{"id":24856,"date":"2014-08-04T10:09:04","date_gmt":"2014-08-04T02:09:04","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=24856"},"modified":"2014-08-04T13:19:43","modified_gmt":"2014-08-04T05:19:43","slug":"kocakan-isu-menteri-besar-selangor-rakyat-adalah-hakim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/kocakan-isu-menteri-besar-selangor-rakyat-adalah-hakim\/","title":{"rendered":"Kocakan Isu Menteri Besar Selangor: Rakyat Adalah Hakim"},"content":{"rendered":"<p>Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor<\/p>\n<p>Intriq dan polemik berkaitan dengan kerusi MB Selangor yang menduduki papan carta utama isu negara ini jika tidak ditanggani dengan berhemah bakal menjadi pemicu keberantakan kerajaan Selangor dalam PRU 14. Rakyat Selangor dengan demografi politiknya yang jauh lebih maju dan terbuka berbanding negeri-negeri lain memerhati dengan dekat isu MB ini melalui pelbagai sumber, pastinya sebahagian besar rakyat yang berada dalam kelompok kelas menengah akses maklumat dan mampu menyaring berita dengan baik.<\/p>\n<p>Berdasarkan undian talian yang dibuat oleh Astro Awani, Tan Sri Khalid Ibrahim memperolehi 62 peratus dokongan, berbanding pesaing-pesaingnya yang lain. Tidak sukar untuk menelah sokongan rakyat ini kerana Khalid dipotretkan sebagai tokoh korporat yang berjaya meletakkan Selangor sebagai negeri paling maju di negara ini dengan rezab tunai sebanyak 3 billion ringgit. Pengundi bandar dan sub bandar percaya bahawa Khalid seorang sosok pemimpin yang tidak membina rangkaian kroni kapitalisme yang akan menelurkan sikap tidak amanah dan menjuruskan pentadbiran ke arah rasuah gotong royong.<\/p>\n<p>Pengundi luar bandar yang masih terikat dengan mentaliti feudal, percaya Tan Sri Khalid turut disokong oleh Istana Selangor, maka masyarakat Melayu luar bandar Selangor pasti memilih Khalid berbanding dengan pesaing-pesaing beliau yang lain. Rakyat menilai prestasi Khalid memacu ekonomi serta mampu menarik pelabur-pelabur luar ke negeri industri ini. Selangor juga bukan sekadar hebat dengan pembangunan fizikal tetapi juga mampu membangunkan modal insan. Majlis-majlis ilmu meranum subur, daripada mimbar masjid surau sehinggalah bazar larut malam, pasar tani, tempat rekreasi dan ini membezakan negeri Selangor dengan negeri-negeri yang lain.<\/p>\n<p>Selangor dibawah Khalid mampu menguruskan kerencaman etnik dan agama, walaupun beberapa kali eksiden cuba diwujudkan untuk menyimbah api perkauman seperti insiden kepala lembu, masjid dilempar kepala babi dan sebagainya. Khalid dan pasukan pentadbirannya berjaya membentuk persepsi baik rakyat tentang kompetensi, uruskelola baik dalam pentadbiran, dasar-dasar awam yang merakyat di Selangor. Penilaian baik rakyat ini juga menyumbang peningkatan sokongan rakyat Selangor dalam PRU yang ke 13 kepada Pakatan Rakyat, maka mencari alasan untuk menurunkan Khalid tanpa alasan yang munasabah pasti menempuh kesan berantai yang lain.<\/p>\n<p>Rakyat Selangor secara umumnya bencikan polemik dan intriq yang berterusan, wajar untuk Khalid menghabiskan penggal keduanya dengan setuntas mungkin . Amat menggerikan juga jika keserabutan rakyat ini diterjemahkan dengan penolakan terhadap PR yang dipotretkan sebagai suka &#8220;bermain politik&#8221;, lantas ditalkinkan dalam PRU 14. Sejarah krisis politik Kelantan 1977 tak mampu untuk diulangi di Selangor, apatah lagi dengan kerencaman etnik, agama dan budaya. Jika di Kelantan, PAS memerlukan tiga penggal Pilihanraya untuk mendakap kembali pengkalan kuasa politik mereka, maka bayangkan jika Selangor terlepas daripada rengkuhan PR . Saya hanya mampu menarik nafas sedalam mungkin untuk membayangkan sebuah jawaban untuk soalan ngeri tersebut.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor Intriq dan polemik berkaitan dengan kerusi MB Selangor yang menduduki papan carta utama isu negara ini jika tidak ditanggani dengan berhemah bakal menjadi pemicu keberantakan kerajaan Selangor dalam PRU 14. Rakyat Selangor dengan demografi politiknya yang jauh lebih maju dan terbuka berbanding negeri-negeri lain memerhati dengan dekat isu MB ini [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":24583,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":{"id":24583,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":620,"height":413,"file":"2014\/07\/khalid-ibrahimselangor.jpg","filesize":34683,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":24582,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/07\/khalid-ibrahimselangor.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24856"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24856"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24856\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24583"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24856"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24856"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24856"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}