{"id":25776,"date":"2014-09-02T18:38:10","date_gmt":"2014-09-02T10:38:10","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=25776"},"modified":"2014-09-02T18:38:10","modified_gmt":"2014-09-02T10:38:10","slug":"tragedi-mh17-antara-kesempatan-politik-tugas-media-dan-privasi-mangsa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/tragedi-mh17-antara-kesempatan-politik-tugas-media-dan-privasi-mangsa\/","title":{"rendered":"Tragedi MH17; Antara Kesempatan Politik, Tugas Media dan Privasi Mangsa"},"content":{"rendered":"<p>Oleh: Dr Azman Ibrahim<\/p>\n<p>Insiden jurugambar akhbar New Straits Times, Aizuddin Saad ditumbuk oleh seorang ahli keluarga mangsa nahas sewaktu beliau sedang bertugas membuat liputan ketibaan abu mayat mangsa tragedi MH17 perlu dilihat dari pelbagai sudut kemanusian dan profesionalisme.<\/p>\n<p>Yang pertama, bagi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu, KAMI berpandangan bahawa kesilapan ada di kedua-dua pihak samada keluarga mangsa dan petugas media.<\/p>\n<p>Di samping kesilapan pertama yang telah dilakukan oleh seorang menteri wanita apabila dengan bangganya bercakap kepada seorang wartawan penyiaran dari sebuah media perdana ketika upacara ketibaan 9 jenazah dan abu mayat di Kompleks Bunga Raya, KLIA pagi tadi. Katanya, \u201cKementerian ni lah buat semua&#8230;\u201d<\/p>\n<p>Rupanya tragedi yang menyedihkan ini telah diambil peluang politik oleh menteri berkenaan yang menjaga hal ehwal wanita, keluarga dan masyarakat untuk mempromosi diri dan kementerian di bawah jagaannya.<\/p>\n<p>Kalau dikira nada dengan bangganya beliau bercakap, sepatutnya semua acara sambutan berjalan rapi tanpa insiden yang menyebabkan hidung jurugambar berkenaan tercedera. Sedangkan hakikat yang terjadi adalah sebaliknya.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/09\/IMG-20140902-WA0056.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-25774 alignleft\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/09\/IMG-20140902-WA0056-225x300.jpg\" alt=\"IMG-20140902-WA0056\" width=\"225\" height=\"300\" \/><\/a>Yang kedua, KAMI memang menyedari tugas seorang pengamal media adalah melaporkan yang terbaik dan telus kepada massa tanpa sempadan dan sekatan. Memang kena tumbuk boleh dikira sekadar satu cabaran enteng untuk seorang pengamal media berbanding ramai lagi rakan setugas yang lain mengorbankan nyawa mereka di medan perang demi kemurnian tugasan seorang pengamal media.<\/p>\n<p>Tetapi bagi KAMI, dalam masa yang sama ada hak dan privasi pihak tertentu yang perlu dihormati khususnya ketika menempuh saat-saat sukar sebegini. Tragedi MH17 adalah terlalu berat bagi keluarga mangsa. Mereka berada dalam tekanan hebat dan emosi yang tak menentu. Kalau mereka minta supaya jangan diganggu, bagi KAMI permintaan tersebut amat wajar dihormati dan dipatuhi tanpa mengira apa bangsa dan keturunan mereka.<\/p>\n<p>Tidak sepatutnya keghairahan kita untuk melaporkan yang terbaik menyebabkan kita terbabas melangkaui sempadan yang sepatutnya. Pengamal media adalah seorang manusia sebagaimana keluarga mangsa juga adalah manusia biasa. Di sana sewajibnya ada pertimbangan human being. Kita sedia maklum akan persaingan sengit dalam industri media tanahair. Masing-masing ingin memaparkan yang latest dan terhangat. Tapi ingat! Mengejar berita terkini dan paling panas bukan bermakna kita perlu bertindak gopoh.<\/p>\n<p>Yang ketiga, walau apa pun alasan yang diberi, sebarang tindakan yang mendatangkan kecederaan dan merosakkan barangan milik orang lain adalah satu kesalahan. Undang-undang bukan di tangan kita untuk kita mengambil tindakan sendiri yang agresif.<\/p>\n<p>KAMI bersimpati dengan keluarga mangsa dan merakamkan kesedihan atas apa yang menimpa orang yang mereka sayangi. KAMI amat berharap kes ini berakhir dengan saling memaafkan antara 2 pihak tanpa perlu dipanjangkan sehingga ke mahkamah.<\/p>\n<p><em>*Penulis adalah Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI), Terengganu<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Dr Azman Ibrahim Insiden jurugambar akhbar New Straits Times, Aizuddin Saad ditumbuk oleh seorang ahli keluarga mangsa nahas sewaktu beliau sedang bertugas membuat liputan ketibaan abu mayat mangsa tragedi MH17 perlu dilihat dari pelbagai sudut kemanusian dan profesionalisme. Yang pertama, bagi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu, KAMI berpandangan bahawa kesilapan ada di kedua-dua [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":25777,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":{"id":25777,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":620,"height":413,"file":"2014\/09\/wartawan_ditumbuk_mh17.jpg","filesize":45288,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":25776,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/09\/wartawan_ditumbuk_mh17.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25776"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25776"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25776\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25777"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25776"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25776"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25776"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}