telah mengambil tindakan berikut:<\/p>\n<p>1. Pada 31hb. Jan. 2008; menghantar surat bantahan pertama kepada Pengarah JKR Negeri dan salinan kepada Menteri Besar Terengganu. Susulan itu suatu perjumpaan diadakan dengan Pengarah JKR pada 11hb. Feb 2008 yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus ketika itu.<\/p>\n<p>2. Surat-surat bantahan juga telah dihantar kepada Menteri Besar, Perdana Menteri, Pihak Berkuasa Negeri, Ketua Pengarah JKR, Menteri Kerja Raya, Pejabat Tanah Kuala Terengganu dan konsultan seawal tahun-tahun 2008, 2009 dan 2010. Kesemua surat tersebut tidak mendapat respons kecuali surat kepada Perdana Menteri dan surat kepada Ketua Pengarah JKR.<\/p>\n<p>3. Pada 8hb Oktober 2010; menghantar Memorandum kepada SUHAKAM. Susulan itu pada 11hb. Okt 2010 SUHAKAM menulis surat kepada kerajaan Negeri meminta supaya kerja-kerja pembinaan diberhentikan buat sementara, berunding dengan pemilik tanah berhubung dengan bantahan jajaran dan meminta Pihak Berkuasa mematuhi procedur Akta Pengambilan Tanah 1960. Namun, permintaan SUHAKAM tidak dipedulikan. Dialog dan perundingan tidak diadakan seolah-olah penduduk kampung menduduki tanah haram.<\/p>\n<p>4. Pada 11hb. Mei 2011, menghantar MEMORANDUM kepada Menteri Besar Terengganu meminta jajaran diubah. Respon beliau ialah jalan tidak boleh di ubah kerana jalan sudah buat.<\/p>\n<p>5. Pada 12hb. Jun 2011, membuat lapuran ke SPRM Kuala Terengganu. Penduduk sehingga hari ini masih menunggu hasil daripada lapuran salah guna kuasa dan tidak mematuhi procedure dalam pelaksanaan projek.<\/p>\n<p><strong><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/02\/perbincanga meja bulat banggol donas.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-11546 alignleft\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/02\/perbincanga meja bulat banggol donas-300x200.jpg\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/aberita14\/perbincanga%20meja%20bulat%20banggol%20donas.jpg\" width=\"300\" height=\"200\" \/><\/a>Cadangan Penyelesaian oleh Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kampung<\/strong><\/p>\n<p>1. Jajaran di kawasan penempatan di kampung Banggol Donas dikaji semula, diubah dan \u201cre- align\u201duntuk menyelamatkan kawasan penempatan Melayu.<\/p>\n<p>2. Memberhentikan kerja-kerja pembinaan dalam kawasan penempatan sehinggalah kajian semula jajaran selesai.<\/p>\n<p>3. Pihak Berkuasa Negeri mengadakan dialog terbuka dengan penduduk kampung Banggol Donas.<\/p>\n<p>4. Pelaksanaan projek ini hendaklah mematuhi kesemua Procedure Akta Pangambilan Tanah 1960 untuk melindungi kepentingan pemilik tanah berdasarkan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n<p>Saya mengharapkan isu ini diambil perhatian besar dan segera oleh YAB Dato Sri demi menegakkan keadilan bagi rakyat sebagaimana dituntut oleh Islam kepada para pemerintah.<\/p>\n<p><strong>Yang menjalankan tugas,<\/strong><br \/>\n<strong> Ustaz Dato\u2019 Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri<\/strong><br \/>\n<strong> Jumaat, 5 safar 1436 H \/ 28 Nov 2014<\/strong><\/p>\n<p>Berita terkait;<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/index.php\/kes-kampung-banggol-donas-ke-perhimpunan-agung-umno\/\" target=\"_blank\">Kes Kampung Banggol Donas Ke Perhimpunan Agung Umno<\/a><br \/>\n<strong><br \/>\n<a href=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/index.php\/kes-tanah-kampung-banggol-donas-sudah-empat-kali-dilapor-kepada-sprm\/\" target=\"_blank\">Kes Tanah Kampung Banggol Donas Sudah Empat Kali Dilapor Kepada SPRM<\/a><\/strong><br \/>\n<a href=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/index.php\/tanah-banggol-donas-pendengaran-kes-kali-ke-5-pada-30-april\/\" target=\"_blank\"><strong><br \/>\nTanah Banggol Donas : Pendengaran Kes kali Ke 5 Pada 30 April<\/strong><\/a><br \/>\n<a href=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/v6\/index.php?option=com_content&amp;view=article&amp;id=5772%3Akes-tanah-banggol-donas-kerajaan-umno-bn-cabul-hak-rakyat&amp;catid=35%3Adalam-negeri&amp;Itemid=210\" target=\"_blank\"><br \/>\n<strong>Kes Tanah Banggol Donas; Kerajaan Umno-BN &#8216;Cabul&#8217; Hak Rakyat<\/strong><\/a><br \/>\n<a href=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/index.php\/rampasan-tanah-penduduk-kampung-banggol-donas-fakta-yang-mesti-diketahui\/\" target=\"_blank\"><br \/>\n<strong>Rampasan Tanah Penduduk Kampung Banggol Donas; Fakta Yang Mesti DiKetahui<\/strong><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kepada, YAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Razak Perdana Menteri Malaysia. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Dato\u2019 Sri, Per: ISU PENGAMBILAN TANAH BANGGOL DONAS SATU KEZALIMAN YANG WAJAR DIHENTIKAN Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk untuk perhatian segera dan tindakan YAB Dato\u2019 Sri selaku Perdana Menteri. Untuk makluman Dato\u2019 Sri, isu pengambilan tanah Banggol Donas [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":27668,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":{"id":27668,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":898,"height":565,"file":"2014\/11\/d-banggol-donas4.jpg","filesize":203236,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"2.5","credit":"","camera":"DV300 \/ DV300F \/ DV305F","caption":"","created_timestamp":"1325599829","copyright":"COPYRIGHT, 2010","focal_length":"4.5","iso":"80","shutter_speed":"0.001","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":27667,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/11\/d-banggol-donas4.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28218"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28218"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28218\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/27668"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28218"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28218"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28218"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}