{"id":23976,"date":"2014-06-28T15:57:03","date_gmt":"2014-06-28T07:57:03","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=23976"},"modified":"2014-06-28T16:12:29","modified_gmt":"2014-06-28T08:12:29","slug":"urus-parti-elak-krisis","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/urus-parti-elak-krisis\/","title":{"rendered":"Urus Parti Elak Krisis"},"content":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; Kepimpinan generasi muda perlu bijak mengurus pentadbiran parti agar tidak berlaku sebarang krisis yang akhirnya boleh membawa kepada perpecahan.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung PAS, Dato\u2019 Mustafa Ali berkata menjadi tanggungjawab pemimpin mengurus pengurusan parti dengan baik dan bijak.<\/p>\n<p>Menurutnya, tugas pemimpin dalam pengurusan parti terdapat tiga perkara penting iaitu mengurus perubahan strategi, kepimpinan dan calon pilihan raya.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/06\/10468669_870722336288906_3683973944611467376_n.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"wp-image-23978 alignleft\" alt=\"10468669_870722336288906_3683973944611467376_n\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/06\/10468669_870722336288906_3683973944611467376_n-225x300.jpg\" width=\"225\" height=\"300\" \/><\/a>Justeru, kata Dato\u2019 Mustafa berdasarkan pengalamannya dalam hal tersebut ada perkara yang perlu diuruskan oleh pemimpin.<\/p>\n<p>\u201cTanggungjawab dan tugas seseorang pemimpin dalam mengurus pengurusan parti ada tiga perkara iaitu perubahan strategi, perubahan kepimpinan dan perubahan calon pilihan raya.<\/p>\n<p>\u201cDalam politik ini tidak mungkin tidak akan berlaku konflik dan ianya perlu diselesaikan, jika tidak ia (konflik) akan jadi krisis. Jika tidak dapat urus krisis itu akan jadi perpecahan,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-39 PAS Kawasan Kuala Terengganu, di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai, dekat sini, 25 Jun lalu.<\/p>\n<p>Hadir sama mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Dato\u2019 Hussin Awang, Setiausaha PKR Terengganu, Wan Ahmad Bukhari, Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing dan Pengerusi DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran Gopal Krisnan.<\/p>\n<p>Selain itu, Dato\u2019 Mustafa menjelaskan dalam perjuangan ini terdapat empat perkara penting iaitu dasar, tenaga, organisasi dan strategi.<\/p>\n<p>Katanya, dalam strategi pula tidak mungkin semua orang boleh bersetuju dan perkara itu perlu diuruskan dengan baik dan bijak.<\/p>\n<p>\u201cSuka saya ingatkan, perubahan strategi bukan bermakna perubahan dasar. Strategi boleh berubah tetapi dasar (parti) tidak boleh berubah. Dasar PAS (Islam) mesti diteruskan sama ada orang suka atau orang tidak suka,\u201d tegasnya dihadapan 500 orang perwakilan dan pemerhati mesyuarat tersebut.<\/p>\n<p>Beliau yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu mengingatkan kepimpinan baharu agar menjadi pendengar yang baik serta mempunyai kesabaran yang tinggi.<\/p>\n<p>Malah katanya, kekuatan PAS juga kerana strategi \u2018mengulamakan profesional dan memprofesionalkan ulama\u2019.<\/p>\n<p>\u201cPemimpin mesti jadi seorang pendengar yang baik dan punya kesabaran yang tinggi dalam menghadapi karenah. Soal kepimpinan sangat penting dalam jemaah (parti).<\/p>\n<p>\u201cMaka, kekuatan PAS hari ini kerana kita (parti) mengulamakan profesional dan memprofesionalkan ulama,\u201d ujarnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; Kepimpinan generasi muda perlu bijak mengurus pentadbiran parti agar tidak berlaku sebarang krisis yang akhirnya boleh membawa kepada perpecahan. Setiausaha Agung PAS, Dato\u2019 Mustafa Ali berkata menjadi tanggungjawab pemimpin mengurus pengurusan parti dengan baik dan bijak. Menurutnya, tugas pemimpin dalam pengurusan parti terdapat tiga perkara penting iaitu mengurus perubahan strategi, kepimpinan dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":23977,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":23977,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":960,"height":540,"file":"2014\/06\/10329252_870723239622149_2985015641565755919_n.jpg","filesize":65623,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":23976,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/06\/10329252_870723239622149_2985015641565755919_n.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23976"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23976"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23976\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23977"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23976"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23976"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23976"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}