{"id":25902,"date":"2014-09-06T10:00:37","date_gmt":"2014-09-06T02:00:37","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=25902"},"modified":"2014-09-06T01:58:13","modified_gmt":"2014-09-05T17:58:13","slug":"gelombang-politik-jangan-mabuk-laut-pening-dan-bocorkan-bahtera","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/gelombang-politik-jangan-mabuk-laut-pening-dan-bocorkan-bahtera\/","title":{"rendered":"Gelombang Politik: Jangan Mabuk Laut, Pening dan Bocorkan Bahtera"},"content":{"rendered":"<p>MARANG &#8211; Presiden PAS, Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan kepada mereka yang baru mengenali dan menyertai PAS merasakan gelombang yang berlaku ini sangat teruk.<\/p>\n<p>Oleh itu, beliau mengingatkan ahli PAS berwaspada dengan \u2018gelombang\u2019 politik yang sedang berlaku dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor agar tidak mengambil tindakan \u2018bodoh\u2019 dan merosakkan \u2018bahtera PAS\u2019.<\/p>\n<p>Bahkan, kata beliau secara kiasannya ada pihak yang tidak tahan dengan gelombang tersebut diibaratkan seperti \u2018mabuk laut\u2019 serta pening.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/09\/20140905_161600-1024x477.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-25903 alignleft\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/09\/20140905_161600-1024x477-300x139.jpg\" alt=\"20140905_161600 (1024x477)\" width=\"300\" height=\"139\" \/><\/a>\u201cNabi SAW sebut dalam hadisnya yang bermaksud, Kamu laksana berada dalam satu bahtera, ada orang yang duduk di petak yang atas dan ada yang duduk di petak yang bawah. Lalu orang yang duduk di petak yang bawah ini bermasalah dengan mereka yang duduk di petak yang di atas..kerana payah hendak dapat air sangat.<\/p>\n<p>\u201cLalu orang yang di petak bawah kata jika hendak air cepat ambil kapak tebuk kapal ini. Tebuk kapal dapat air cepat, kapal pun tenggelam\u2026habis mati belaka. Atau pun kita sabar, jangan tebuk kapal itu semua akan selamat sama ada yang duduk di petak atas selamat dan bawah pun selamat.<\/p>\n<p>\u201cKita kena jaga jangan ada puak-puak kita ini, bila gelombang kuat hendak tebuk kapal. Ini kena jaga\u2026jangan tebuk kapal.<\/p>\n<p>\u201cKepada mereka (ahli) yang baru menyertai PAS merasakan gelombang yang berlaku sehari dua ini sangat teruk sehingga ada yang \u2018mabuk laut\u2019 dan pening,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Dailog dan Penjelasan Isu Terkini Bersama Presiden PAS di Dewan Tok Guru Rusila, Marang pada Jumaat 5 September.<\/p>\n<p>Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang mendakwa telah mengikuti perkembangan PAS sejak dari tahun 50-an serta menyaksikan pelbagai krisis politik berlaku hingga menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu.<\/p>\n<p>Malah, beliau turut membaca kisah-kisah sejarah krisis \u2018dalama\u2019n PAS seawal ditubuhkan parti itu sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-25904 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/09\/20140905_161950-1024x576-300x168.jpg\" alt=\"20140905_161950 (1024x576)\" width=\"300\" height=\"168\" \/>\u201cSaya mengikuti PAS sejak tahun 50-an dan menyaksikan krisis yang menjatuhkan kerajaan PAS Terengganu tahun 1961. Menyaksikan krisis kejatuhan kerajaan PAS Kelantan tahun 1978.<\/p>\n<p>\u201cPAS sendiri yang menerima masalah. Masalah \u2018dalaman\u2019 kita sendiri sehingga menumbangkan dua kerajaan negeri. Saya juga membaca krisis yang dialami oleh PAS seawal ditubuhkan sebelum merdeka,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Di ambang menghadapi tahun 1955, kata Ustaz Abdul Hadi, ketika itu PAS kehilangan Presidennya yang pertama keluar parti.<\/p>\n<p>Manakala, katanya pada tahun 60-an pula, Setiausaha Agung PAS keluar parti dan peristiwa tahun 1978 di Kelantan menyebabkan tujuh lapan orang pimpinan pusat keluar parti dan PAS tidak goncang dan tidak jatuh.<\/p>\n<p>\u201cApa yang berlaku sehari dua ini sikit sangat dan kepada mereka yang baru hendak belajar politik sudah rasa berat. Masalah yang berlaku di Selangor bukan masalah kita (PAS). Masalah yang dibuat oleh rakan kita, yang kita terpaksa menolong memikulnya.