{"id":27593,"date":"2014-11-07T20:56:10","date_gmt":"2014-11-07T12:56:10","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=27593"},"modified":"2014-11-07T20:57:31","modified_gmt":"2014-11-07T12:57:31","slug":"kes-buli-kementerian-pelajaran-perlu-lebih-berperanan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/kes-buli-kementerian-pelajaran-perlu-lebih-berperanan\/","title":{"rendered":"Kes Buli; Kementerian Pelajaran Perlu Lebih Berperanan"},"content":{"rendered":"<p>MARANG &#8211; PAS memandang serius dan merasa sedih atas kejadian buli dikalangan pelajar yang menjadi &#8216;viral&#8217; di dalam media sosial baru-baru ini.<\/p>\n<p>&#8220;Sebelum ini telah pun ada kejadian seperti itu yang telah dirakamkan seperti yang berlaku di Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN),<\/p>\n<p>&#8220;Rupanya ia tidak terhenti setakat itu sahaja, malah lebih banyak rakaman-rakaman kes buli ini telah disebarkan di media sosial,&#8221;ujar Ketua Penerangan PAS Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.<\/p>\n<p>Malah kata beliau, kerjasama dengan pihak polis yang dibuat sebelum ini &#8216;dilihat&#8217; gagal, bahkan rakyat tidak mengetahui apakah status usaha tersebut sekarang.<\/p>\n<p>Oleh itu, PAS menggesa agar Kementerian Pelajaran lebih berperanan dan mengambil tindakan perlu dalam menekankan aspek disiplin di sekolah-sekolah.<\/p>\n<p>Kementerian, saran beliau, perlu menambah bilangankakitangan atau warden agar lebih mudah mendisiplinkan pelajar di asrama-asrama, dimana, seboleh-bolehnya dpisahkan antara pelajar yang jauh lebih senior dengan pelajar-pelajar baru.<\/p>\n<p>&#8220;seperti pelajar tingkatan satu dengan lima bagi mengurangkan peluang kes buli berlaku (dan) hukuman yang tegas perlu diambil bagi memberi amaran kepada yang lain.<\/p>\n<p>&#8220;pihak sekolah juga perlulah melaporkan kes-kes besar jika berlaku dan kami berharap tiada sekolah yang menyembunyikannya hanya kerana menjaga nama sekolah.<\/p>\n<p>&#8220;Kami memuji tindakan guru-guru yang berani mendedahkan hal ini bagi masyarakat bersama-sama berganding bahu mengembeling tenaga menghapuskan kes buli sebegini,&#8221;tegas beliau.<\/p>\n<p>Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong itu, orang ramai dan pihak-pihak lain perlu memberikan perhatian dan memberikan sokongan kepada Kementerian Pelajaran bagi membanteras &#8216;jenayah buli&#8217;.<\/p>\n<p>Antaranya, kata beliau, media boleh memainkan peranan kerana ia mempunyai pengaruh yang besar kepada perilaku para remaja dan orang muda.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/09\/mohd-nor-yb.png\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-26045 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/09\/mohd-nor-yb-300x168.png\" alt=\"mohd nor yb\" width=\"300\" height=\"168\" \/><\/a>Pengeluar dan pengedar filem serta syarikat-syarikat penyiaran dan percetakan perlulah memikirkan masa depan negara ini selain hanya memikirkan keuntungan semata-mata.<\/p>\n<p>&#8220;perlulah memikirkan masa depan negara ini selain daripada memikirkan keuntungan, kerana jika pemuda-pemudi kita rosak, maka negara kita juga turut rosak.<\/p>\n<p>&#8220;lambakan video samada lucah atau ganas, ditambah dengan kemudahan internet, memudahkan mereka meneroka alam larangan itu&#8230;&#8230;.. ianya masih boleh dikawal dengan peranan ibu bapa dan kerajaan mengawal akses kepada internet ( lucah dan ganas),&#8221;jelas beliau.<\/p>\n<p>Walaupun segala usaha itu, kata beliau, tidak mungkin akan dapat menghapuskan gejala ini secara total, tetapi paling tidak, ia dapat dikurang serta dikawal.<\/p>\n<p>Ia amat penting, katanya, agar kesan buruk daripada &#8216;gejala buli&#8217; tidak merebak menjadi &#8216;budaya hitam&#8217; yang bukan sahaja menyakitkan tubuh badan, namun turut meninggalkan kesan jangka panjang kepada mangsa seperti trauma, kemurungan dan pendendam.<\/p>\n<p>&#8220;Akhirnya kami (PAS) yakin dan percaya bahawa segala masalah umat ini hanya boleh diselesaikan dengan kita benar-benar kembali kepada agama fitrah iaitu Islam.<\/p>\n<p>&#8220;Dimana Islam menawarkan kepada manusia penyelesaian yang terbaik bagi mengawal disiplin manusia agar sentiasa hidup dalam batas-batasnya,&#8221;tambahnya<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MARANG &#8211; PAS memandang serius dan merasa sedih atas kejadian buli dikalangan pelajar yang menjadi &#8216;viral&#8217; di dalam media sosial baru-baru ini. &#8220;Sebelum ini telah pun ada kejadian seperti itu yang telah dirakamkan seperti yang berlaku di Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), &#8220;Rupanya ia tidak terhenti setakat itu sahaja, malah lebih banyak rakaman-rakaman kes [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":27596,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":27596,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":800,"height":491,"file":"2014\/11\/IMG_20141107_205122.jpg","filesize":106821,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":27593,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/11\/IMG_20141107_205122.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27593"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27593"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27593\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/27596"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27593"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27593"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27593"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}