{"id":22896,"date":"2014-05-18T10:00:53","date_gmt":"2014-05-18T02:00:53","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=22896"},"modified":"2014-05-18T07:06:47","modified_gmt":"2014-05-17T23:06:47","slug":"al-fatehah-buat-ain-sedetik-bersama-kenangan-tercipta","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/al-fatehah-buat-ain-sedetik-bersama-kenangan-tercipta\/","title":{"rendered":"Al-Fatehah Buat Ain; Sedetik Bersama, Kenangan Tercipta"},"content":{"rendered":"<p>Masa menunjukkan jam 12.07 malam, masa yang kebiasaannya saya berhempas pulas cuba menidurkan anakanda Anis. Ketika ini, anakanda telah lena lebih awal, Alhamdulillah. Namun suasana saat ini tidak mengizinkan saya untuk lena walaupun telah menelan 2 biji panadol akibat migrain.<\/p>\n<p>Hati sedang menahan sebak mengingatkan seorang sahabat seperjuangan, Nurul Ain Bt Harun. Jam 7.17 petang tadi, saya lihat missed call dari Hafizah, Penolong Setiausaha Ameerah Kawasan pada telefon saya. Namun, saya abaikan seketika untuk fokus pada mesej whatsaap dari Jie, Bendahari Ameerah Kawasan. Berita yang dihantar oleh Jie secara personal mahupun dalam group membuatkan saya terduduk di tepi katil.<\/p>\n<p>&#8220;Assalamu&#8217;alaikum sahabat-sahabat sekalian. Sama-sama sedekahkan alfatihah buat sahabat kita Nurul Ain bt Harun, telah meninggal dunia kerana &#8216;xcident&#8217; semasa menghantar adiknya, Hamalina. Kita doakan juga untuk Hamalina, tak tahu lagi keadaannya macam mana. dari Kak Nurul dan &#8216;family&#8217; otw dalam perjalanan) ke hospital K.Terengganu.&#8221;<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/05\/10310676_765893363444568_1587315212340605050_n.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-22898 alignleft\" alt=\"10310676_765893363444568_1587315212340605050_n\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/05\/10310676_765893363444568_1587315212340605050_n-223x300.jpg\" width=\"223\" height=\"300\" \/><\/a>Mengingati saat perkenalan bermula, awal tahun 2013 Ain datang ke kedai saya bersama ayahnya menempah kain rentang untuk Jemari Collections, kedai jahitan miliknya sendiri. Kali pertama bersua, saya terasa kemanisan senyuman Ain hingga kini. Saya dan Ain tidak berbicara panjang, selesai urusan, saya sempat bertanyakan kos menjahit jubah.<\/p>\n<p>Itu pertemuan yang pertama. Sebenarnya, pertemuan itu menimbulkan rasa ukhwah tanpa ikatan rasmi antara kami, tanpa saya tahu sebabnya. Selepas melihat Ain, saya ingin sekali mengajak Ain menyertai usrah Ameerah kerana saya baru menyertai Ameerah DUN Sura dan ingin meramaikan lagi tenaga wanita muda.<\/p>\n<p>Pertemuan kedua berlaku tanpa disangka selepas Pilihanraya Umum ke-13, di bilik mesyuarat Bangunan PAS DUN Sura. Saya gembira melihat kehadiran Ain dan adiknya Hamalina menyertai pasukan Ameerah DUN Sura. Sejak itu, Ain bersama-sama kakaknya, Kak Heti dan Kak Nurul memberi komitmen sebaik yang termampu buat gerakerja Ameerah DUN Sura.<\/p>\n<p>Walaupun baru sahaja mengenali perjuangan Ameerah, Ain, Kak Nurul dan Kak Heti mampu menjadi contoh buat AJK lain apabila sentiasa datang mesyuarat, usrah dan program tepat pada masanya. Selalu kami rasa malu dengan sikap kami yang sukar menepati masa ini.<\/p>\n<p>Apabila sesi gerakerja 2014-2015 dimulakan, selain menitikberatkan aktiviti kebajikan, sudah tentu fokus kami juga menambahkan dana Ameerah kerana Ameerah sebagai entiti kerdil dalam PAS perlu menggerakkan pelbagai program buat wanita muda. Ain dan Kak Nurul dengan sukarela menyumbangkan beberapa peratus hasil dari upah menjahit ke dalam tabung Ameerah. Kami pula selaku AJK dengan gembira menghantar kain-kain untuk dijahit dan berusaha mempromosikan kepada sahabat dan saudara-mara.