{"id":23672,"date":"2014-06-17T16:00:26","date_gmt":"2014-06-17T08:00:26","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=23672"},"modified":"2014-06-17T15:36:03","modified_gmt":"2014-06-17T07:36:03","slug":"fidyah-puasa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/fidyah-puasa\/","title":{"rendered":"Fidyah Puasa"},"content":{"rendered":"<p>Terdapat kelonggaran dalam Islam kepada lelaki atau perempuan yang tidak mampu lagi berpuasa, orang sakit yang tidak boleh sembuh, wanita sedang hamil dan yang menyusukan anak.<\/p>\n<p>Firman Allah SWT yang bermaksud: \u201cDan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.\u201d (Surah al-Baqarah ayat 184)<\/p>\n<p>Kata Ibnu Abbas: \u201cAyat ini tidak mansuh, mereka ialah orang tua lelaki dan wanita yang tidak mampu berpuasa, maka mereka memberi makan bagi setiap hari orang miskin.\u201d (Hadis Bukhari, Bab Qaulihi Taala Ayyaman Ma\u2019dudat, No 4,145) Islam memberikan kepada mereka ini kelonggaran untuk tidak berpuasa tanpa qada. Apa yang perlu, mereka hanya membayar fidyah setiap hari yang ditinggalkan puasa itu dengan memberi makan kepada orang miskin.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/06\/beras-secupak.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-23673 alignright\" alt=\"beras-secupak\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/06\/beras-secupak-300x240.jpg\" width=\"300\" height=\"240\" \/><\/a><strong>Hukum Fidyah<\/strong><\/p>\n<p>Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada\u2019) bulan Ramadhan.<\/p>\n<p>Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.<\/p>\n<p>Sebab-sebab Dikenakan Fidyah adalah seperti berikut;<\/p>\n<p>1. Uzur menunaikan puasa wajib<br \/>\nTerdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.<\/p>\n<p>2. Perempuan hamil<br \/>\nDengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada\u2019) puasa yang ditinggalkan.<\/p>\n<p>3. Ibu yang menyusukan Anak<br \/>\nDengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.<\/p>\n<p>4. Orang yang telah meninggal dunia<br \/>\nHutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.<\/p>\n<p>5. Melambatkan Ganti Puasa (Qada\u2019)<br \/>\nMereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada\u2019) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.<\/p>\n<p><strong><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/06\/beras.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-23674 alignleft\" alt=\"beras\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/06\/beras.jpg\" width=\"300\" height=\"225\" \/><\/a>Kadar Fidyah<\/strong><\/p>\n<p>Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin.<\/p>\n<p>Fidyah di taksir atau dikira seperti dibawah;<br \/>\n(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH<br \/>\nKadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1\/4 gantang Baghdad).<\/p>\n<p>Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 2012, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.75.<\/p>\n<p>Contoh:<br \/>\nJika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:<br \/>\nRM1.75 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM15.75.<\/p>\n<p><strong>Bayar Fidyah Kepada Siapa?<\/strong><\/p>\n<p>Fidyah boleh diberikan terus kepada golongan fakir atau miskin. Jika anak yatim termasuk dalam golongan yang berhak menerima zakat harus memberikan fidyah kepadanya.<\/p>\n<p>Jika tidak menemui orang yang berhak menerima fidyah maka fidyah tersebutboleh dibayar di Pejabat Baitulmal berhampiran tanpa memberitahu sebab mengeluarkannya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Terdapat kelonggaran dalam Islam kepada lelaki atau perempuan yang tidak mampu lagi berpuasa, orang sakit yang tidak boleh sembuh, wanita sedang hamil dan yang menyusukan anak. Firman Allah SWT yang bermaksud: \u201cDan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.\u201d (Surah al-Baqarah ayat 184) Kata [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":23676,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[42],"tags":[],"better_featured_image":{"id":23676,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":640,"height":377,"file":"2014\/06\/ramadan1.jpg","filesize":34155,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":23672,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/06\/ramadan1.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23672"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23672"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23672\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23676"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23672"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23672"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23672"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}