<\/p>\n<p>\u201cKita (PAS) telah membuat keputusan untuk menyerahkan kerajaan negeri Selangor kepada Parti KeADILan Rakyat (PKR). Rakan kita dalam Pakatan Rakyat dan telah berjaya memerintah satu penggal, kerajaan yang bersih hingga tidak ada ruang bagi kerajaan pusat untuk menghentam kerana tidak ada kesilapan dan kesalahan,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Ustaz Abdul Hadi menegaskan urusan memilih pemimpin sebagai Ketua Kerajaan itu mestilah yang berkelayakan serta memenuhi hukum Islam.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/09\/20140905_162457-1024x576.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-25905 alignleft\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/09\/20140905_162457-1024x576-300x168.jpg\" alt=\"20140905_162457 (1024x576)\" width=\"300\" height=\"168\" \/><\/a>\u201cSyarat hukum Islam untuk jadi pemimpin hendaklah seorang yang layak, yang mampu untuk memikul jawatan sebagai Ketua Kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cHadis Nabi SAW ada menyebut, yang bermaksud barang siapa yang mewakilkan urusan orang Islam, dia melantik seseorang orang Islam memegang jawatan bukan kerana kelayakan dia tetapi kerana kecenderungan dia, kerana sebab-sebab puak dia dan bukan kerana kebolehan dia. Tuhan tidak terima tebusan duit sehingga diseret ke dalam neraka jahanam\u201d, jelasnya melalui maksud hadis Nabi SAW.<\/p>\n<p>Justeru, katanya, kesepakatan dalam Pakatan Rakyat mestilah berpegang di atas asas-asas yang termaktub dalam Perlembagaan.<\/p>\n<p>\u201cKita hendaklah berpegang bahawa Pakatan Rakyat berpijak di atas asas-asas yang termaktub dalam Perlembagaan. Pertama, mendokong demokrasi. Kedua, memegang konsep dan prinsip Islam Agama Persekutuan dan ketiga ialah Raja Berperlembagaan.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak boleh lihat Raja macam \u2018tunggul kayu\u2019 itu tidak boleh kerana peranan Raja ada\u2026tetapi ada di kalangan \u2018puak\u2019 kita ini hendak buat Raja macam tunggul kayu. Itu tidak boleh dan tidak diizinkan sama sekali.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak boleh letak Raja ini yang \u2018hodoh\u2019 bagaimana pun hendak buat dia (Raja) macam tunggul kayu, tidak boleh (buat). (Raja) ada peranan dia.<\/p>\n<p>\u201cSaya bukan fanatik dan taksub kepada Raja\u2026tidak, tapi akhlaknya kena begitu. Tambahan pula akhlak kita orang Melayu dan orang Islam. Ini kita kena faham dan dengan sebab itu, ahli-ahi kita (PAS) kena faham dalam hal yang berlaku macam ini,\u201d tegasnya di hadapan lebih 1000 hadirin.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MARANG &#8211; Presiden PAS, Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan kepada mereka yang baru mengenali dan menyertai PAS merasakan gelombang yang berlaku ini sangat teruk. Oleh itu, beliau mengingatkan ahli PAS berwaspada dengan \u2018gelombang\u2019 politik yang sedang berlaku dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor agar tidak mengambil tindakan \u2018bodoh\u2019 dan merosakkan \u2018bahtera PAS\u2019. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":25912,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":25912,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":1001,"height":647,"file":"2014\/09\/Screenshot-182.png","filesize":1345258,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":25902,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/09\/Screenshot-182.png"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25902"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25902"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25902\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25912"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25902"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25902"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25902"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}