<\/p>\n<p>Selain dari itu, Kak Nurul dan Ain juga telah menawarkan diri mengadakan kelas jahitan untuk kami dan wanita muda yang berminat di rumah mereka. Kami sempat belajar cara membuat skirt dari A-Z, ilmu yang sangat susah bagi saya yang hanya tahu mengadap komputer. Masih segar di ingatan saya, duduk tercongok di hadapan Ain sambil bertanyakan soalan yang mungkin remeh bagi sang penjahit apabila mendengarnya. Saya enggan menggunakan mesin jahit Ain yang kelihatan sangat pro dan laju, lalu saya hanya menyuruh Ain menjahit skirt anakanda Anis. Sungguh, kenangan yang indah bagi kami\u2026<\/p>\n<p>Sejak Ain dan Kak Nurul sekeluarga hadir dalam keluarga Ameerah Sura, rumah mereka seperti menjadi tempat program rasmi kami untuk usrah, bacaan yaasin dan mesyuarat. Kami sangat terharu dengan kesediaan mereka sekeluarga menyediakan tempat dan jamuan yang tidak ringan untuk ahli-ahli usrah.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/05\/IMG-20140208-WA007-2.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-22899 alignright\" alt=\"IMG-20140208-WA007 (2)\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/05\/IMG-20140208-WA007-2-300x198.jpg\" width=\"300\" height=\"198\" \/><\/a>Saya tidak dapat membayangkan perasaan suami Ain pula. Ain baru mendirikan rumahtangga pada akhir bulan Mac yang lalu. Whatsapp terakhir saya pada Ain ialah tiga hari lepas apabila saya bertanyakan adakah Ain juga mengikut jejak langkah 3 orang AJK Ameerah DUN Sura yang mengandung. Ain hanya tersenyum, sikapnya memang begitu, lebih banyak tersenyum dan berbicara apabila perlu.<\/p>\n<p>Kali terakhir saya bercakap dengan Ain adalah petang kelmarin dalam program Minum Petang bersam Aishah di Hotel UiTM, Ain datang memakai dress chiffon berwarna turqoise dan tudung kelabu, sangat cantik. Saya meminta Ain membantu Kak Nurul sebagai penyambut tetamu dan Ain hanya mengangguk sambil tersenyum.<\/p>\n<p>Sesungguhnya, kenangan yang sedikit ini tetap menjadi satu pahatan memori dalam hati saya. Ain, kami pasti amat merasakan kehilangan sahabat seperjuangan yang sangat komited&gt; Semoga segala usaha yang Ain curajkan selama ini diterima oleh Allah SWT dan semoga Kak Nurul, Kak Heti dan Hamalina tetap tabah dan kuat menerima takdir ini. Mati itu pasti, hidup insyaAllah. Entah bagaimana dan bila giliran kita, semua di tangan Allah\u2026<\/p>\n<p>Al-Fatihah buat sahabatku Nurul Ain bt Harun\u2026<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Masa menunjukkan jam 12.07 malam, masa yang kebiasaannya saya berhempas pulas cuba menidurkan anakanda Anis. Ketika ini, anakanda telah lena lebih awal, Alhamdulillah. Namun suasana saat ini tidak mengizinkan saya untuk lena walaupun telah menelan 2 biji panadol akibat migrain. Hati sedang menahan sebak mengingatkan seorang sahabat seperjuangan, Nurul Ain Bt Harun. Jam 7.17 petang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":22897,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":{"id":22897,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":640,"height":480,"file":"2014\/05\/IMG-20140207-WA004-2.jpg","filesize":58494,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":22896,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/05\/IMG-20140207-WA004-2.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22896"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22896"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22896\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/22897"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22896"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22896"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22896"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}