{"id":28119,"date":"2014-11-25T17:10:42","date_gmt":"2014-11-25T09:10:42","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=28119"},"modified":"2014-11-25T17:12:13","modified_gmt":"2014-11-25T09:12:13","slug":"28119","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/28119\/","title":{"rendered":"PAS Lapor SPRM Kes Lombong Bukit Besi"},"content":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; PAS Terengganu membawa isu dakwaan sebuah syarikat perlombongan China yang membayar sejumlah wang kepada ahli politik kerajaan Barisan Nasional (BN) ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk diambil tindakan lanjut.<\/p>\n<p>Pemimpin BN itu sebagaimana dakwaan syarikat terbabit dibayar untuk mendapatkan gelaran Dato\u2019 bagi memudahkan operasi melombong bijih besi di Bukit Besi.<\/p>\n<p>Pesuruhjayanya, Ustaz Satiful Bahri Mamat yang mengetuai kepimpinan PAS negeri berkata isu terbabit telah memberi gambaran imej yang buruk tentang negara Malaysia di mata dunia internasional.<\/p>\n<p>membuat laporan ke pejabat SPRM di Wisma Persekutuan, Kuala Terengganu.<\/p>\n<p>\u201cGambaran bahawa rasuah berleluasa, salahguna kuasa di kalangan pemimpin kerajaan dengan sumber negeri Terengganu iaitu perlombongan bijih besi di Bukit Besi, Dungun.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/11\/IMG_20141124_155619.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-28085 alignleft\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/11\/IMG_20141124_155619-300x242.jpg\" alt=\"IMG_20141124_155619\" width=\"300\" height=\"242\" \/><\/a>\u201cKita (PAS) buat laporan kepada SPRM ini supaya dapat menyiasat dan mengambil tindakan segera terhadap mereka yang terlibat itu kemuka pengadilan.<\/p>\n<p>\u201cKita (PAS) juga desak kerajaan Terengganu supaya bertanggungjawab sebab isu ini, Menteri Besar (Ahmad Razif) tak boleh \u2018lari kepala\u2019 atau \u2018sapu tangan\u2019 kata tak tahu,\u201d tegasnya kepada pihak media selepas mengemukakan laporan pejabat SPRM di Wisma Persekutuan, Kuala Terengganu, pada Isnin 24 November.<\/p>\n<p>Hadir sama menemani beliau ke pejabat SPRM iaitu Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, Yahaya Ali, Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah, Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan Setiausaha Lajnah Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat PAS Terengganu, Ahmad Amzad Hashim.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, beliau berkata Menteri Besar Terengganu perlu bertanggungjawab kerana waktu projek tersebut diluluskan beliau merupakan salah seorang Ahli Exco kerajaan negeri ketika itu.<\/p>\n<p>\u201cDia (Menteri Besar) tak boleh kata tak tahu, sedangkan waktu itu beliau (Ahmad Razif) Exco kerajaan Terengganu dan Dato\u2019 Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.<\/p>\n<p>\u201cKami (PAS) harap pihak SPRM juga dapat mengambil tindakan kepada \u2018jerung-jerung\u2019 dan bukan hanya kepada pesalah \u2018bilis\u2019 seperti dakwaan kepada kontraktor kecil dalam kes bantuan rumah nelayan di Paka, Dungun,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Laporan tersebut dibuat berdasarkan satu artikel perniagaan antarabangsa dalam portal The New York Times bertajuk \u201cChinese Interests Look to Malaysia for Cheap Iron Ore, and Profits\u201d yang ditulis oleh Keith Bradsher.<\/p>\n<p>Artikel tersebut antara lain melaporkan syarikat perlombongan dari China, CAA Resources, telah mendapat hak melombong bijih besi di Bukit Besi, Terengganu bagi kawasan berkeluasan hampir 1,000 ekar yang dibahagikan kepada dua kompartmen kurang daripada 500 setiap satu.<\/p>\n<p>\u201cArtikel itu melaporkan Pengerusi yang juga Ketua Eksekutif CAA Resources, Li Yang telah mendapat hak melombong bijih besi melalui hubungan dengan pemimpin politik parti pemerintah tempatan (Negeri Terengganu) dan kebangsaan serta kerabat diRaja.<\/p>\n<p>http:\/\/youtu.be\/RO1QqA-me5Y?list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q<\/p>\n<p>\u201cLi Yang dilaporkan telah membayar sejumlah USD100,000.00 (RM336,501.90) kepada ahli politik parti pemerintah yang mempunyai kepentingan secara tidak langsung dalam dalam usaha perlombongan itu dan untuk mendapatkan gelaran \u201cDato\u201d.<br \/>\n\u201cLi Yang mengatakan perbuatan sedemikian menjadi amalan biasa di Malaysia,\u201d ujar Ustaz Satiful Bahri.<\/p>\n<p>Bahkan, katanya artikel itu juga telah mendedahkan CAA Resources dapat mengelak daripada menyediakan laporan kesan alam sekitar dengan membahagikan kawasan melombong kepada dua bahagian yang setiap satunya berkeluasan kurang daripada 500 ekar.<\/p>\n<p>\u201cSaya dapati laporan dalam artikel berkenaan mengandungi banyak unsur rasuah, salah guna kuasa dan ketidakpatuhan undang-undang awam dan mendesak supaya siasatan menyeluruh dijalankan.<\/p>\n<p>\u201cSekiranya terdapat bukti-bukti semua unsur di atas, pihak yang terlibat hendaklah dikenakan pendakwaan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa,\u201d tegasnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; PAS Terengganu membawa isu dakwaan sebuah syarikat perlombongan China yang membayar sejumlah wang kepada ahli politik kerajaan Barisan Nasional (BN) ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk diambil tindakan lanjut. Pemimpin BN itu sebagaimana dakwaan syarikat terbabit dibayar untuk mendapatkan gelaran Dato\u2019 bagi memudahkan operasi melombong bijih besi di Bukit Besi. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":28084,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":28084,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":1280,"height":850,"file":"2014\/11\/IMG-20141124-WA0073.jpg","filesize":143403,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":28080,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/11\/IMG-20141124-WA0073.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28119"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28119"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28119\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28084"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28119"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28119"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28119"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}